Tunang Lagi Satu Bulan

11:22am, 18/09/2017, Isnin,
Tempat kerja, MUM

Salam warga dunia. See, memang betullah aku ni tak konsisten dalam meng'post' dekat blog ni. Hihi. Mungkin tak ada masa sangat nak menaip terus dari fikiran. Kadang-kadang ada je benda nak dikongsikan, tapi keadaan dan masa tak mengizinkan untuk aku terus taip. Aigoo.

Baiklah, dalam diam tak sangka lagi 1 bulan 9 hari je nak sampai ke tarikh pernikahan aku. Haha, dulu beberapa bulan lepas tunang memang excited kemain. Sekarang dah nak dekat ni tak ada rasa apa-apa pun. Lega sangat aku dah uruskan banyak benda dari awal, kalau tak... parah.

Berbalik pada tajuk, sepanjang tempoh tunang ni memang banyak sangat benda terjadi. Gaduh sana gaduh sini, minah - minah menggatal merenyam mula nak memunculkan diri, rasa nak putus tunang (yang kritikal) dan macam - macam perasaan datang. Orang selalu cakap dekat aku, "ujian bertunang". Alahh, bagi aku ni semua bukan ujian bertunang ke tak bertunang ke. Bagi aku ni semua perangai mengada-ngada pasangan bila dah diikat (ini general tauuu, bukan cakap pasal aku je). Hanya Allah je tahu. Jadi waktu bertunang ni hanyalah salah satu fasa sebelum tiba waktu akad nikah - yang hanya sekadar permulaan dari sebahagian kehidupan kita untuk bina keluarga. Dup dap dup dap. Dan bila bertunang ni hati - hati kita mula jadi lebih sensitif, lebih mudah terusik dan lebih kucar - kacir.

Jadinya bila ada kawan - kawan yang baru bertunang atau hampir ke alam perkahwinan, kita bagi lah dia nasihat yang positif. Jangan lah asyik nak jadi batu api, "eh kau pasti ke nak kahwin dengan dia?", "kau dah fikir masak-masak ke?", "ada masa lagi ni boleh fikir lagi kalau nak putus". Haha. Kawan-kawan macam ni kalau dia betul jujur dan ikhlas nakkan yang terbaik, dia akan bagi nasihat untuk kita selesaikan dengan waras. Bukannya dengan mem'provok'. Jadinya, bila kawan - kawan kita ada masalah, kita nasihat dia dengan baik. Dan kalau kita rasa kita tak mampu untuk beri nasihat, kita jujur dan tarik diri.

(Aku rasa aku tak ada kelayakkan untuk menulis blog. Caca marba tajuk A campur tajuk B lepas tu lompat cerita D. Huhu. )

Okay itu jelah untuk kali ini. Sibuk sikit kerja dalam bulan ni. Tak sempat nak taip lama - lama sangat. Nanti lah aku beli laptop hehe :P Sekian.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Progress Sanding

10:43am, 08/06/2017, Khamis
Tempat kerja, MUM

Salam Ramadhan rakan rakan seantero dunia (cakap sorang-sorang). Semoga puasa kita kali ini lebih baik dan lebih di berkati, inshAllah. Dah lama rasanya aku tak update. Gini lah perangainya, minggu pertama je semangat, lepas tu makin lama makin slow update blog. Hihi. Tiba - tiba rasa mcam tak ada benda nak cerita. Ini pun menggigihkan jari jemari untuk menaip. Aigoo.

Baiklah, sebelum ni aku ada cerita tentang progress majlis nikah, kan. Jadinya hari ini aku nak update lah tentang progress majlis sanding. Eh aku tulis je 'sanding' tapi tak ada adat-adat merenjis tu pun. Ayah I marah adat adat sebegitu. Hihi. Baiklah, aku kongsi sedikit sebanyak tentang progress setakat ini. Tak susah sangat pun sebab majlis aku simple mimple je inshAllah.

Majlis Kenduri Kahwin
Tempat: Dewan UTM, Jalan Semarak, KL
Tarikh: 29/10/2017

Oh ye, bila sebut tarikh 29/10 tu asyik semak semula kalendar sebab rasa macam something wrong somewhere je tarikh tu haha. Mungkin tarikh tu tak berapa cantik kot. Boleh eh macam tu?

Katering: Sama seperti majlis nikah, iaitu D'ara Catering. Haritu dah buat food tester. Okaylah sedap juga. Tapi silap haritu tak melantak haha. Makan sikit-sikit aje.

Mekap: Aku ambil AisyahInsanul. Setelah lama aku menilik gambar-gambar yang dia post dekat instagram dia aku pun tekad nak booking dia hehe. Lagi pun PR dia okay dan mesra :)

Pakaian: Masih dalam proses survey. Setakat ni aku dah masuk Dsadar Bridal, Rinssuzana, Embunklasikbridalboutique, dan Chintafifiboutique. Tapi belum buat apa-apa keputusan lagi. Belum ada rasa 'wow' bila tengok-tengok baju semua. Chintafifiboutique ni butik dia sangat kemas dan baju dia cantik tapi agak mahal. Kalau Dsadar tu murah tapi aku belum cuba pakai baju dekat sana. Haritu pergi cuma tengok-tengok je. Hehe. Nanti pergi lagi ;) Memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Ada orang suruh aku beli je kain dan tempah. Ada orang cakap sewa baru jelah, maknanya kita buat baju baru tapi lepas tu baju tu jadi hakmilik butik. Ada orang cakap itu orang cakap ini. Memang banyak betul idea dan komen, tapi tu lah. Duit bukan banyak mana pun, kena lah usaha sikit survey banyak-banyak butik. Mana yang sesuai nanti aku rembat je. :)

Jurugambar: Yang sama macam nikah. Eddiephotovideo.

Guestbook: Yang ni macam-macam benda aku nak buat. Akhirnya aku buat:
a) advice card. Aku download template dari website lepas tu aku print guna kertas kraft warna coklat yang tebal sikit tu. Tak tahu lah ada tak tetamu yang rajin nak menulis. Sebab kalau guestbook orang akan sign dan tulis 'Tahniah' je kan. Yang ni aku harap ada lah orang menulis sesuatu. Gitteww.
b) Mason Jar Dropbox. Yang ni aku beli di AkuDanKraf. Memula aku nak beli yang puzzle tu. Korang boleh tengok dekat website dia. Ada puzzle dan kita boleh sign atau tulis sesuatu atas tu. Tapi tak jadi lah sebab leceh nak simpan. Kalau Mason Jar ni dia comel dan boleh lah buat hiasan dekat rumah nanti. Plus aku memang suka benda-benda yang ada sentimental value ni. Jangan tak percaya kad birthday orang bagi aku tahun 2002 pun aku masih simpan :). Bagi aku sentuhan hati ni sangat bernilai dan mungkin lebih bernilai dari beg LV. (Amboi!). Untuk pembelian aku contact Izyan. Nombor dia aku ambil di website. Setakat ni aku puas hati, PR bagusdan mesra :)

Ni contoh. Yang aku punya tunggu majlis baru aku share gambar hihi. Tapi sama macam atas ni cuma nama je lain.

Lain-lain:
a) Hanger. Kahkahkah. Aku tengok hanger ni macam cantik lak. So aku pun tempah lah dekat iKahwin untuk aku dan tunang. Dua je cukup. Boleh guna lepas kahwin dan ada sedikit sentuhan peribadi sebab ada nama aku dan tunang aku dan juga tarikh pernikahan kami atas tu.


Ni pun contoh je. Belakang hanger tu aku tulis 'Forever Together, 28/10/2017'.

b) Lagu/kompang: Aku download je bunyi kompang dan lagu-lagu yang sesuai. Nanti pasang je kompang tu masa aku masuk dewan. Tak payah habis duit yang tak seberapa ni bayar orang main kompang hehe. Kalau yang suka dan mampu, okay je :)

c) Warna Tema: Peach. Warna aku? Bebas. Rembat je warna apa-apa yang ada dekat butik yang sesuai.

Okaylah. Rasanya itu je setakat hari ni. Aku harap sangat semua berjalan lancar, inshAllah. Amin.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Bisikan Hati


Apa agaknya perasaan bila kita memendam perasaan sebab kita belum bersedia dan bila tiba masa kita dah bersedia, orang yang kita suka tu sudah pun berpunya?

Apa agaknya perasaan kita bila tahu bahawa orang tu dulu pun pernah mempunyai perasaan terhadap kita?

Apa agaknya perasaan orang tu bila tahu yang kita pun dulu pernah menyimpan rasa terhadap dia tapi kita tak pernah memberitahu dia?

Ada yang boleh menerima hakikat dan ada yang tidak. Ada yang terbawa-bawa dengan emosi.

Ini semua mainan hati, usikan perasaan. Semoga kita semua di pelihara oleh-Nya dari segala bisikan Syaitan. Semoga kita semua yakin akan cinta yang Esa.

Kenangan akan datang dan singgah dalam perjalanan kehidupan kita. Ini semua kita tak boleh lari. Salah kah? Entah lah. Cuma jangan tersilap langkah. Berhati-hatilah dengan mainan hati ini.

Semoga kita semua kuat untuk menerima kenyataan! Jodoh itu rahsia Allah.

p/s: Kalau tekad dialah pilihan, suarakan lah. Bila simpan, siapa yang kecewa nanti?


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Proses Syok Sendiri

11:12am, 20/4/2017, Khamis,
Tempat kerja, MUM


Assalamualaikum dan selamat tengahari. Lagi enam bulan untuk ke hari majlis akad nikah. Aku rasa macam nak cepatkan masa sebab penantian itu satu proses yang.. entah lah.. bercampur baur emosi ni. Tapi salah satu perkara yang aku belajar sepanjang proses menyempurnakan majlis perkahwinan tu nanti ialah Jangan Berharap Pada Sesiapa.

Tahu lah kan, semua orang bila nak kahwin dia jadi excited. Semangat nak tengok baju, semangat nak fikir persiapan majlis tu semua. Tapi dalam aku semangat ni, baru aku sedar yang tak semua orang akan sama-sama gembira dengan kita. Dengan kata lainnya, tak semua akan gembira dengan kegembiraan orang lain. Jadinya aku pun recall balik masa kawan-kawan aku nak kahwin dulu. Betul lah, kadang - kadang tu sebab kita ni masih single so kita tak faham perasaan nak kahwin tu. Bermakna, aku tak boleh nak share sangat atau asyik cerita hal kahwin dengan orang yang belum ada perancangan kahwin - sebab mereka mungkin akan menyampah atau tak faham. Kan? Dan kalau kawan-kawan yang dah kahwin tu pula, yang dah lama kahwin, atau mungkin lebih dari setahun, jadinya perasaan excited dia masa majlis kahwin dia dulu tu dah lama dah hilang. Dia pun agaknya dah malas dengar aku cerita pasal kahwin sebab dia dah lalui and dia dah bosan. Mungkin lah.

Tapi itulah, hanya orang yang selalu gembira dengan kegembiraan kita akan excited sama-sama. Susah ke nak cari? Tak susah lah. Ada je kawan aku yang semangat sama-sama. Ada. Tapi entahlah weh. Aku kena betul-betul faham konsep yang setiap individu tu ada hidup diorang masing-masing. Kau rasa diorang tak ada life ke asyik nak fikir hal kau?

Kadang-kadang tu kena scroll nama kawan kawan sebab nak cari siapa yang boleh tanya atau minta pendapat pasal baju ke apa ke. Atau pun kena tengok balik kawan yang mana kita rasa boleh teman kita pergi sana pergi sini sepanjang proses nak ke majlis perkahwinan tu. Kadang tu jadi kecewa sebab bila kita rasa kita dah jumpa kawan yang kita boleh ajak teman, tapi respons sebaliknya. Kecewa.

Tapi tak apa lah. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Benda ni benda simple je. Kalau orang baca ni pun mungkin diorang akan cakap aku ni mengada-ngada. Diorang mungkin akan kata, Eh ni kan majlis kau, kenapa nak harap orang lain sibuk-sibuk pula? Yelah betul lah tu. Proses ini ialah proses syok sendiri. Semoga semua berjalan lancar. InshAllah.


Kerja Tuhan, Siapa tahu?

Sendiri

Senyum, walau kau sakit.
Sebab tak semua akan faham.
Tak semua akan kisah.
Dan tak semua perlu tahu.

Selalu aku rindu - kenangan lalu.
Kenangan - hanya mampu kau singgah.
Nak putar semula?
Dengan siapa?
Alam pun dah kehadapan.
Manusia sekeliling pun dah lupa.

Penat.
Penat berharap.
Aku kena sedar, hidup ini akhirnya akan sendiri.
Sendiri.
Meniti.
Akhirnya, akan tetap sendiri.
Berilah seribu janji pun.
Tetap - akan - sendiri.
 
SENDIRI.



Kerja Tuhan, siapa tahu?

Kena Langgar Motor (Part 2)

3:22pm, 05/04/2017, Rabu
Tempat kerja, MUM

Sambungan kepada post (Kena Langgar Motor).

Bila kita kena musibah atau ujian macam ni, nanti ramai akan mesej dan tanya keadaan kita. Baguslah kan, maknanya ramai yang prihatin. Cuma kadang-kadang tu penat jugak nak jawab benda sama dekat semua orang. Kihkih. Tak apalah, nanti kalau semua orang buat tak tahu kang sedih pulak. Tapi aku tak suka sangat bila orang simpati sangat. Hihi. Kena jugaklah tunjukkan yang kita ni okay je walaupun dalam hati Allah je tahu.

Hmm, dan bila kita dalam keadaan sakit atau sedih macam ni, kita automatik akan mengharapkan orang yang dekat dengan kita untuk ada di sisi. Kan?

Ada di sisi? Benda ni benda paling sedih. Kau bayangkan bila kau tengah sakit atau susah, orang yang kau harapkan untuk ada dengan kau - tak ada. Heh. Pedih weh. Rasa sedih. Tapi aku kena chill. Allah ada. Keluarga ada. Dia je tak ada. Siapa dia? Jeng jeng. Tak apa lah. Aku rasa aku kena belajar berdikari. Semalam pun aku jalan pergi klinik sendiri lepas eksiden - jalan kaki lagi tu. Balik dari klinik pun aku jalan kaki. Bos aku gelak je dengar. Orang eksiden pun pergi dan balik jalan kaki. Huhu. Bila aku fikirkan semula pun aku gelak. Kalau aku pengsan tak ke naya? Makin teruk ada lah. Tapi alhamdulillah, Allah bagi lagi aku kekuatan. Alhamdulillah. Ni baru sikit. Sikit sangat.

Ujian ni peringatan sebab Dia sayang kan? Aku pun tak sangka aku akan di langgar motor. Pengalaman baru. Hehe. Okaylah tak larat nak taip banyak - banyak sebab satu badan aku kejang dan cramp semacam ni. Nak jalan pun dah macam robot. Tak sabar nak balik rumah! Tata.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Kena langgar motor

2:07pm, 05/04/2017, Rabu
Tempat kerja, MUM

Assalamualaikum dan selamat petang uolls. Harini aku menaip dengan urat leher yang kejang semacam tak boleh toleh kiri tak boleh toleh kanan. Kalau nak toleh, kena pusing dengan badan-badan sekali. Sedih kan? Bukan salah tidur tau, tapi salah perancangan semalam. Kisahnya semalam aku kena langgar dengan motor.

Dulu-dulu aku selalu sangat cakap dekat kawan-kawan yang aku teringin di langgar motor sebab nak masuk hospital. So semalam Allah dah tunaikan hajat aku cuma part masuk hospital tu jelah tak dapat. Hehe. Jangan kecam ye. Begini ceritanya...

Aku memang setiap hari akan pergi ke tempat kerja dengan berjalan kaki. Sebab rumah dan tempat kerja hanyalah dalam 20minit perjalanan. Baguslah kan, selain jimat duit aku boleh bersenam sikit. Jadinya masa aku nak lintas jalan semalam, ada dua motor nak lalu, so aku pun berhenti di tengah jalan dengan niat nak biar motor tu jalan dulu sebab aku tahu yang motor ni dia susah nak balance. Motor depan dah lepas, tapi motor belakang tu aku tak tahu lah kenapa dia vroooom langgar aku. Yang aku ingat, aku nampak depan motor dia lepas tu aku dah jatuh dah pun. Hentak kepala, siku dan punggung aku. Aku pun blur-blur bangun dari pembaringan (cewah) sebab dekat tengah jalan kan. Dah lah banyak kereta - tak pasal-pasal kena langgar kereta pula. Aku pun jalan ke depan, motor tu pun sama ke tepi. Dia asyik ulang "Ok tak ok tak?". Kebetulan depan tu memang hospital. Jadinya dia suruh aku tunggu dia dekat lobi hospital. Actually aku tak terfikir nak ke klinik, aku fikir nak pergi kerja je huhuhu. Alhamdulillah pemandu motor tu tak jatuh, dia sempat control motor dia. Dia ada bawa anak kecik, kesian anak dia terkejut menangis-nangis.

Masa nak jalan ke hospital tu, air mata aku berjujuran non stop. Tak tahu lah kenapa sedih semacam. Mungkin rasa sakit tu baru datang dan rasa terkejut tu baru wujud. Sampai dekat lobi hospital, jumpa dengan mamat motor tu. Anak dia dah okay. Dia nak bayarkan klinik dan suruh ambil nombor dia update kalau ada apa-apa. Dia cakap nak tunggu aku setel. Aku kesian tengok anak dia, lagipun anak dia pakai baju tadika, mesti nak pergi tadika pagi tu. Jadinya aku suruh je mamat motor tu gerak dulu dan tak perlu risaukan aku sebab aku chill je masih hidup hehe. Lagi pun aku tak suka panjangkan benda macam ni. Dia pun tak sengaja. Dia pun balik. Aku doa dia di beri ketenangan hati. Yelah, siapa yang tenang bila dah langgar orang kan? Tapi aku harap dia tenang. Silap pula aku tak ambil nombor, atleast aku boleh update dia cakap aku okay. Kan?

Jadinya aku pun pergi lah masuk klnik. Tak tahu lah kenapa sensitif semacam, nurse tanya je kenapa luka tu aku menangis. Bila jumpa doktor, doktor tanya lagi lah berjujuran air mata tak henti-henti. Aku pun tak pasti kenapa. Doktor kata mungkin aku masih terkejut. Hihi. gedik je kan?


Doktor bagi aku MC satu hari. Semua pelik kenapa satu hari je. Hmm patutnya bagilah dua tiga hari. Haih. Lepas tu diaorang inject bagi aku kebas tahan sakit. Dia cuci siku aku yang berdarah n luka tu. Dan dia bagi ubat tahan sakit. Aku harap tak ada efek apape dekat kepala aku. Sebab tak ada lebam cuma ada luka kecil je dekat kepala. Tapi aku rasa macam benjol. Tengok lah kalau esok lusa tulat ada efek, aku pergi check lagi. Pagi tadi pun aku bangun dari sujud subuh, kepala ting tong. Jalan pun tak stabil rasa macam nak pengsan. Abang aku suruh ambil MC lagi sebab dia takut jatuh dalam perjalanan ke tempat kerja. Tapi malas pula nak pergi klinik. Okay je inshAllah. Kalau pengsan pun bagus juga, terus tidur. Huhu.

Baiklah, semoga harini dan esok semakin baik, inshAllah.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Surprise - Chocolate Bouquet

​​2:45pm, 16/3/2017, Khamis
Tempat kerja, MUM


Assalamualaikum dan selamat tengah hari rakyat Malaysia dan seantero dunia. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dan menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya. Cewah. Oh ya, harini aku nak cerita sikit. Sebagai menyahut saranan Mazlan untuk membuat dua kerja dalam satu masa, kawan aku (Nabila, IG: surprisebymissromantik) ada buat servis 'chocolate bouquet delivery'. Jadinya aku pun ajak lah Murni dan Fatin untuk bagi Alwan hadiah chocolate bouquet tu sempena birthday dia yang akan datang pada 18 Mac nanti. Memula plan nak bagi esok 17 Mac (Jumaat) tapi di sebabkan dia cuti esok. Aku pun awalkan sikit tarikh ke hari ini...

Nak di jadikan cerita nya. Dalam kitorang nak buat surprise dekat Alwan tu, aku dan Fatin pun di surprisekan oleh Murni! Dalam diam dia pun buat deal untuk hantar chocolate bouquet dekat aku sekali. Tu yang pagi tadi aku dapat dua misscall, bila aku call balik nombor tu orang tu cakap nak hantar sesuatu. Aku tanya ni Pos Laju ke? Sebab kalau Pos Laju barang tu dia boleh direct hantar ke mailing room dekat tempat aku kerja ni. So nanti aku ambil dekat situ je. Tapi dia cakap bukan. So oklah, aku suruh dia datang lagi sekali.

Dalam masa yang sama kami pun borak borak dekat group whatsapp. Alwan cakap dia dapat chocolate bouquet yang kitorang hantar tu. Yeayyy. Alhamdulillah selamat sampai. Harapnya dia gembira lah kan?

Tetiba tadi orang tu call semula. Dia suruh aku turun cakap barang dah sampai. Jenuh tau aku fikir aku ada order apape barang online ke. Rasanya tak. Haaa, sampai je dekat pagar guard aku dah nampak orang tepi motor pegang belon. Sah sahhhhhh Murni yang bagi ni. Dapat je chocolate bouquet dan belon tu terus aku cari nama dekat kad. Murni! Hihihi. Sayang sangat Murni ni. Walaupun dia jauh di mata, tapi sungguh aku cakap, sangat dekat di hati.


Alhamdulillah, sebab di kurniakan kawan yang sentiasa membahagiakan. Sentiasa dekat di hati. Sentiasa ada di sisi. Sentiasa mendengar dan jujur memberi pendapat. Terima kasih kawan :)


Janji Tuhan, siapa tahu?

Survey - Mekap untuk kahwin.

1:35, 2/3/2017, Khamis
Tempat kerja, MUM

Assalamualaikum dan selamat tengah hari uolls. Harini aku nak kongsikan beberapa MUA (Make Up Artist) yang aku dah survey sedikit sebanyak. Sebelum perancangan nak kahwin ni memang aku ada follow seorang dua MUA dekat IG jadinya aku tahu lah sikit-sikit. Bila tengok semua hasil diorang ni aku rasa macam nak panggil je semua sekali untuk mekapkan muka aku. Haha. Yelah, biar nampak berseri sikit. Ini hari - hari pergi kerja muka macam mayat hidup je. :P


Oh ya, yang aku survey ni untuk majlis di sekitar Selangor dan KL tau. Kalau di luar kawasan ni aku tak pasti berapa rate dia. Dan ini untuk tahun 2017. Tahun - tahun akan datang mungkin akan lebih mahal sejajar dengan kemelesetan ekonomi negara. And semua ni random je aku tekan - tekan dekat instagram aku, yang mana keluar dekat IG Explore. Haha. Senang kan zaman sekarang? Semua benda online. Bayar pun online. Baca review pun online. Semua lah.Okay, tadaaaa:

Instagram ID: anna_charms
Contact No.: 016 6632548
Harga: RM950/sesi

Instagram ID: fazs.faozi
Contact No.: 013 221 2077
Harga: RM600/sesi

Instagram ID: ummalhazaarin
Contact No.: 012 3345051
Harga: RM500/sesi
Bridal test makeup: RM350
Travelling fees: *0.8/1km after 30KM from Seksyen 25

Instagram ID: ramzamode
Contact No.: 60126044872 (PA: Yaya)
Harga: RM900/sesi

Instagram ID: makeupbynurulmf
Contact No.: 018 2039989
Harga: RM800/sesi

Instagram ID: sofwanahmakeupartist
Contact No.: 017 2646988
Harga: RM600/sesi, promo price haritu RM500/sesi

Instagram ID: faizahalim
Contact No.: 016 4315667
Harga: RM750/sesi (not including travelling fees)
RM1400/2 sesi
Henna: RM350
Mekap+Henna: RM1000

Instagram ID: aisyahinsanul
Contact No.:  0132444986
Harga: RM600/sesi

Instagram ID: kakmar_marissa
Contact No.: DM IG
Harga: RM400/sesi

Instagram ID: warnabilla
Contact No.: 017 6176675
Harga: RM550/sesi

Instagram ID: suhanasulaiman_sue
Contact No.: 013 3265589
Harga: RM550/sesi (not including travelling fees)

Instagram ID: tieqazai
Contact No.: 013 2654989
Harga: RM500/sesi

Haaa gigih tak ramai gila aku mesej padahal aku nak pilih dua orang je. Nasihat aku, pilih je yang mana rasa berkenan dekat hati, mesej tanya quotation, dan lepas tu istikharah. Hhihi. Lepas tu tengok mana yang sesuai, mana yang OK, mana yang rasa dekat di hati. Tanya awal pun takpe, macam 6 - 8 bulan sebelum. Takut dah penat survey, penat tanya sana sini tapi waktu nak booking tarikh tu dah di ambil orang. Kan ke sedih. Aku pun haritu macam semangat sangat nak booking cepat-cepat, padahal boleh jela survey awal tapi booking lambat sikit. Biar hati tenang. Ni excited haha. Yang penting, biar lama (bukan lambat) asal selamat. Biar buat awal, ambil lebih masa, tapi rasa berbaloi. Okay? Tepuk poket, tanya duit, hihi.

Baik lah. Itu saja untuk hari ni.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Progress Nikah

10:27am, 14/2/2017, Selasa
Tempat kerja, MUM


Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar semua? (acah-acah ada orang nak jawab kikiki). Dah lama aku berfikir sama ada perlu atau tidak aku update persiapan aku untuk majlis kahwin nanti. Sebabnya lama lagi nak sampai ke hari kejadian jadi aku macam malas nak semangat sangat tapi memandangkan aku macam tak tahu nak post apa dekat blog ni............ maka apa salahnya jika aku update saja progress terkini, ye dak? Hehe. Konsep majlis aku ni ialah tetamu datang, tetamu makan, tetamu berjumpa dengan pengantin, lalu bergambar bersama untuk kenangan masa depan, tetamu balik kita akan bagi doorgift dan sekian wassalam. Kalau untuk hari nikah pula, kita akan ada akad nikah (dup dup dup), inshAllah bila selesai akad, kita akan beramah mesra dengan keluarga baru :), hihi, kemudian makan, bergambar, dan tata titi tutu. Rasanya semua orang gunapakai konsep yang sama kot. Kahkahkah. Oh ya, hari nikah dan hari majlis kenduri aku ialah dua hari yang berbeza (Sabtu dan Ahad). Dah cukup membebel, jom kita tengok progress setakat ini:


NIKAH:

Tempat: Yang ni inshAllah akan buat di rumah baru parents aku iaitu di Shah Alam. Mini pelamin emak booking dekat sorang akak tu kerja dekat tempat emak kerja juga. Emak nak buat simple-simple je, cukup syarat untuk bergambar. Hihi.

Katering: Yang ini emak uruskan. Emak ambil D'Ara Catering untuk majlis nikah dan juga untuk sanding nanti. Kami tak pernah guna servis dia tapi emak cakap masa dia pergi kenduri kawan dia sedap. Jadi kita berdoalah semoga mereka consistent :)

Mekap: Aku ambil cik Sofwanah. Boleh tengok IG dia sofwanahmakeupartist. Oh ye, dia akan approve untuk IG perempuan sahaja. Aku ambil dia sebab kawan aku recommend dan lagi satu sebab aku suka layan IG dia, peramah dan memang dia akan jawab apape soalan orang tanya :)

Edited: Beberapa hari lepas Wana mesej aku dia cakap dia terpaksa cancel atas sebab-sebab tertentu. Jadinya aku pun teruskan memilih MUA lain di dalam senarai aku hehe. So aku pilih tieqazai untuk mengganti. Dia pun mesra dan mekap dia cantik. Harapnya cantik la nanti atas muka aku kahkahkah.

Oh ya, sebenarnya ramaaaaii sangat MUA (MakeUp Artist) yang aku whatsapp untuk tanya quotation. Tapi di sebabkan harga nya sangat mahal sampai ada yang mencecah RM900/sesi jadinya aku consider yang mana aku rasa mekap dia cantik, harga dia munasabah, dan juga ke-ramah-an dalam membalas mesej. Kalau MUA yang sangat femes dan memang betul-betul kerja dia mekapkan pelakon/penyanyi tu aku memang tolak awal-awal dah, sebab yang tu confirm harga ribu riban. Lagi satu aku tak berminat untuk ambil lelaki mekapkan muka aku. Ramai orang cakap hasil kerja diorang ni cantik tapi dah sah-sah kau akan tunjuk aurat (leher, rambut) masa nak mekap nanti. Jadinya, tepuk dada tanyalah selera. Hihi.

Pakaian:
a) Nikah: Niat hati nak beli baju siap je sebab malas nak fikir dan aku bukan pandai sangat nak design baju dan juga tak nak ambil risiko kalau tempah baju jadi tak cantik. Tapi, aku merancang je cewah. Survey punya survey, cuba punya cuba, tak jumpa yang sesuai dan yang aku suka. Akhirnya aku tempah je baju nikah untuk aku dan baju melayu belah lelaki dekat FatenCouture. Faten ni muda lagi baru umur 25 tapi dah boleh ambil tempahan baju-baju pengantin. Tabikk betul orang macam ni hihi. Aku umur nak masuk 30 ni jahit biasa pun failed. Kehkehkeh. Nanti dah siap baru aku boleh review. Setakat ni aku puas hati dari segi layanan dan respon dia bila kita mesej dan tanya soalan :) Bila depan-depan pun tak rasa kekok sangat. Hihi.

Hantaran: Yang ni dah disenaraikan barang apa nak beli cuma belum beli lagi sebab masih awal. Dulang pula akan di sewa sahaja sebab malas nak semak rumah. InshAllah, dah booking untuk hantar hias dan sewa dulang di byAmalinaYusri. Tak mahal sangat sebab aku ambil bunga tipu plastik/tipu je. Benda ni pun sebenarnya aku tak nak buat sangat tapi tiba-tiba tunang aku nak pula. Grrrhh. Jadinya buat jelah ala kadar. Janji semua gembiraaaa.
Jurugambar: OP (official photographer) aku ambil EddiePhotoVideo. Actually bukan aku yang ambil. Tunang aku yang book siap-siap. Aku ada aim OP yang lain tapi sebab dia dah book, makanya redha jelah dan harapkan yang terbaik hehe. OP ni banyak boleh survey dekat instagram. Tengok mana style yang korang suka. Nak yang fairytale ke, nak yang cute cute pose ke, nak yang vintage ke, haa semua boleh tengok dekat IG hasil diorang. Macam tu jela cara aku. Benda ni risiko sikit sebab kita tak tahu majlis kita macam mana kannn. Berdoa jelah supaya duit yang di bayar berbaloi hihihi. #modepasrah

Inai: Kak Lea, IG: leahenna_artist. Kakak ni comel je kalau kita whatsapp dia. Ramah mesra. Hihi.

Ha salah satu kriteria untuk aku pilih mana-mana servis ni ialah orang tu mestilah tidak kerek dan sanggup menjawab soalan kita-kita ni. Aku ni bukannya fussy sangat pun, jadinya bila orang tu nak tak nak je jawab soalan tu aku rasa macam...... hmmmm... bye. Btw dengan zaman teknologi ni semua benda tak susah sangat nak survey sebab semua benda kita boleh google je. Nak tengok review, tengok hasil, tengok portfolio diorang semua inshAllah ada kalau rajin google. Memang ambil masa sikit la kalau kita nak ada rasa yakin. Lepas dah survey, dah baca banyak-banyak, dah booking, akhirnya kita redha dan yakin jelah ye dengan hasil dia. Doa semoga di permudahkan hihi :)

Okaylah, macam lenguh pula tangan. Progress untuk majlis kenduri tu lain kali jelah aku post. Bos dah jeling-jeling pandang aku menaip dari tadi. Hehe. Ok semua, adios.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Daftar Haji

11:23, 30/12/2016, Jumaat
Tempat kerja, MUM


Assalamualaikum dan selamat pagi. Semua dah daftar Haji? Kalau belum, daftarlah. Cari masa, cari ruang dan cari kesempatan. Menunaikan Haji kan salah satu dari Rukun Islam. Jika berkemampuan, mengapa lewatkan? (Haa dah macam pengacara TV pulak ayat).

Sekarang ni sangat mudah untuk daftar Haji. Nanti aku share kan dekat bawah satu website yang aku rasa sangat bagus untuk di jadikan rujukan bagi mereka yang ada niat untuk menunaikan Haji sementara usia masih muda dan tenaga masih kuat ni, inshAllah. Kalau dah tua pun inshAllah, kalau kita ada usaha, kita doa, dan kita niatkan hati untuk tunaikan, dengan izin Allah kita akan sampai. Yang penting, usaha, niat dan tawakkal.

Bagi aku, benda-benda baik ni kita segerakan selagi mampu. Dari kita habiskan duit beli benda yang tak perlu, baik kita simpan sikit untuk daftar Haji. Dan setiap bulan jika mampu, kita masukkan duit sikit dalam akaun Tabung Haji kita. Sikit-sikit kan lama-lama akan jadi bukit? Dari kita beli tudung mahal-mahal harga ratus-ratus, baik masuk simpanan. Hehehehe. Tapi yelah terpulang pada diri masing-masing. Ada kemampuan, silakan buat. Kalau tak ada kemampuan, kita pasangkan niat. InshAllah semoga di permudahkan. Aku pun baru ada kesedaran untuk simpan duit dekat TH ni tahun lepas je. Tapi memang setiap bulan aku cuba untuk consistent masukkan duit dalam TH. :)

Okay bawah ni aku akan share cara daftar dan cara untuk buat rayuan ke Tabung Haji. Boleh klik SINI.

------------------------------------------------------------------------------

Ini aku copy paste dari link di atas: 
Alhamdulillah, saya dan isteri sudah hampir seminggu berada di Mekah. Esok in sha Allah kami akan bertolak ke Arafah untuk memulakan ibadah haji.

Kat sini, ramai pakcik dan makcik tegur kami, cakap untungnya dapat pergi haji pada usia muda. Alhamdulillah, memang kami sangat bertuah. Usia kami masih 20-an, tapi sudah dijemput ke tanah suci untuk menunaikan haji. Majoriti jemaah di sini berumur 50-an ke atas.

Mungkin ramai yang ingat kami pakai pakej, sebab tu dapat pergi cepat. Sebenarnya kami pergi macam biasa ikut Tabung Haji atau dipanggil Muassasah. Muassasah ni rate yang paling murah, tak sampai RM10 ribu pun seorang. Kalau pakej, at least dalam RM25 ribu seorang. Pakej yang paling mahal tahun ni mencecah hampir RM150 ribu, memang dapat hotel betul-betul depan masjid.

Kalau ikutkan, ini adalah kali ke-4 saya dapat panggilan untuk pergi haji. Tapi jangan salah sangka ye, saya bukan dah pergi haji banyak kali, ini kali pertama saya pergi haji. Panggilan pertama saya dapat selepas SPM dahulu, tapi terpaksa ditolak memandangkan saya belajar di Australia. Pada 2011, dapat panggilan lagi, tetapi kali ni saya tolak dengan alasan sibuk bekerja. 2012, dapat lagi sekali panggilan dan tetap saya tolak dengan alasan yang sama. Bila fikir balik, teruknya saya masa tu, lebih utamakan kerja daripada Tuhan.
Tahun-tahun selepas tu, saya teringin sangat nak pergi, tapi biasalah, kadang-kadang bila kita nak sesuatu, masa tu lah tak dapat. Memang rasa sedih. Saya ingat, mungkin ni lah balasan Tuhan sebab sebelum ni saya banyak kali tolak. Sampailah tahun 2016 ni, baru dapat panggilan semula. Alhamdulillah, kali ini saya cepat-cepat terima dengan bersyukur dan dapat bawa isteri sekali bersama.

So kat sini, saya nak kongsi tips-tips yang boleh digunakan supaya dapat cepat pergi haji. Harapan saya semoga dapat bantu ramai orang di luar sana untuk tunaikan haji ketika usia muda masa badan masih sihat. Kesian tengok ramai jemaah haji di sini yang sudah berumur tak berapa larat nak menunaikan ibadah dengan sempurna. Ada yang berkerusi roda, ada yang bertongkat, ada yang hari-hari pegi klinik dan yang hilang ingatan sampai tak ingat pun dia berada di Mekah.

Tips-tips yang saya nak share ni tak susah pun, cuma kita nak buat ke taknak je:

1. Bagi rakyat Malaysia, kalau nak pegi haji, MESTI buka akaun dengan Tabung Haji dahulu. Sebab yang uruskan kuota haji Malaysia adalah Tabung Haji. Kalau kita taknak, terpaksalah jadi rakyat Zimbabwe untuk pergi haji dengan kuota Zimbabwe (ini contoh je).

2. Lepas dah ada akaun, kita mesti simpan SEKURANG-KURANGNYA RM1300 dalam akaun kita. Ni SANGAT PENTING untuk dapatkan giliran haji. Selagi kita takde simpanan minimum RM1300 ni, kita takkan dapat tahun giliran walaupun kita dah ada akaun Tabung Haji 48 tahun yang lepas. Ada 2 cara untuk dapatkan simpanan minimum ni:

a) Masukkan duit sebanyak RM1300 dalam akaun Tabung Haji.
Untuk para ibu bapa, saya sangat sarankan anda buka akaun Tabung Haji seawal yang mungkin untuk anak anda, kalau boleh lepas anak lahir dan ada surat beranak, terus pergi buka akaun untuk mereka. Kalau anda mampu, masukkan terus RM1300 dalam akaun anak anda supaya mereka terus dapat giliran haji. Kalau tak mampu, bila anak anda dapat duit raya nanti, daripada dia guna beli mainan, ambil lah duit tu dan masukkan dalam akaun Tabung Haji mereka.

Inilah yang Umi saya buat untuk saya masa kecil. Duit raya kami memang Umi masukkan dalam Tabung Haji. Lepas tu setiap bulan Umi saya buat potongan gaji RM20 untuk kami adik beradik. By the time saya habis SPM je, duit dah cukup dalam akaun untuk pergi haji. Sebab Umi lah saya dapat rezeki pergi haji awal. Semoga kalau ada ganjaran pahala haji Allah bagi nanti, Umi saya pun ada bahagiannya. Terima kasih banyak Umi.

Untuk kita yang dah besar ni, it’s never too late. Cukupkan duit untuk diri kita dahulu supaya kita dapat giliran haji. Masa saya pergi kursus haji bulan 5 lepas, pihak Tabung Haji beritahu yang kalau kita daftar sekarang, giliran yang diberikan adalah pada tahun 2100. Kalau ikutkan memang tak logiklah kita nak pergi haji masa tu, mungkin kita dah dalam kubur. Kalau masih hidup pun, umur kita dah lebih 100 tahun. Tapi takpe, yang penting kita usaha dulu. Kat bawah nanti saya cerita cara nak cepatkan giliran. Ada rezeki, mungkin tahun depan terus kita boleh pergi haji walaupun giliran kita asalnya tahun 2100.

Pada masa yang sama cukupkanlah simpanan untuk akaun anak kita secepatnya. Masa anak saya lahir 2011 dulu, antara benda pertama yang saya buat selain buat surat beranak adalah buka akaun TH dan register giliran haji untuk anak saya. In sha Allah kalau ikut giliran yang diberikan, anak saya akan pergi menunaikan haji pada umur 30 nanti.

Untuk para ibu bapa, inilah antara hadiah terbaik yang kita boleh berikan pada anak kita. Bila mereka buat haji besok nanti, in sha Allah kita pun dapat share pahalanya.

b) Kalau kita takde cash RM1300 untuk masukkan dalam Tabung Haji, jangan risau, ada satu lagi cara. Kalau kita bekerja, print sahaja penyata KWSP yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Tak susah pun kan?

Kalau kita sibuk dan tak sempat nak pergi Tabung Haji, zaman sekarang dah senang. Selain cawangan TH, kita boleh je mendaftar giliran haji di laman web TH, cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank atau ATM BIMB. Yang penting ada simpanan minimum RM1300.

Sekarang ni saya nak cerita pula macam mana cara nak cepatkan giliran haji kita. Ada cara biasa dan cara luar biasa (unconventional). Ada juga cara yang kita siap boleh pergi haji free lagi.

Cara pertama yang biasa orang buat untuk cepatkan giliran adalah dengan buat RAYUAN pada Tabung Haji.

Kenapa ye kalau buat rayuan boleh cepatkan giliran? Sebabnya, ramai orang yang dapat panggilan haji akan tidak dapat pergi atas pelbagai faktor seperti masalah kesihatan, kematian, tiada mahram, pregnant, duit belum cukup dan macam-macam lagi sebab.

Pegawai Tabung Haji beritahu, tahun ini saja 60% yang menerima panggilan haji di Kuala Lumpur tak dapat pergi sebab gagal melepasi pemeriksaan kesihatan. Jumlahnya lebih kurang 2500 orang. Ini baru KL, belum masuk negeri lain lagi. Jadi mereka yang buat rayuanlah yang akan dipilih untuk ganti tempat yang kosong ni.

Untuk bagi rayuan anda lebih mudah diterima di kalangan puluhan ribu rayuan yang lain, ini ada tips penting:

1) Cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji anda sekurang-kurangnya bersamaan dengan jumlah terendah bayaran haji untuk tahun tersebut. Untuk tahun ni, bayaran haji paling rendah adalah dalam RM10 ribu untuk pergi bersama Tabung Haji (Muassasah).

Dalam surat rayuan anda, sila nyatakan yang duit anda dah cukup dan anda bersedia untuk pergi haji bila-bila masa. Barulah pegawai Tabung Haji senang nak bagi giliran pada anda, sebab dia tahu anda memang dah mampu pergi. Ni tak, ramai yang buat rayuan, duit dalam akaun tak cukup pun. Agak-agak camne pegawai Tabung Haji nak luluskan? Nanti dia bagi tawaran, takde duit pula nak bayar. Dah terpaksa dia buat dua kerja cari orang lain. Faham ke faham?

2) Dalam surat rayuan anda, nyatakan secara baik dan sopan apa kebaikannya kepada Tabung Haji kalau mereka bagi anda pergi haji segera. Sebagai contoh:

– Cakaplah anda masih sihat dan tiada penyakit, jadi takkan menyusahkan Tabung Haji di sana nanti. Faktor kesihatan adalah faktor utama kenapa ramai gagal untuk pergi haji. Jadi kalau anda sihat, besarlah peluang anda nak dapat pergi haji.

– Beritahu apa khidmat yang anda boleh sumbangkan di tanah suci nanti. Kalau anda doktor, beritahu dalam surat rayuan yang anda adalah doktor dan boleh bantu untuk memberi khidmat kesihatan bila diperlukan di sana. Kalau anda masih muda dan gagah, beritahu yang anda nanti boleh bantu untuk tolong jemaah lain yang tak larat. Senang cerita, letak je dalam surat rayuan tu apa sahaja yang anda boleh sumbangkan untuk bantu kerja Tabung Haji. Sebab memang susah beb kerja Tabung Haji di sini, macam-macam masalah yang mereka kena uruskan. Siapa lagi nak bantu kalau bukan para jemaah.

Kalau suami/ayah atau sesiapa mahram anda dapat panggilan tetapi anda tidak, beritahu dalam surat rayuan yang kalau anda dapat ikut sekali, akan jimatkan kuota haji pada masa akan datang, sebab mahram anda tak perlu pergi lagi sekali untuk teman anda. Ini yang isteri saya tulis dalam surat rayuannya. Alhamdulillah dari giliran asal tahun 2040, gilirannya dipecepatkan untuk ikut saya pada tahun ini.

3) Hantar surat rayuan anda secepat mungkin bila kaunter rayuan sudah dibuka. Biasanya kaunter rayuan akan dibuka sebulan dua selepas setiap musim haji. Rasanya untuk haji tahun hadapan, kaunter rayuan akan mula dibuka pada November ni. Nak tarikh lagi tepat, boleh call no Tabung Haji di 03-6207 1919.
Kenapa kena hantar segera? Sebab Tabung Haji akan nilai secara first come first serve basis. Jadi katakan ada mana-mana jemaah yang tolak tawaran atau tak dapat pergi atas macam-macam sebab, tawaran baru akan terus dibuat secepatnya kepada orang lain.

Kalau anda merayu dan tak dapat untuk tahun tersebut, jangan putus asa, cuba lagi hantar rayuan pada tahun berikutnya. Rayuan kena buat setiap tahun sampai dapat, jangan buat sekali je ye.

4) Dalam surat rayuan tu, jangan sesekali kritik atau marah Tabung Haji sebab masih tak bagi kita giliran walaupun kita dah banyak kali merayu. Ingat ye, yang baca surat rayuan kita tu manusia, bukan robot. Dia pun ada hati dan perasaan. Dan ada 70,000 surat rayuan yang dia perlu baca setiap tahun. Kalau kitalah berada di tempat dia, mungkin kita dah buang dalam tong sampah mana-mana surat yang kasar dan tak beradab. Jadi pastikan anda merayu dengan penuh sopan, bagi pegawai yang baca tu cair. Kalau dulu boleh tulis surat kat makwe sampai ‘cair’, takkan tak pandai kot nak ‘cairkan’ hati pihak Tahung Haji.

Ok, cukup bab rayuan. Ni nak bagitau pula cara-cara lain yang jarang kita dengar untuk cepatkan giliran haji:

1. Cari jodoh yang giliran hajinya dah dekat.
Lepas ni mungkin boleh masuk dalam kriteria untuk pilih bakal suami atau isteri, selain cantik, hensem dan pandai memasak.
Sebabnya, kalau isteri pergi haji, memang automatik mahramnya akan dapat pergi haji, so suamilah orangnya yang akan teman. Kalau suami pula yang dapat, walaupun tak automatik dan masih perlu buat rayuan, biasanya lebih mudah untuk dapat berbanding kes lain. Ada pasangan kembar muda yang pergi haji bersama saya ni, dua-dua dapat bawa isteri setelah buat rayuan.

2. Pergi melalui pakej
Kalau pergi melalui pakej, taklah automatik dapat. Biasanya masih kena tunggu giliran daripada Tabung Haji juga. Ramai je yang kaya raya mampu guna pakej, tapi masih tak dapat-dapat pergi sebab giliran belum dapat.
Cuma kadangkala ada sedikit kuota yang diperuntukkan pada beberapa travel agency terpilih untuk bawa jemaah haji. Kadangkala kuota tu last minute baru dapat. Jadi kalau anda memang banyak duit, boleh guna cara ni. Cubalah tanya mana-mana travel agency yang famous, mungkin ada rezeki anda.

3. Kerja di badan-badan tertentu yang ada kuota haji khas.
Ramai rasanya tak tahu yang ada beberapa badan di Malaysia yang mendapat kuota khas haji untuk staf mereka. Setakat yang saya tahu adalah Tentera, Polis dan UIA . Mungkin ada lagi selain ini. Jadi kalau anda berkerja dengan badan-badan yang ada kuota khas haji ni, boleh cuba mohon kuota daripada majikan anda.

4. Jadi tok imam atau ketua kampung
Hmm, cara ni mungkin kontroversi sikit. Saya just kongsi je ye, saya taknak komen bab politik sebab bukan bidang saya. Kalau anda perasan, setiap tahun kebelakangan ini, Yayasan 1MDB ada hantar orang pergi menunaikan haji secara PERCUMA. Mereka yang terpilih ni terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi JKKK. Tahun ni sahaja, ada seramai 1,100 orang yang dapat.
Saya pernah jumpa salah seorang yang dapat. Dia kerja sebagai imam dan ustaz tahfiz. Umur baru 25 tahun, tapi sebab surau kawasan tu calonkan dia, maka dapatlah dia pergi. Rezeki kan dapat pergi haji muda, free pulak tu.

So kalau ada yang mampu nak jadi imam, ketua kampung atau Pengerusi JKKK, bolehlah cuba cara ni.

5. Cari kerja di Arab Saudi.
Kalau kita mampu dan layak, bolehlah cari kerja di Arab Saudi. Bila kita dah ada visa pekerja di Arab Saudi ni, memang mudahlah kita nak pergi haji, tak payah tunggu kuota Malaysia. Sebab tu kawan-kawan kita yang kerja di Arab Saudi biasanya semua dah buat haji.
Kat Arab Saudi ni, ramai rakyat Malaysia kerja bahagian minyak atau jadi nurse. So bolehlah try survey kerja di sini.

6. Berbaik dengan Kedutaan Arab Saudi.
Kalau kita ni power networking, bolehlah berbaik dengan pegawai kedutaan Arab Saudi. Then cuba tanya-tanya pasal visa haji dengan mereka. Silap haribulan, siap kedutaan mereka sponsor kita lagi pergi haji.

Saya baru baca statement daripada Tabung Haji pasal Neelofa. Kata mereka, Neelofa sebenarnya dapat kuota haji direct daripada Kedutaan Arab Saudi, bukan melalui kuota biasa yang diuruskan oleh Tabung Haji. So terbukti cara ni boleh pakai.

7. Jadi tokoh atau public figure
Rasanya ramai yang tak tahu setiap tahun, Raja Arab Saudi akan menjemput khas tokoh-tokoh daripada setiap negara Islam untuk pergi haji secara esklusif dan percuma. Program ini namanya “Program of The Custodian of The Two Holy Mosques for Hajj”. Biasanya dalam 60 orang dijemput untuk setiap negara.
Saya tak pasti siapa yang dapat tahun ini. Tapi tahun lepas antara yang dijemput adalah Naib Canselor untuk semua universiti di Malaysia. Alhamdulillah, untung mereka dapat pergi menjadi tetamu Allah dan pada masa yang sama mendapat layanan khas daripada Raja Arab Saudi.

So, inilah serba sedikit yang saya boleh share tips-tips untuk cepatkan giliran haji.

Cuma saya nak pesan sikit kat sini:

Orang selalu kata pergi haji ni jemputan tuhan. Sama macam jodoh dan ajal maut.
Saya nak beritahu, ye, memang jemputan haji, jodoh dan maut di tangan Tuhan. Tapi ingat bukan tu sahaja takdir Tuhan, tapi semua benda yang berlaku kat dunia ni pun memang takdir Tuhan.

Kat dunia ni, Tuhan nak tengok apa usaha kita. Sebagai manusia, kita buatlah kerja kita iaitu usaha untuk dapatkan pergj haji ni. Dapat atau tidak nanti tu bukan urusan kita, tu kerja Tuhan. So tak payahlah kita duk sibuk-sibuk buat kerja Tuhan ye. Kita buat kerja kita dan biar Tuhan yang tentukan nanti dapat ke tidak.
At least kalau kita mati nanti, walaupun tak sempat pergi haji, kita boleh jawab yang kita dah usaha seboleh mungkin untuk pergi, cuma tak dapat je.

Ni kalau buka akaun Tabung Haji pun malas, jawapan apa kita nak bagi kat Tuhan nanti. Takkan nak jawab sebab sibuk main Pokemon Go kot.

So tepuk dada tanyalah iman ye.

Apapun saya doakan untuk mereka yang memang ikhlas berusaha untuk pergi menunaikan haji, moga Allah permudahkan usaha anda dan jemput anda ke sini sebagai tetamu-Nya nanti.
Silakan share untuk manfaat bersama atau rujukan anda pada masa akan datang.

------------------------------------------------------------------------------


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Chatime

 9:18am, 30/12/2016, Jumaat
Tempat kerja, MUM


Assalamualaikum dan selamat tengahari Malaysia. Kabare wak. Hihi. Haritu aku ada terbaca yang Chatime (sejenis kedai minuman) akan di tutup atau di re-brand tak lama lagi jadinya aku mengambil satu dua gambar untuk di abadikan di dalam blog ini. Hehe. Alkisahnya dulu aku tak layan pun air Chatime ni sebab bagi aku ianya agak mahal. Well sekarang pun mahal juga cuma kadang-kadang tu aku teringin aku beli je. Yang seronoknya kita boleh kumpul point (B-Card), bulan kita lahir kita akan dapat satu percuma air dan juga hari Khamis pula untuk pembelian kedua hanya bayar RM1.

Okay lah sekian sahaja. Tak nak taip banyak. Nak tepek satu dua gambar je:


Mango Green Tea + Rainbow Jelly. Yumms.

Itu saja. Jumpa lagi!


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Rindu Zaman Belajar

4:15pm, 24/01/2017, Selasa
Tempat kerja, MUM

Assalamualaikum dan selamat petang Malaysia. Tadi aku berborak dengan kawan masa belajar dulu. Dalam dua tahun aku sama bilik dengan dia. Sejak aku grad hari tu (2011), memang dah habis lost contact dengan dia. Cuma sekadar add dekat FB je. Kebetulan pula dia pun tak aktif FB, jadinya tak dapat nak update pasal kehidupan masing-masing. Semua menyepi....

(Btw aku memang tak berapa ngam dengan bebudak yang satu bilik dengan aku masa Degree dulu. Kecuali tiga orang ni (Jaja, Asma' dan Akmal). Tak tahu lah kenapa dengan rumet-rumet lain aku tak berapa masuk. Mungkin aku jenis pemalu? Atau aku suka buat hal sendiri? Atau aku ni poyo? Sebab selalunya aku akan pergi lepak dekat bilik kawan-kawan sekelas aku. Jarang sangat aku duduk bilik kecuali waktu belajar, tengok movie atau tidur. Well, mungkin aku lagi selesa dengan bebudak kelas aku kot. Sebab aku lagi banyak habiskan masa dekat kelas, buat asaimen, dan lepak library. Mungkin lah.... )

Jadinya semalam aku terjumpa instagram Akmal. Aku pun follow. Lepas tu aku mesej dekat instagram dia. Lepas tu minta nombor telefon. Lepas tu borak-borak dekat Whatsapp. Bila borak-borak ni rasa kelakar. Sebab dia ingat macam-macam tentang aku. Dia ingat buku yang aku suka baca, lagu yang aku selalu dengar, movie yang aku selalu pasang, aku suka makan apa. Haha. Rasa kelakar sebab aku pun tak ingat tentang diri aku dulu. Kahkahkah. Itulah gunanya blog kan? Untuk kita kadang-kadang imbas balik siapa diri kita dulu...

Bila dah borak-borak ni, aku rasa sangat sangat sangat rindu zaman belajar dulu. Sangat amat sangat! Jadinya misi aku ialah untuk pergi ke sana dan melepak beberapa jam untuk aku imbau kenangan lama aku. Hihi.

Ok post kali ni macam tak ada benda sangat nak di sampaikan. Cuma nak cakap aku rindu sangat zaman belajar dulu. Dari sekolah sampailah universiti :( Rindu sangat. Tak tahu nak cakap macam mana. Umur makin tua, masing-masing dah ada kehidupan masing. Aku mampu tengok gambar je........ :(


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Harga Sehelai Tudung

4:18, 13/1/2017, Jumaat
Tempat kerja, MUM

Assalamualaikum dan selamat petang. Harini aku nak bercakap tentang tudung. Bukan nak cakap tentang kewajipan bertudung dan hukum-hukum tu. Hehe. Tapi nak cakap tentang nilai atau harga sehelai tudung. Yeahhhh.

Dah masuk 2017. Aku semakin keliru dengan pemikiran wanita Malaysia. Ha gitu. Bukanlah semua wanita Malaysia, tetapi majoriti yang aku nampak bila aku bukak Instagram, Facebook, Blog, dan bila aku jalan-jalan di butik mahal (sekali setahun je kot). Aku macam tak faham kenapa orang sanggup beli sehelai tudung dengan harga RM300! Aku tak fahammmmmmm. (Rasa nak jerit!). Haha over pula. Yelah, tudung harga RM30 pun aku menggeletar nak bayar. Inikan harga RM300. Kau gila ke apa? Kalau kasut atau bag aku boleh tahan lagi sebab benda tu kau pakai hari-hari. Tapi.. tapi kalau tudung, takkan kau nak pakai hari-hari kot? Yucks. Paling lama aku pakai sehelai tudung adalah dengan kadar selama dua hari je. Selalunya aku akan campak tudung aku dalam gumpalan baju busuk untuk di basuh selepas aku pakai tudung aku dalam masa satu hari. Jarang aku nak pakai tudung lebih dari sekali kecuali tudung yang aku guna untuk emergency case (yang tak payah iron). So, kalau aku beli tudung dengan harga RM100/sehelai dan aku nak pakai paling kurang 5 helai tudung seminggu (ini kalau aku basuh tudung lima hari sekali ya), maknanya aku kena habiskan RM500 hanya untuk tudung. Oh no, kau gila keeee?

Well, kuasa membeli di tangan kita. Yang mampu dan rasa duit dia berbaloi untuk di habiskan dengan sehelai tudung, maka habiskanlah duit anda. No judge (no judgelah sangat kikiki). Mungkin bahagia mereka ini dengan memakai tudung mahal. Macam aku cakap sebelum ini, definisikanlah bahagia masing-masing. Destinasi bahagia tu kita yang tetapkan. Kalau bahagia kita dengan memakai sehelai tudung yang mahal, maka simpanlah duit untuk tudung yang mahal itu. Terpulang. Aku bahagia je pakai tudung RM3.50 sambil menulis blog ini. Hihi.


Kerja tuhan, siapa tahu?

Gelodak Rumahtangga

2:28pm, 09/01/2017, Isnin,
Tempat kerja, MUM

Assalamualaikum dan selamat tengah hari dunia. Hmm sejak menjak ni aku banyak baca cerita tentang gelodak rumahtangga. Hari ni saja ada dua orang kawan aku cerita tentang perceraian dan juga ketidakjujuran pasangan. Sedih bila baca. Sedih bila kita kenangkan suasana akad nikah dan suasana masa kenduri perkahwinan tu di adakan. Masa akad nikah, pengantin akan sebak, ada yang menangis jugak. Sebab apa? Sebab gembira, sebab terharu. Tapi itulah, hidup tak selalunya indah kan? Lepas beberapa tahun banyak ujian akan datang. Akan ada banyak cara kita di uji...

Di sebabkan umur aku ni pun dah melarat dan belum kahwin-kahwin lagi, aku banyak ambil pengajaran dari kisah hidup orang lain. Bagi aku, once kita dah bersetuju untuk jadi pasangan seseorang tu, bermakna kita dah bersedia untuk pikul tanggungjawab kita sebagai suami/isteri dan ibu bapa. Semua benda ni berbalik pada agama jugak akhirnya. Kadang ada orang cakap dia dah tak ada hati dekat pasangan dia, sebab tu dia cari lain. Tapi kalau betul agama dia, dia akan atasi perkara tu dengan cara yang betul. Jangan jadikan orang lain sebagai alasan. Kalau kita sedar betul dengan tanggungjawab dan apa posisi kita, inshAllah kita akan cuba buat perkara yang baik-baik dan tak menyalahi agama. Eh macam mana nak tau benda tu baik ke tak? Itulah, aku pun tak boleh cakap banyak sebab aku pun belum lalui lagi perjalanan berumahtangga ni. Jadinya kita dan pasangan kena sama-sama banyakkan belajar tentang hidup beragama.

Cuma apa yang aku perhatikan dari emak abah aku, dari kawan-kawan aku yang dah berkahwin, semua benda pun berbalik pada agama. Kalau kita faham dan kita sama-sama belajar dengan pasangan kita, inshAllah kita akan melaluinya dengan baik. Bukanlah maksud aku bila kita berlandaskan agama keluarga kita tak akan diuji, tapi apabila ujian tu datang, kita akan uruskan dengan cara yang baik. Even kalau kita dah tak boleh tahan pun, kita nak cerai pun, kita akan bercerai dengan cara baik. Bukannya tiba-tiba kita rasa dah menyampah dengan perangai suami kita, kita pun ikut sama 2x5 buat perangai macam dia. Allahua'lam. Semoga aku nanti dapat melayari bahtera rumahtangga aku dengan jelas dan baik. Cewah.

Perkara macam ni juga buat aku banyak berfikir tentang kebahagiaan. Apa bahagia yang kita cari? Mungkin jika definisi bahagia kita sama dengan pasangan kita, inshAllah kita akan lalui kehidupan kita dengan lebih tenang. Eh yeke? Yelah kot hehe. Jom definisikan bahagia anda. Lebih elok jika definisi bahagia kita ialah bahagia untuk mencari redha-Nya. Amin.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Bekam Muka

10.45am, 03/01/2017, Isnin
Tempat kerja, MUM

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hello 2017! Tak sangka kan? Cepat betul masa berlalu (ye ini ayat klise setiap kali masuk tahun baru). Hihihi. Jadi, apa azam? Apa resolusi? Apa cita-cita? Apa impian? Apa hajat? Aku? Tak ada. Azam aku ialah untuk tidak ada azam. Haha. Padahal otak dah beku. Aku cuma harap aku jadi manusia lebih bermakna dalam dunia ni. Banyakkan kebaikan sesama alam, dan kurangkan kejahatan sesama alam. InshAllah. Amin.

Baiklah, hari ini aku nak cerita sedikit tentang #bekam. Aku memang suka sangat buat bekam. Sebab bekam ni tujuan dia untuk keluarkan darah kotor, jadinya kegembiraan bila tahu benda kotor keluar dari tubuh tu ialah kegembiraan tak terkata. Hihi. Bekam badan bekam kepala dan bekam muka pun aku pernah buat. Sakit? Tak lah. Setakat cucuk2 jarum dekat kulit, tak sakit pun. Lagi pun orang yang buat kan, kita pejam mata tahan rasa dan fikir benda lain. Mudah je. Jangan fikir sangat pasal sakit tu, kalau fikir memang akan rasa sakit. Tu je tips dia.

Makanya hari tu aku paksa tunang aku untuk buat bekam di muka. Dia taknak tapi aku tetap paksa. Kami buat bekam di @Viperbekamshahalam, Plaza Azalea. Aku pernah buat bekam badan dekat situ, setakat ni alhamdulillah, servis okay, tempat cantik, bersih, dan tiada kesan buruk (benda ni orang suka takut sebab melibatkan darah). Yakin boleh! Harga? Kalau muka RM100 untuk 13cups comel. Dia akan ambil masa dalam 4-6 hari jugaklah untuk hilang (ikut jenis kulit rasanya). Kalau tunang aku, hari ke 6 (termasuk hari berbekam) baru lah betul-betul hilang bekas bekam dia. Kalau bekam atas kepala RM15/cup tak silap aku. Jangan risau, tak perlu cukur kepala. Sekarang ni zaman semua boleh. Untuk bekam badan aku tak ingat sangat harga dia. Boleh tengok details diorang dekat IG. Instagram: @Viperbekamshahalam

Akan ada corak polkadot di muka. Orang kata nak cepat hilang tuam dengan ais, Kalau tak kisah lama berpolkadot, biarkan je.... Hihi.

Ohh ye, aku tak ada komisyen tau. Sekadang berkongsi pengalaman dan mewar-warkan perkara yang baik. Jom kita berbekam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Benda ni sunnah juga, niatkan untuk kesihatan dan ikut sunnah Nabi, inshAllah, semoga amalan kita selalu di redhai. Amin.

p/s: Lain macam bila tulis perkataan tunang. Hihi.

Kerja Tuhan, siapa tahu?

Huzayr 2nd's Dental Checkup

 10:57pm, 13/11/2021, Sabtu, Bandar Sunway, Hari ini aku ada appointment di Klinik Gigi Zen, Dataran Mentari. Nak buat scalling. Setahun leb...