Seminggu masuk kerja

2:52pm, 30/11/2018, Jumaat,
Tempat kerja,

Salam semua.

Hari ini hari ke 4 aku mula bekerja selepas 90 hari cuti bersalin. Cepat sungguh masa berlalu. Semakin hari semakin rindu dekat si kenit bernama Huzayr tu. Untuk satu bulan pertama ni emak dan abah yang tolong jaga Huzayr. Jadinya kami sekeluarga tinggal dengan emak di Shah Alam. Jauh sikitlah nak pergi kerja tapi takpelah. Huzayr pun taklah sunyi sangat sebab bila malam rumah ramai orang. Ada mak abah, kakngah dan Hafsah juga. Rancangnya inshAllah tahun depan aku, suami, dan Huzayr akan stay di rumah emak dekat Bandar Sunway sebab nak hantar Huzayr dekat pengasuh dan pengasuh tu tinggal di PJS 4, Bandar Sunway. Plus senang sikit kalau apa-apa hal dekat dengan office aku. Harap semuanya akan berjalan lancar.

Tiga bulan pertama memang banyak benda kena belajar. Belajar kenal anak (tahu ragam dia, tahu macam mana nak berkomunikasi dengan dia, masa ni memang banyak membaca tentang perkembangan bayi), belajar tentang kesabaran, belajar tentang diri sendiri dan macam-macam. Masa ini lah sibuk baca pasal susu ibu, pasal keselamatan bayi dalam kereta, pasal itu ini. Interesting journey. Terima kasih Allah untuk pengalaman yang sangat berharga ini. Baru tiga bulan je kan, jauh lagi perjalanan dan banyak sangat perkara yang perlu aku pelajari lagi.

Saya sedang belajar mengiring dan meniarap :)

Lepas bersalin hari tu, aku ingat dah selesai semua sengsara. Rupanya tidak. Bengkak susu. Ya Allah, mereka yang pernah rasa je tahu betapa sengsaranya bila kena bengkak susu tu. Iyelah, masa tu aku dan baby pun belum pandai nak menyusu dan hisap susu, so susu semakin terhasil tapi baby tak minum sangat - maka jadilah bengkak susu yang sangat menyeksakan.  Badan dah demam2, lepastu bengkak sampai ke ketiak, nak baring pun tak selesa sebab rasa macam bawak dua biji tembikai kat badan haha. Aku macam, eh apa benda bengkak susu ni tak pernah dengar pun. Itulah masa pregnant tak ada pulak kawan-kawan cerita apape, aku pun tak tau boleh kena benda ni. Tapi alhamdulillah, dengan nasihat kawan-kawan, lepas berurut, lepas tu paksa baby minum kerap, dah surut. Memang pengalaman yang buruk haha. Dan sejak dari tu aku join ada satu group dekat FB ni untuk ibu-ibu yang breastfeed - alhamdulillah banyaaaaaaak sangat ilmu yang aku belajar tentang susu ibu dekat sana. Sejak tu baru lah aku faham banyak benda tentang penyusuan. Syukur sangat.

Sebelum ni aku tak tahu langsung tentang susu ibu vs susu formula ni. Aku selalu nampak orang bagi susu tepung tu so aku ingat normal la bagi je susu tepung untuk bayi. Sekarang baru aku faham konsep2 penyusuan cewah. Jadinya aku dah berniat nak susukan si kenit tu sampailah umur dia dua tahun inshAllah. Semoga ALLAH permudahkan.

Okaylah nanti cerita lagi. Banyak kerja! Hihi.

Kerja Tuhan, siapa tahu?



Pengalaman Bersalin - Hospital Serdang (2)

10:46am, 25/09/2018, Rabu,
Kg Lombong

Salam Malaysia. Ewah tak sangka dah jadi ibu ni kemain sibuk sampai susah nak update blog. Ingatkan bila duduk rumah cuti lama pantang ni bolehlah buat macam-macam. But I am totally wrong. Nak adapt dengan kehidupan baru seorang ibu ni memang ambil masa yang sangat lama dan kadang-kadang boleh tertekan - emosi dan fizikal. Yes, I am exhausted. Setiap hari ada je benda baru nak kena belajar.

Sebelum ni aku ada post tentang pengalaman bersalin di Hosp Serdang kan. Tapi macam tak berapa detail sebab aku malas nak cerita detail sangat haha. Tahpape padahal malas nak menaip sebenarnya. Honestly proses masa nak keluarkan baby dari perut tu sangatlah mudah kalau kita betul-betul tekad nak selamatkan baby dan tak sabar nak jumpa dia. Bagi aku, proses sebelum baby keluar dan proses selepas baby dah keluar tu yang sangat amat memeritkan!

SEBELUM
Sebelum baby keluar, akan ada rasa contraction yang sangat menyakitkan. Lain orang lain tahap kesakitannya. Yang tu aku percaya, sebab ada orang mampu bertahan, ada orang yang bersumpah taknak mengandung dah - haha. Bagi aku, yes sangat sakit. Dari pinggang ke perut ke satu badan campur dengan emosi kau yang kepenatan lagi. Lepas tu doktor asyik nak seluk dan seluk. Masa ni dah tak heran sangat orang nak buat apa dekat badan kau. Eh jangan fikir tak elok. Maksud aku, masa ni kau berserah je dekat doktor sebab bagi kau diorang je yang tahu apa nak buat dekat kau. Dan masa ni jugak lah aku banyak-banyakkan berzikir dan berdoa - sebab DIA je yang mampu tolong aku untuk kuat. Waktu ni yang ada hanyalah aku, DIA, dan staff-staff hospital. Even suami pun duduk luar - duduk dalam pun dia boleh buat apa? Doakan je.

SEMASA
Semasa ni proses yang mendebarkan. Aku rasa nak meneran yang amat sangat. Suami ada disisi. Nurse dan doktor bersilih ganti masuk ke labor room dengan kata-kata semangat. Yang ni part paling seronok sebab aku rasa semua orang membantu dengan penuh kekuatan. "PUSH!", "Lagi sikit", "Baby dah nak keluar ni", "Bagus awak ni", "Push lagi bila sakit". Alhamdulillah, lebih kurang dua jam di labor room, Huzayr selamat dilahirkan. Alhamdulillah, terus doktor letak baby atas dada aku. Ibu - ibu je faham perasaan aku masa ni. Perasaan terharu dan terbeban. Terharu sebab Allah berikan aku kesempatan untuk menjadi seorang ibu dan pendidik seorang bayi. Terbeban sebab aku akan pikul tanggungjawab besar selepas ini. Allah. 

SELEPAS
Aku ingat proses melahirkan bayi tu dah selesai, maka selesailah segalanya. Tidak. Memandangkan tadi masa nak lahirkan Huzayr tu doktor gunting bahagian bawah aku, makanya kenalah jahit semula kan. Sedih, jahitan pertama doktor tu salah guna benang. So nurse buka balik jahitan dan jahit semula guna benang yang lain. Nice kan. Masa keluarkan uri pun doktor tak keluarkan habis, so nurse datang dan korek korek perut aku sebab nak cuci uri tu sampai habis. Dukacitanya ada lagi sikit membrane/uri yang tertinggal so diorang cucuk antibiotik dekat aku. Sedih. Jahit dah sakit. Korek-korek lagi dalam perut. Aku ingat dah takde apape proses yang menyakitkan - haha. 

Dahlah wad penuh, aku kena stay dulu labor room sampailah ada bilik untuk aku masuk. Lepas dah setel semua, nurse dan doktor keluar. Diorang ambil baby untuk cuci. Terbaringlah aku di labor room tu dengan penuh darah dekat baju dan katil. Serius rimas. Aku dahlah tak boleh benda-benda kotor macam tu. TAPI serius lemah sangat badan. Aku minta doktor tolong panggil suami masuk semula. Masa ni aku menangis puas-puas sebab aku letih SANGAT-SANGAT. Sejak malam tadi - sakit - sampailah bersalin - jahit - korek uri - terlantar atas katil - EXHAUSTED. 

Nurse datang bawa baby dan ajar aku menyusukan baby. Yes lagi satu part seorang ibu baru untuk belajar - MENYUSU. Nurse pula ugut aku kalau tak susukan baby, nanti baby masuk NICU - siapa susah? Aku punyalah stress nak susukan Huzayr sebab kami berdua tak tahu! Haha. Aku tak reti susukan, Huzayr tak reti nak menyusu. Sedih. Lepas tu nurse ajar cara marmet, alhamdulillah yang ni aku tahu. Punyalah susah nak bagi anak menyusu rupanya. Kahkah. Kesian. Tapi mengenangkan ugutan nurse tu, walaupun badan aku lembik gila, aku cuba juga. Aku baca dekat blog lepas bersalin nurse akan offer air milo panas untuk bagi tenaga. Hmm tak ada pulak. Takpelah, kita sama-sama survive ye Huzayr? 

Dekat labor room tu aku pun cuci badan, tukar cadar dan baju sebab rimas yang teramat. Kau tak rimas ke baju penuh darah - nak susukan baby dengan tangan kotor-kotor berdarah. Haihh. Aku pun gagahkan diri untuk kemas katil dan mandi. Suami ada, tapi seperti biasalah para-para sakura ni kadang-kadang mereka bukan tahu sangat nak buat apa. Aku tak boleh nak marah sangat. Masa ni bermulalah Journey to Motherhood untuk aku. 

Dari jam 9:24am aku duduk labor room sampailah lebih kurang jam 4petang baru dapat wad. Masa ni nak kunyah kuih pun tak larat. Lepastu orang dah mula datang nak ziarah. Mak abah, mama ayah, adik beradik, kawan-kawan. Haha, mampu menangis dalam hati je sebab semua orang gembira dan excited nak tengok baby. Walaupun takde siapa nak tengok aku, aku tetap kena gigihkan diri. Senyum jelah. Present yourself properly walaupun ikutkan hati aku nak baring sambil berdengkur sebab serius badan kau akan lemah sangat-sangat. Oh Huzayr, welcome to this world.

Jam 7petang masa melawat pun habis, semua pun balik. Suami pun kena balik. Tinggallah aku berdua dengan Huzayr. Meraung-raung macam kena pukul - nak susu - nak yayak - nak dukung. Which one? Ibu lemah. Okay aku cuba susukan dia - tak reti lagi haha. Aku tanya nurse, nurse marah - jangan aniaya anak - yes awak sakit tapi susukan juga dia 2jam sekali 20minit - jangan aniaya anak dia kata. Aku aniaya anak? Uwaaa sedihnya dengan tuduhan tu. Aku pun mesej kawan-kawan tanya tentang cara menyusu, haha tulah masa mengandung taknak belajar. Padan muka. Alhamdulillah, dengan bantuan dan sokongan kawan-kawan, aku berjaya susukan anak aku walaupun masa ni susu ciput je. Hihi. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan.

Jam 11malam doktor panggil untuk periksa jahitan. Oh ya tadi tengah hari dekat labor room pun dia ada periksa jahitan. Kira ni kali ke-dua dia periksa. Dahlah rimas, nak kena pergi bilik mana entah untuk diperiksa. Perh, doktor dan doktor-doktor pelatih kemain ramai semua nak tengok - haha. Aku kena baring dan doktor tu pun ajar anak buah dia sambil tarik-tarik benang jahitan aku. Okay, tak habis lagi rupanya siksaan. Huhu. Takpelah, redha demi masa akan datang.

Malam berlalu diiringi tangisan bayi-bayi di sekitar wad. Aku tak boleh tidur memikirkan pelbagai hal. Huzayr alhamdulillah dah tidur selepas dibantu nurse. 

Okaylah itu je kot setakat ni. Post ni agak ber-emosi. Maaf ya jika ada tersilap bahasa.

Kerja Tuhan, Siapa Tahu?

Pengalaman Bersalin - Hospital Serdang

10:46am, 05/09/2018, Rabu,
Kg Lombong


Salam semua. Alhamdulillah, hari ni aku sudah pun bergelar ibu selama 14 hari. Pejam celik pejam celik je kan? Sebelum bersalin punyalah risau kalau baby overdue. Dan akhirnya minggu ke-39 anak ibu dah bersedia nak keluar dari perut ibu melihat dunia. Ibu je entahkan bersedia atau tidak... Baiklah, aku nak imbau sikit-sikit apa yang berlaku ketika hari kejadian.

22hb Ogos 2018
10:35pm

Aku dah bersedia nak tidur, dah siap baring dan berselimut. Tiba-tiba rasa sakit perut macam nak membuang. Tapi mungkin naluri kan, aku macam, "eh nak membuang atau nak bersalin ni". To be honest, aku macam in denial masa tu sebab  walaupun aku  tak sabar nak jumpa baby, tapi aku tak rasa aku bersedia nak jadi seorang ibu. Yelah, first time kan. Banyak sangat benda nak kena belajar yang aku rasa aku tak belajar apape pun lagi haha. So, untuk memastikan samada bayi atau apakah yang nak keluar, aku pun duduk đje lama-lama dalam tandas. Nope. Bukan sakit perut nak membuang. Setelah hampir dua jam aku dan husband bermain teka-teki samada nak ke hospital atau tak, akhirnya kami decide untuk ke hospital. Bukan apa, sebab selalu baca blog orang kena halau balik kalau false alarm/bukaan baru sikit. Hihi.

23hb Ogos 2018
12:16am


Memandangkan barang aku dan barang baby memang dah ada dalam kereta, jadinya kami pun mandi (sempat mandi) bergerak ke Hospital Serdang. Masa ni tak beritahu keluarga pun. Keluar rumah senyap-senyap sebab tak nak bagi orang excited/gelabah memandangkan aku dan husband pun tak pasti betul ke ini tanda nak bersalin. Oh ya, salah satu sebab lagi aku ragu-ragu ialah sebab aku selalu baca orang cakap tand-tanda nak bersalin ialah air ketuban pecah atau ada keluar darah - yang mana aku tak ada. Masa ni aku rasa perut yang memulas dan pinggang yang sangat-sangat sakit. Sepanjang perjalanan ke Hospital Serdang tu memang sakit dia datang on off. Sakit, sangat. Tak reti nak explain hihi.

1:15am

Sampai hospital agak lambat sebab tadi husband isi minyak. Sempat eh? Iyelah nanti tiba-tiba minyak habis naya jugak. Okay, jadinya kami parking dan berjalan ke Wad Bersalin. Sampai, pergi ke kaunter dan staff di kaunter cakap katil penuh dan aku kena tunggu 3-4jam untuk diperiksa dan kemungkinan ambil masa 2-3hari untuk masuk wad. Aku masa tu macam sedih dan jadi sensitif sikit. Haha. Yelah, dah tengah sakit lepas tu dia cakap macam tu. Tapi redha jelah, nak pergi hospital mana lagi? Hospital kerajaan rasanya memang sentiasa penuh. Aku pun tandangan borang dan akurjanji yang mengatakan once aku dah sign, aku tak boleh keluar dah - tak kisahlah ada bukaan ke atau tak. Ehh ni tak macam yang aku selalu baca pun. Kadang-kadang aku baca blog ada yang cakap kalau bukaan hanya 1cm diorang akan halau balik. Hmm mungkin polisi dah berubah. Okaylah, lepas sign semua, aku pun duduk dengan husband untuk tunggu giliran dipanggil.

2:43am

"Hazirah", okay nama di panggil. Dup dup. Doktor suruh baring atas katil dan dia nak periksa bukaan. Masa ni aku dah buat mind set untuk terima apa saja kesakitan.  Aku ada baca dekat blog katanya kena tarik nafas panjang bila doktor seluk. Dupp dupp. "3 cm". Okay tak sakit sangat rasa kena seluk tu, masih boleh di terima hehe. Yeayy 3 cm. Road to 10cm haha. Jadinya doktor suruh aku tunggu di PAC (Patient Admission Center) atau boleh je nak duduk luar dengan husband, yang penting jangan keluar dari Wad Bersalin tu. Doktor kata lagi 4 jam dia akan panggil untuk check lagi. OMG, 4 jam?

Aku pun keluar duduk dengan husband. Sakit datang dan pergi, bila dia datang tu memanggg tak boleh tahan. Husband aku pun dah macam tak tahu nak buat apa so dia suruh aku duduk dalam. Cehh. Aku pun pergi lah masuk dalam duduk dekat  PAC tu. Ada sofa. Ada beberapa lagi orang lain tengah tidur. Ewahhh kenapa lena sangat? Mungkin belum tiba masa untuk diorang lagi. Huu, stress tengok orang lena sedangkan  aku ni kejap kejap contraction tu datang. :( Bertabah je masa ni.

6:10am

Doktor panggil. Okay aku memang tak sabar untuk dipanggil. 4 cm. 4 cm jeee setelah sakit yang datang  nonstop dari tadi? Haha. Masa  ni darah dah meleleh-leleh. Lega  aku bawak pad. So pergi tandas  pakai pad dan minta tukar kain pinkish tu. Aku  pun minta izin diorang untuk baring atas katil dekat situ sebab tak tahan sangat kalau duduk plus aku mengantuk gila haha. Aku pun baring, dan tak lama kemudian aku rasa macam nak meneran. Aku pun pergi  dekat sorang  staff  nurse tu. "Puan, puan jangan meneran nanti bukaan koyak dan bayi stress". Lepas tu  dia seluk  periksa bukaan. Sebenarnya aku dah  macam  bahan eksperimen dekat situ, staff nurse seluk, lepastu doktor praktikal pun nak seluk. Semua nak seluk.

Tak lama lepas tu aku panggil lagi staff tu beritahu yang aku tak tahan jugak, nak teran jugak. Hakikatnya memang aku cuba tahan teran walaupun tak boleh. Okay agaknya kesian tengok muka toye aku tu, diorang decide untuk pecahkan air ketuban aku untuk cepatkan bukaan. 6 cm. Yess, aku akan di masukkan ke labor room.

Alhamdulillah.

7:03am

Dekat Hospital Serdang suami dibenarkan masuk. Baguslah suami masuk, selain bagi sokongan dekat isteri, diorang akan nampak struggle seorang ibu untuk melahirkan anaknya. Hihi. Alhamdulillah, kebetulan LR (labor room) yang aku masuk ni satu katil je jadinya tak adalah tekanan dengar orang sebelah meneran nak bersalin. Apa lagi, bila dah masuk LR ni, bertambah-tambah rasa nak meneran tu. Serius lah kan dari tengah malam tadi sampailah sekarang kena tahan nak meneran haha. Seperti biasa aku maklumkan dekat doktor yang aku tak tahan nak meneran. Lepas tu aku rasa macam nak terkencing, aku beritahu doktor yang aku nak terkencing. Dia cakap kencing je. Banyak air keluar. Aku dah macam geli lah, apa ni air kencing penuh atas katil. Doktor tolong tukarkan kain lapik tu. Tapi lepas tu aku berfikir dengan waras, aku rasa ni air ketuban sebab dia keluar kemain banyak.

Diorang (actually aku dah keliru mana satu nurse mana satu doktor - semua nampak sama) pun guide aku - bila rasa sakit, tarik nafas dan teran sekuat hati - jangan angkat bontot - angkat kepala pandang perut.

Doktor yang handle aku tu macam doktor baru. Ke doktor pelatih? Entahlah. Memang takdir aku jadi bahan eksperimen. Hmm, setelah  mengadu beberapa kali aku tak tahan meneran, doktor dan nurse pun cuba periksa laluan aku. 9cm. Alhamdulillah. Husband pun dipanggil masuk.

Husband aku duduk bahagian kepala sebab aku dah pesan awal - awal untuk bantu aku angkat kepala dan bagi arahan sebab aku takut aku tak fokus dengan arahan doktor. Alhamdulillah dia membantu masa ni. Aku pun pushhh dan pushhh bila rasa meneran tu datang. Doktor pesan sambil aku push tu, "you boleh curi nafas sikit". Ohh okay aku pun pushhhh dan curi nafas sikit dan pushhh. Lepas tu diorang gunting sikit. Sakit dia tak berapa sakit sangat berbanding dengan sakit masa contraction datang. Actually sakit nak push ni pun tak teruk sangat, dia lebih rasa nak yayak je hehe. Contraction tu paling trauma grrr.

9:24am

Alhamdulillah. Anak ibu selamat dilahirkan. Alhamdulillah.


Kerja Tuhan, Siapa Tahu?

Tips bersalin dari Cik Murni Izar

10:46am, 17/08/2018, Jumaat,
Tempat kerja, MUM


Salam semua. Haritu aku mesej kawan aku, Murni Izar untuk dapatkan nasihat dan tips nak bersalin nanti. Nervousss sangat ni sebab dah 38 minggu tapi baby H belum menampakkan tanda-tanda nak lihat dunia lagi. Tak apa lah, mungkin belum bersedia kan. Sementara tu kita banyakkan membaca dan tambah ilmu hihi. Aku dah siap print dah mesej (whatsapp) dia, nanti nak baca dan baca dan cuba praktis haha. Selain tu ada juga aku tengok youtube: Newborn Russia. Wuuu suspen yang amat bila tengok orang bersalin, push push meneran jerit-jerit. Haha. Semoga proses aku nanti dipermudahkan, inshAllah. Okay meh kita baca pesanan cik Murni kita:

Selalu masuk labour room bila awak on active labour:

1) Sakit dah kuat dan regular.
2) Air ketuban dah pecah dan sakit kuat dan regular.
3) Bukaan dah 4cm ke atas sakit kuat dan regular.

Tapi ade banyak lagi lah syarat nya ikut condition mak dan baby.

Apa diorg akan buat dalam labour room tu?

1) Nak bagi lagi sakit, makin regular contraction: masukkan iv drip ubat lajukan sakit tu. Nama ubat tu oxytocin / syntocinon / pitocin. Semua benda yangg sama, nama je lain. Target sakit: 1 kali sakit selama 45saat setiap 2 minit sekali. (1 sakit : setiap 2 minit : selama 45 saat ).
2) Check bukaan setiap 4 jam aje. Kalau awak dah pecah air ketuban lagi jarang diorang check. So kalau dia check tu time la. Depa takkan check less than 4hours except mmg tgh sakit sgt.
3) Monitor jantung baby dan contraction. So diorg akan attach ctg tu sepanjang dalam labour room. Sebelum tu diorg akak bagi awak ubat berak (tgk la sama ada dekat wad atau dekat lroom) untuk clear kan saluran usus tu bagi baby senang turun. Pastu awak baring aje atas katil.
4) Menungguuuuuuuu...... sampai baby lahir hehehhe.

Ubat tahan sakit nak beranak ada TIGA:

1) Injection - cucuk dekat punggung. Cover sakit dalam 6 jam. Ada efek ngantuk2 dekat awak dan baby. Dia ikut badan seseorang tu cemana die react dengan injection tu dan dose dia. Tapi selalu tenang dalam sejam je pastu sakit semula.
2) Entonox - ni gas. Depa akan bagi waktu sakit kuat dan bukaan dah besar sikit lah. Sedut bila tengah sakit. Sedut nafas dalammmmmmm waktu sakit. Efek kurang sakit tu ramai kata tak kurang pun tapi membantu. Kalau terlebih dose boleh merepek tapi ikut badan org. Selalu rasa mengantuk je.
3) Epidural - bius separuh badan, block rasa sakit dari pinggang ke bawah. Ini kalau betul dose procedur dan timing, inshAllah tenang tak rasa sakit lansung. Bila baby nak keluar rasa nak berak aje. Time tu depa akan guide la macam mana nak teran. Kalau dah pasang epidural, akan pakai sampai bersalin.

Kesemuanya depends pain threshold individu. Ada org tahan je sakit sampai bersalin. Ada org even 1cm dia tak tahan lansung dah. Yang penting masa proses nak bersalin mak kene tenang, tak boleh stress sgt sbb kalau sakit sgt dan stress nanti bukaan tak bukak. Sbb badan menahan sakit.

Injection and entonox dedua cover sakit dalam 40% je. Sebab sakit bersalin kan maha sakit. Tapi dapat la rehat kan. Epidural aje yang tak sakit langsung.

Jangan malu jangan segan nak mintak ubat okay?

Apa awak boleh buat:
Sebelum:


1) Bersedia fizikal dan mental. Jangann stress jangan panik. Tak semestinya awak prepare semua akan okay. Kadang mmg sakit sangat sampai tak perasan terjerit terpukul etc.
2) Bersabar dan banyakkan berzikir hiihi. Selalu baca ‘La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin’.
3) Selalu kitorang advice minta maaf dengan suami dan parents suruh depa doakan mudah bersalin.
4) Suruh husband ready and support during delivery. Contoh bacakan doa, zikir, urut badan especially belakang, tolong guide waktu teran. Kene jadi pompom boi ahaha. Bagitau sesiap mende yang awak tak suka. Contoh jangan main game time saya sakit hahahha.
5) Kalau kepala baby dah turun, awak akan rasa nak teran even bukaan masih kecik. So time sakit tarik napasss dalam dalam. Kene belajar deep breathing exercise. Kalau masih awal awak boleh duduk, awak duduk bersila dan bila sakit awak tunduk kedepan. Encourage baby untuk turun. Kalau dah baring duduk mengiring kekiri yg bagus. Kalau macam bukaan awak tu dah 7-8cm awak rasa nak teran, boleh teran slow2 dengn syarat awak tengok mesin heartrate baby tu. Kalau masa awak teran tu heartrate baby tak turun below 110. Boleh teruskan. Kalau turun jangan buat okay. Apape pun kene dengar cakap nurse sbb dia yg tengok semua bacaan tu.
6) Jangan minum kembang fatimah lah apa lah produk nak bagi sakit sbb nanti dekat hospital depa akan bagi ubat so takut baby stress tak tahan. Air selusuh jangan minum atau bagi org sapu kat perut ke apa. Kalau dah terbuat jangan lupa gtau doctor or nurse.

Cemana nak teran bila dah fully dilate:

Kene FOKUS betul2 nak keluarkan baby even rasa sakit sgt nak sepak org semua. Kena fokus. Bila start sakit contraction tu datang, tangan pegang kat pemegang katil atau kaki, baca Bismillah lepas tu:

1) Tarik nafas dalam-dalam.
2) Tahan nafas tu. Jangan hembus.
3) Angkat kepala dagu cecah ke dada mcm awak nak intai baby tu kat bawah tapi awak nampak perut je sebenanya. Hihi.
4) Awak teran kebawah. Teran mcm awak ada sembelit nak keluarkan najis tu. Selalunya depa kata ada rasa berak dan macam najis tersekat kat bawah tu, teran sepenuh tenaga kebawah nak bagi kepala tu turun.

Teran one timeeeeeeeeee lama2 panjang2 sampai habis nafas awak tu. Baru lepas nafas perlahan2 ok. Masa tu mmg rasa macam berlari marathon, tapi jangan rehat lama, terus tarik nafas baru, tahan dan teran lagi. Kalau awak buat teran yang betul dan panjang, sekali contraction boleh teran 3 kali. Bila sakit dah takde. Baru rehat.

Masa teran:

1) Tak boleh keluar suara. Kalau suara terkeluar maknanya energy awak semua sampai dekat tekak aje. Tak gerak kepala baby tu.
2) Tak boleh teran pendek2 sbb kepala baby nanti jadi acah2 keluar masuk. Sian dia.
3) Tak boleh gerak banyak sgt sbb nanti termasuk kepala tu semula.
4) Tak boleh hembus nafas/ lepas nafas kuat2 kene slowwwww hembus and tarik nafas baru.
5) Kalau awak salah teran atau teran dekat muka, muka awak jadi merah, small vesels kat muka dan mata boleh pecah nanti muka jadi merah menyala hahah so kene teran mcm nak berak sembelit okay?
6) Time teran angkat kepala tu boleh suruh Haikal pegangkan belakang kepala tu tak lenguh sangat dan suruh dia bagi semangat cara yg baik la. Jangan marah pulak. Cakap mcm ‘bagus2 panjang lagi’, ‘kuat lagi’ mcm tu. kalau dia boleh tengok kepala baby tu turun (kalau berani la jgn pengsan plak), nescaya dia akan lagi sorak semangat sebab nampak baby tu turunnnn.

Selain tu, bila dah masuk labour room, selalu depa akan puasa kan patient. So makan banyak - banyak sikit bagi tenaga sebab anak pertama proses labour paling panjang 12-14 jam. Sepanjang tu mmg tak makan tak minum. Takut takde energy nak teran nanti. Dengn penat menahan sakit lagi.

Kalau rasa tak tahan, minta je epidural. Demi ketenangan nak meneran. Stress badan lagi tak bukak.

-------------------------------------------

Okay kalau typo ke bahasa apape ke tu biasalah sebab conversation dalam whatsapp ni hihi. Harap membantu kalau ada yang tersinggah dekat blog ni :) Semoga aku dan baby H selamat nanti. Amin...


Kerja Tuhan, Siapa Tahu?

Baby H

10:37am, 20/07/2018, Jumaat,
Tempat kerja, MUM


Salam warga Malaysia.

Tiba-tiba hari ni rasa nak menaip sikit. Macam tak sangka usia kandungan dalam rahim ni dah 34minggu. Cepat pulak masa berlalu. Dulu masa awal-awal kahwin tu asyiklah mengira hari datang haid. Haha, biasalah simdrom orang baru kahwin yang tak sabar nak ada anak kan. Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab dikurniakan rezeki oleh-Nya untuk merasa nikmat mengandung.

Masa baby H baru berusia dua tiga bulan tu asyiklah paranoid. Takut baby dalam perut ada masalah lah, takut tiba-tiba hilanglah, sampai rasa macam hari-hari nak pergi klinik untuk scan tengok samada baby okay atau tidak dalam perut. Hehe. Aku rasa semua bakal ibu ada perasaan yang sama kot. Asyik risaukan anak dalam perut sebab tak boleh nak tengok. Ni belum keluar lagi ni. Agaknya nanti dah keluar lagilah banyak perkara yang nak dirisaukan, kan? Hihi.

Pengalaman masa awal mengandung tu memang tak dinafikan adalah pengalaman yang memeritkan. Dengan loya, muntah, tak ada selera makan, badan lemah, dan macam-macam lagi. Siap unfollow dan block page-page yang ada gambar makanan/resepi dekat instagram haha. Masa tu sangatlah cemburu bila tengok orang lain aktif jalan-jalan berlari-lari sana sini. Rasa geraaam je. Kita ni pukul 9 malam dah lembik. Rasa nak tidur je sebab tak mampu nak buat apa-apa. Alhamdulillah suami rajin nak tolong buatkan air milo, rajin nak sidaikan baju, rajin membantu. Terima kasih encik suami :)

Sekarang baby dah besar dalam perut, 2.1kg. Kuat berzumba dan bersenam. Harap-harap anak ibu ni sihat bila keluar nanti. Dan berharap sangat agar proses bersalin nanti akan di permudahkan-Nya, inshAllah. Tak sabar nak jumpa. Semoga jadi anak yang baik dan menenangkan ya baby H :)

See you soon my son <3 Tata.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Post caca merba

12:21pm, 21/06/2018, Khamis,
Tempat kerja, MUM

Salam Malaysia baru, harapan baru. Ewah.

Seperti biasa, setelah berbulan baru lah ada post baru - itu pun setelah memaksa diri menekan keyboard ihihi. Banyak benda yang dah terjadi dalam masa aku tak update blog ni tapi malas pulak kan nak cerita satu-satu. Jadinya aku cerita sikit-sikit sajalah.

Alhamdulillah, adik aku Abbas sudah selamat bernikah dengan Nazura pada 17 April 2018. Kakak ipar aku, Kak Tim juga sudah selamat melahirkan seorang cahaya mata bernama Amna Fikriyyah. Comel bulat gebu debab senang aku nak angkut haha.

Dan aku juga sekarang sedang mengandungkan bayi lelaki berusia 30 minggu ehehe. Tak sangka lagi beberapa minggu aku akan jadi seorang ibu. Serius tak sangka. InshAllah, due date pada 29 Ogos 2018. Awal - awal pregnancy tu memang lemah lemau lembik semua ada. Masa tu lah datang perasaan tak nak dah mengandung. Sebab tak rasa macam diri sendiri langsung. Jalan dua tiga tapak pun dah tak larat. Makan pun tak selera. Muntah tu tak lah kerap tapi mual-mual loya tu sentiasa ada. Alhamdulillah, sekarang baby dah besar - aku dah kembali bertenaga seperti biasa hehe. Cuma sakit-sakit belakang tu adalah menyerang kadang-kadang. Masa dia menyerang tu memang aku kena bangun dan jalan-jalan bagi dia hilang. Susu, soya, buah, dan yang seangkatan dengannya tu aku kena paksa sumbat dalam mulut. Padahal sebelum ni sebulan sekali pun tak tentu makan buah haha. Teruk betul.

Okay seperti biasa, memandangkan aku malas nak menaip. Jadinya marilah kita menempek satu dua gambar buat kenangan di hari tua.


Saja gabung dua gambar ni. Macam comel. Macam jelah :P Atas gambar nikah, bawah gambar raya 2 Syawal baru-baru ni ehehe.
Amna Fikriyyah
Ini baby saya semasa 24 minggu hihi. Tengok hisap jari kot.

Okay itu sahaja untuk hari ini. Otak dah beku sejak meningkat usia ni. Kemain malas nak menaip apa-apa hehe. Jumpa lagi di lain hari. Tata.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Insentif kahwin untuk Selangorians

1:33pm, 04/01/2018, Khamis,
Tempat kerja, MUM

Salam semua. Hari ni aku nak cakap sikit tentang Insentif Perkahwinan untuk Selangorians - ewah gittew. Bagi mereka yang memang menetap di Selangor, bolehlah pohon sejurus selepas anda menerima sijil nikah anda ye. Pendapat aku, janganlah malas-malas nak isi borang ke apa ke. Tak susah sangat pun, isi borang, sertakan dokumen yang di perlukan (salinan IC, salinan sijil nikah, dan cop pengesahan tinggal di Selangor jika lahir bukan di Selangor) - hantar ke YAWAS (boleh walk in atau pos - dalam masa 14 hari selepas borang di isi) - selesai - akan dapat RM500 jika lengkap permohonan. Dan lagi satu, permohonan ini mengikut individu tau. Jika korang dan pasangan korang dua-dua memang menetap di Selangor, jadinya dua dua boleh mohon. Dapat RM1000 - boleh lah buat belanja rumah ke, kalau ada rezeki bayi, boleh lah topup untuk belanja hospital dan sebagainya. Jadi, jangan malas ya? Permohonan wajib di buat dalam tempoh satu tahun selepas tarikh nikah.

Jadinya siapa siapa yang baru je berkahwin tidak lebih dari 12 bulan, silalah pohon. Boleh buka website ni: Kahwin.Yawas

Okay? Selamat beramal hihi.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Recap - nikah dan majlis

3:27pm, 03/01/2018, Rabu,
Tempat kerja, MUM

Salam Malaysia. Hari ini dah masuk tahun 2018 dah. Ihiks. 2017 meninggalkan aku dengan banyak kejadian dan kenangan yang menjadi pengajaran dalam hidup aku. Nak ulang satu - satu memang aku tak larat lah kot. Mau satu minggu pun tak habis menaip. (Tu lah siapa suruh malas update blog).

Mungkin aku boleh ceritakan sedikit tentang majlis pernikahan + sanding + bertandang aku secara ringkas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semua servis yang aku pilih (mekap, doorgift, baju nikah, baju sewa sanding, jurugambar, meja tetamu) boleh kata sangat-sangat memuaskan dan recommended. Serius! Aku ada post sebelum ni untuk servis yang aku ambil, sini: Survey - Mekap untuk kahwin, Progress Nikah, Progress Sanding.

Nikah: Yeah, terima kasih untuk kawan-kawan yang sudi menghadirkan diri. Terima kasih untuk keluarga yang memberi sokongan tenaga dan emosi. Terima kasih abah kerana menjadi wali. Terima kasih emak kerana sentiasa di sisi. Terima kasih jurugambar yang melayan aku yang hampir nak pengsan haha. Pesanan untuk semua yang bakal berkahwin, sila makan! Aku punyalah gedik tak nak makan - menyebabkan aku tak larat dan sesi bergambar jadi sekejap je dekat luar. Sayang tau tak. Dah lah aku suka sangat baju nikah aku tu. Sobs :( Jadi, please makan ya bakal-bakal pengantin sekalian. Malam nikah makan, pagi sebelum nikah pun makan, lepas siap nikah pun makan - supaya anda jadi sihat dan kuat :)

Sanding: Yezza, alhamdulillah, majlis di UTMKL pun berjalan dengan baik. Terima kasih untuk SEMUA yang hadir - jauh dan dekat. Aku sangat-sangat menghargai. Terima kasih juga untuk keluarga belah suami yang datang dari jauh. Okay di sebabkan hari nikah aku lemah, jadinya aku memang makan banyak - banyak masa dekat dewan tu. Tak pasal-pasal pengantin makan lama hihi. Tips untuk anda yang paranoid takut ada makanan melekat dekat gigi atau lipstik rosak - sediakan cermin kecil dekat meja makan pengantin hihi. Minta tolong sesiapa letakkan siap-siap :P

Bertandang: Again, semua berjalan lancar. Sama macam majlis sanding dan nikah. Cuma aku agak awkward sikit sebab tak kenal sangat siapa - siapa. Hihi.

Kesimpulannya, rancang awal pun tak apa supaya dah nak hampir hari majlis kita tak gelabah dan stress. Biarlah orang cakap "eh cepatnya" sebab bukan orang tu yang nak kahwin dan siapkan majlis kita nanti. Dan sentiasalah bersikap positif sepanjang persiapan dan sentiasa SENYUM sepanjang majlis walau penat macam mana pun haha. Yang penting, solat jangan tinggal!

Terima kasih sekali lagi untuk SEMUA yang menjayakan majlis saya yang tak seberapa ini dan berbanyak kasih sayang untuk emak dan abah yang sentiasa mendoakan anaknya ini <3


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Huzayr 2nd's Dental Checkup

 10:57pm, 13/11/2021, Sabtu, Bandar Sunway, Hari ini aku ada appointment di Klinik Gigi Zen, Dataran Mentari. Nak buat scalling. Setahun leb...