Imbas Kenangan 2016

9:18am, 30/12/2016, Jumaat
Tempat kerja, MUM

Assalamualaikum dan selamat pagi. Post ke-dua untuk minggu ini. Semoga aku dapat istiqamah untuk terus 'menaip' dan menyimpan kenangan hari ini untuk imbauan masa akan datang. Esok hari Sabtu, dengan yakinnya aku tak akan post apa-apa sebab laptop kesayangan aku dah rosak. Sekarang ni aku hanya bergantung kepada PC di pejabat je untuk menulis. Hihi. Jadinya boleh kata ini penulisan terakhir aku untuk tahun 2016 ni. Fuh, dah 28 tahun aku hidup dekat dunia ni, atau secara spesifik nya 28 tahun, 5 bulan dan 6 hari.

Jom kita imbau sedikit sebanyak apa yang berlaku sepanjang tempoh aku tak berblog ni.

Keluarga: Setakat ni aku ada 6 anak buah yang busuk dan comel dan banyak cakap bernama: Nurin Irdina, Zahran, Nadrah, Qayyim, Afiyah, dan juga Abrar.

Kerja: Tahun lepas bulan Ogos, aku berhenti dari EMGS (Scicom) dan memulakan kerja baru aku di Monash Univ sampailah ke hari ni. Semoga ada peluang yang lebih cerah (sekarang cerah jugak lampu masih terang) dan menarik dan kebaboooom. Amin.

Kisah Cinta: Geli tak geli tak? Aku pun geli bila taip. Alhamdulillah, 4/12/2016 yang lepas aku telah bertunang. (Btw bila cakap bertunang ni ramai yang akan cakap "Eh tak nak tunang, nak kahwin terus!". Bagi aku tunang ni maksud dia persetujuan antara ibu bapa pihak lelaki dan ibu bapa pihak perempuan untuk mengikat anak-anak mereka ni untuk di kahwinkan. Maka selama tempoh tunang - lelaki dan perempuan ni tidak boleh di tunangkan dengan orang lain atau dengan kata lainnya tidak boleh menggedik menggatal dengan orang lain. Selalu orang salah faham sebab dia ingat tunang ni akan habiskan duit dan buang masa. Eh siapa suruh habiskan duit dan buang masa? Cukup dengan keluarga belah lelaki (wakil seperti ibu ayah dan seorang dua pakcik/makcik) datang untuk berkenalan dan berbincang dan bersetuju dalam segala hal dan merancang tentang perkahwinan dan ikut lah nak borak apa pun lepas tu). It's not about the majlis, it's about the concept. Okay banyak pulak bebel).

Alhamdulillah telah di putuskan tarikh perkahwinan pada 28/10/2017. Semoga yang baik-baik sahaja hendaknya. Amin. Eh tunang dengan siapa? Macam mana kenal? Yang tu biarlah rahsia setakat ini. Dah selamat akad nikah nanti baru aku cerita. InshAllah.

Kawan - kawan: Alwan dah selamat berkahwin dengan Syamim pada 17/10/2016 dan sekarang sedang mengandung dua minggu. Murni dan encik suami nya telah selamat terbang ke Jeddah, Saudi Arabia untuk bekerja di sana. Okay pasal kawan tak boleh cerita banyak sangat kang lima puluh muka surat pun tak cukup.

Baiklah. Itu je sedikit sebanyak perkara yang berlaku tahun ni.

Semoga tahun 2017 akan memancarkan cahayanya seterang cahaya purnama. Selamat tinggal 1988 - 2016, kenangan bersama mu tak akan pernah di lupakan!


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Kata Mula - Mula Kata

10:24am, 29/12/2016, Khamis,
Tempat kerja, MUM

Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya dulu pernah dan rajin menulis blog. Hampir setiap hari saya akan menulis dan meluahkan segala jenis isi hati ke dalam blog saya. Kerana bagi saya, tak semua perkara kita boleh kongsikan dengan manusia. Kerana apa? Kerana manusia itu ada sifat kehakiman mereka yang tersendiri. Bukanlah saya takut untuk di hakimi, tetapi biarlah apa yang saya fikir dan rasa itu tersimpan rapi di dalam kitaran diri saya sendiri. Maka dengan itu, semua blog saya sebelum ini telah saya tutup dari bacaan umum.

Saya mula berblog sejak 2005 sehinggalah beberapa tahun lepas saya mula jarang-jarang menulis. Sekejap, kenapa skema semacam ni? Kononnya untuk blog baru ni, nak ada semangat baru. Kononnya nak menulis secara tertib dan skema. Hahaha. Tetapi, tidak boleh. I just cannot! Baiklah, jadi diri sendiri jom. Okay jadinya bila dah ada sikit-sikit masa lapang di tempat kerja sekarang ni, aku saja lah bukak blog aku yang lama-lama. Eh tadi saya sekarang aku? Takpelah janji selesa. Nama pun monolog dalaman kan? Maka bila dah buka blog lama-lama, rasa rindu nak menulis tu datang semula. Dah cuba untuk menulis hari-hari tapi asyik tertunda. Dah cuba buat azam baru setiap bulan, setiap tahun tapi tetap tertunda juga. Jadinya harini aku tekad setekad yang mungkin untuk cuba juga berblog paling kurang seminggu sekali. InshAllah.

Dan bila melihat kembali apa yang aku tuliskan pada tahun-tahun lalu (hampir 10 tahun), ada yang aku banggakan dengan hidup aku, ada yang aku kesalkan juga. Tapi itu semua yang menjadikan aku hari ini. Aku harini tak adalah membanggakan sangat. Cuma apa yang aku banggakan ialah aku ada memori penulisan selama 10 tahun yang tak semua orang ada. Aku boleh lihat sedikit sebanyak diri aku pada tahun 2005, tahun 2007, dan pada tahun 2010 jika aku mahu. Untuk itu, aku bersyukur. Well, guess what? Itu pun kalau 'blogger' ni terus wujud. Haha. Kalau tiba-tiba dia shutdown tahun depan, habis lah punah memori aku. Bayangkan dari tahun 2005 aku menulis, aku sendiri pun tak sempat nak baca satu-satu semua tu. Bosan kot! Haha. Apa benda entah aku merapu dulu, aku nak baca pun malu sebenarnya. Tapi jika di beri kekuatan dan masa, aku rasa aku nak print out SEMUA bebelan aku dan kumpulkan sebagai hardcopy. Yeahhh.

Baiklah, kiranya ini kata permulaan dari aku untuk blog baru ini. Harapnya aku lebih matang dan lebih jujur dalam menulis. Baiklah manusia, kurangkan menghakimi dan cuba letak tapak kaki korang dalam kasut orang lain sebelum nak judge. Kalau tak muat, jangan cuba nak judge ya!


Kerja Tuhan, siapa tahu?


Huzayr 2nd's Dental Checkup

 10:57pm, 13/11/2021, Sabtu, Bandar Sunway, Hari ini aku ada appointment di Klinik Gigi Zen, Dataran Mentari. Nak buat scalling. Setahun leb...