11:23, 30/12/2016, Jumaat
Tempat kerja, MUM
Tempat kerja, MUM
Assalamualaikum dan selamat pagi. Semua dah daftar Haji? Kalau belum, daftarlah. Cari masa, cari ruang dan cari kesempatan. Menunaikan Haji kan salah satu dari Rukun Islam. Jika berkemampuan, mengapa lewatkan? (Haa dah macam pengacara TV pulak ayat).
Sekarang ni sangat mudah untuk daftar Haji. Nanti aku share kan dekat bawah satu website yang aku rasa sangat bagus untuk di jadikan rujukan bagi mereka yang ada niat untuk menunaikan Haji sementara usia masih muda dan tenaga masih kuat ni, inshAllah. Kalau dah tua pun inshAllah, kalau kita ada usaha, kita doa, dan kita niatkan hati untuk tunaikan, dengan izin Allah kita akan sampai. Yang penting, usaha, niat dan tawakkal.
Bagi aku, benda-benda baik ni kita segerakan selagi mampu. Dari kita habiskan duit beli benda yang tak perlu, baik kita simpan sikit untuk daftar Haji. Dan setiap bulan jika mampu, kita masukkan duit sikit dalam akaun Tabung Haji kita. Sikit-sikit kan lama-lama akan jadi bukit? Dari kita beli tudung mahal-mahal harga ratus-ratus, baik masuk simpanan. Hehehehe. Tapi yelah terpulang pada diri masing-masing. Ada kemampuan, silakan buat. Kalau tak ada kemampuan, kita pasangkan niat. InshAllah semoga di permudahkan. Aku pun baru ada kesedaran untuk simpan duit dekat TH ni tahun lepas je. Tapi memang setiap bulan aku cuba untuk consistent masukkan duit dalam TH. :)
Okay bawah ni aku akan share cara daftar dan cara untuk buat rayuan ke Tabung Haji. Boleh klik SINI.
------------------------------------------------------------------------------
Ini aku copy paste dari link di atas:
Alhamdulillah, saya dan isteri sudah hampir seminggu berada di Mekah.
Esok in sha Allah kami akan bertolak ke Arafah untuk memulakan ibadah
haji.
Kat sini, ramai pakcik dan makcik tegur kami, cakap untungnya dapat
pergi haji pada usia muda. Alhamdulillah, memang kami sangat bertuah.
Usia kami masih 20-an, tapi sudah dijemput ke tanah suci untuk
menunaikan haji. Majoriti jemaah di sini berumur 50-an ke atas.
Mungkin ramai yang ingat kami pakai pakej, sebab tu dapat pergi
cepat. Sebenarnya kami pergi macam biasa ikut Tabung Haji atau dipanggil
Muassasah. Muassasah ni rate yang paling murah, tak sampai RM10 ribu
pun seorang. Kalau pakej, at least dalam RM25 ribu seorang. Pakej yang
paling mahal tahun ni mencecah hampir RM150 ribu, memang dapat hotel
betul-betul depan masjid.
Kalau ikutkan, ini adalah kali ke-4 saya dapat panggilan untuk pergi
haji. Tapi jangan salah sangka ye, saya bukan dah pergi haji banyak
kali, ini kali pertama saya pergi haji. Panggilan pertama saya dapat
selepas SPM dahulu, tapi terpaksa ditolak memandangkan saya belajar di
Australia. Pada 2011, dapat panggilan lagi, tetapi kali ni saya tolak
dengan alasan sibuk bekerja. 2012, dapat lagi sekali panggilan dan tetap
saya tolak dengan alasan yang sama. Bila fikir balik, teruknya saya
masa tu, lebih utamakan kerja daripada Tuhan.
Tahun-tahun selepas tu, saya teringin sangat nak pergi, tapi
biasalah, kadang-kadang bila kita nak sesuatu, masa tu lah tak dapat.
Memang rasa sedih. Saya ingat, mungkin ni lah balasan Tuhan sebab
sebelum ni saya banyak kali tolak. Sampailah tahun 2016 ni, baru dapat
panggilan semula. Alhamdulillah, kali ini saya cepat-cepat terima dengan
bersyukur dan dapat bawa isteri sekali bersama.
So kat sini, saya nak kongsi tips-tips yang boleh digunakan supaya
dapat cepat pergi haji. Harapan saya semoga dapat bantu ramai orang di
luar sana untuk tunaikan haji ketika usia muda masa badan masih sihat.
Kesian tengok ramai jemaah haji di sini yang sudah berumur tak berapa
larat nak menunaikan ibadah dengan sempurna. Ada yang berkerusi roda,
ada yang bertongkat, ada yang hari-hari pegi klinik dan yang hilang
ingatan sampai tak ingat pun dia berada di Mekah.
Tips-tips yang saya nak share ni tak susah pun, cuma kita nak buat ke taknak je:
1. Bagi rakyat Malaysia, kalau nak pegi haji, MESTI buka akaun dengan
Tabung Haji dahulu. Sebab yang uruskan kuota haji Malaysia adalah
Tabung Haji. Kalau kita taknak, terpaksalah jadi rakyat Zimbabwe untuk
pergi haji dengan kuota Zimbabwe (ini contoh je).
2. Lepas dah ada akaun, kita mesti simpan SEKURANG-KURANGNYA RM1300
dalam akaun kita. Ni SANGAT PENTING untuk dapatkan giliran haji. Selagi
kita takde simpanan minimum RM1300 ni, kita takkan dapat tahun giliran
walaupun kita dah ada akaun Tabung Haji 48 tahun yang lepas. Ada 2 cara
untuk dapatkan simpanan minimum ni:
a) Masukkan duit sebanyak RM1300 dalam akaun Tabung Haji.
Untuk para ibu bapa, saya sangat sarankan anda buka akaun Tabung Haji
seawal yang mungkin untuk anak anda, kalau boleh lepas anak lahir dan
ada surat beranak, terus pergi buka akaun untuk mereka. Kalau anda
mampu, masukkan terus RM1300 dalam akaun anak anda supaya mereka terus
dapat giliran haji. Kalau tak mampu, bila anak anda dapat duit raya
nanti, daripada dia guna beli mainan, ambil lah duit tu dan masukkan
dalam akaun Tabung Haji mereka.
Inilah yang Umi saya buat untuk saya masa kecil. Duit raya kami
memang Umi masukkan dalam Tabung Haji. Lepas tu setiap bulan Umi saya
buat potongan gaji RM20 untuk kami adik beradik. By the time saya habis
SPM je, duit dah cukup dalam akaun untuk pergi haji. Sebab Umi lah saya
dapat rezeki pergi haji awal. Semoga kalau ada ganjaran pahala haji
Allah bagi nanti, Umi saya pun ada bahagiannya. Terima kasih banyak Umi.
Untuk kita yang dah besar ni, it’s never too late. Cukupkan duit
untuk diri kita dahulu supaya kita dapat giliran haji. Masa saya pergi
kursus haji bulan 5 lepas, pihak Tabung Haji beritahu yang kalau kita
daftar sekarang, giliran yang diberikan adalah pada tahun 2100. Kalau
ikutkan memang tak logiklah kita nak pergi haji masa tu, mungkin kita
dah dalam kubur. Kalau masih hidup pun, umur kita dah lebih 100 tahun.
Tapi takpe, yang penting kita usaha dulu. Kat bawah nanti saya cerita
cara nak cepatkan giliran. Ada rezeki, mungkin tahun depan terus kita
boleh pergi haji walaupun giliran kita asalnya tahun 2100.
Pada masa yang sama cukupkanlah simpanan untuk akaun anak kita
secepatnya. Masa anak saya lahir 2011 dulu, antara benda pertama yang
saya buat selain buat surat beranak adalah buka akaun TH dan register
giliran haji untuk anak saya. In sha Allah kalau ikut giliran yang
diberikan, anak saya akan pergi menunaikan haji pada umur 30 nanti.
Untuk para ibu bapa, inilah antara hadiah terbaik yang kita boleh
berikan pada anak kita. Bila mereka buat haji besok nanti, in sha Allah
kita pun dapat share pahalanya.
b) Kalau kita takde cash RM1300 untuk masukkan dalam Tabung Haji,
jangan risau, ada satu lagi cara. Kalau kita bekerja, print sahaja
penyata KWSP yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter
TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA
(asalkan ada penyata KWSP). Tak susah pun kan?
Kalau kita sibuk dan tak sempat nak pergi Tabung Haji, zaman sekarang
dah senang. Selain cawangan TH, kita boleh je mendaftar giliran haji di
laman web TH, cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM
Maybank atau ATM BIMB. Yang penting ada simpanan minimum RM1300.
Sekarang ni saya nak cerita pula macam mana cara nak cepatkan giliran
haji kita. Ada cara biasa dan cara luar biasa (unconventional). Ada
juga cara yang kita siap boleh pergi haji free lagi.
Cara pertama yang biasa orang buat untuk cepatkan giliran adalah dengan buat RAYUAN pada Tabung Haji.
Kenapa ye kalau buat rayuan boleh cepatkan giliran? Sebabnya, ramai
orang yang dapat panggilan haji akan tidak dapat pergi atas pelbagai
faktor seperti masalah kesihatan, kematian, tiada mahram, pregnant, duit
belum cukup dan macam-macam lagi sebab.
Pegawai Tabung Haji beritahu, tahun ini saja 60% yang menerima
panggilan haji di Kuala Lumpur tak dapat pergi sebab gagal melepasi
pemeriksaan kesihatan. Jumlahnya lebih kurang 2500 orang. Ini baru KL,
belum masuk negeri lain lagi. Jadi mereka yang buat rayuanlah yang akan
dipilih untuk ganti tempat yang kosong ni.
Untuk bagi rayuan anda lebih mudah diterima di kalangan puluhan ribu rayuan yang lain, ini ada tips penting:
1) Cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji anda sekurang-kurangnya
bersamaan dengan jumlah terendah bayaran haji untuk tahun tersebut.
Untuk tahun ni, bayaran haji paling rendah adalah dalam RM10 ribu untuk
pergi bersama Tabung Haji (Muassasah).
Dalam surat rayuan anda, sila nyatakan yang duit anda dah cukup dan
anda bersedia untuk pergi haji bila-bila masa. Barulah pegawai Tabung
Haji senang nak bagi giliran pada anda, sebab dia tahu anda memang dah
mampu pergi. Ni tak, ramai yang buat rayuan, duit dalam akaun tak cukup
pun. Agak-agak camne pegawai Tabung Haji nak luluskan? Nanti dia bagi
tawaran, takde duit pula nak bayar. Dah terpaksa dia buat dua kerja cari
orang lain. Faham ke faham?
2) Dalam surat rayuan anda, nyatakan secara baik dan sopan apa
kebaikannya kepada Tabung Haji kalau mereka bagi anda pergi haji segera.
Sebagai contoh:
– Cakaplah anda masih sihat dan tiada penyakit, jadi takkan
menyusahkan Tabung Haji di sana nanti. Faktor kesihatan adalah faktor
utama kenapa ramai gagal untuk pergi haji. Jadi kalau anda sihat,
besarlah peluang anda nak dapat pergi haji.
– Beritahu apa khidmat yang anda boleh sumbangkan di tanah suci
nanti. Kalau anda doktor, beritahu dalam surat rayuan yang anda adalah
doktor dan boleh bantu untuk memberi khidmat kesihatan bila diperlukan
di sana. Kalau anda masih muda dan gagah, beritahu yang anda nanti boleh
bantu untuk tolong jemaah lain yang tak larat. Senang cerita, letak je
dalam surat rayuan tu apa sahaja yang anda boleh sumbangkan untuk bantu
kerja Tabung Haji. Sebab memang susah beb kerja Tabung Haji di sini,
macam-macam masalah yang mereka kena uruskan. Siapa lagi nak bantu kalau
bukan para jemaah.
Kalau suami/ayah atau sesiapa mahram anda dapat panggilan tetapi anda
tidak, beritahu dalam surat rayuan yang kalau anda dapat ikut sekali,
akan jimatkan kuota haji pada masa akan datang, sebab mahram anda tak
perlu pergi lagi sekali untuk teman anda. Ini yang isteri saya tulis
dalam surat rayuannya. Alhamdulillah dari giliran asal tahun 2040,
gilirannya dipecepatkan untuk ikut saya pada tahun ini.
3) Hantar surat rayuan anda secepat mungkin bila kaunter rayuan sudah
dibuka. Biasanya kaunter rayuan akan dibuka sebulan dua selepas setiap
musim haji. Rasanya untuk haji tahun hadapan, kaunter rayuan akan mula
dibuka pada November ni. Nak tarikh lagi tepat, boleh call no Tabung
Haji di 03-6207 1919.
Kenapa kena hantar segera? Sebab Tabung Haji akan nilai secara first
come first serve basis. Jadi katakan ada mana-mana jemaah yang tolak
tawaran atau tak dapat pergi atas macam-macam sebab, tawaran baru akan
terus dibuat secepatnya kepada orang lain.
Kalau anda merayu dan tak dapat untuk tahun tersebut, jangan putus
asa, cuba lagi hantar rayuan pada tahun berikutnya. Rayuan kena buat
setiap tahun sampai dapat, jangan buat sekali je ye.
4) Dalam surat rayuan tu, jangan sesekali kritik atau marah Tabung
Haji sebab masih tak bagi kita giliran walaupun kita dah banyak kali
merayu. Ingat ye, yang baca surat rayuan kita tu manusia, bukan robot.
Dia pun ada hati dan perasaan. Dan ada 70,000 surat rayuan yang dia
perlu baca setiap tahun. Kalau kitalah berada di tempat dia, mungkin
kita dah buang dalam tong sampah mana-mana surat yang kasar dan tak
beradab. Jadi pastikan anda merayu dengan penuh sopan, bagi pegawai yang
baca tu cair. Kalau dulu boleh tulis surat kat makwe sampai ‘cair’,
takkan tak pandai kot nak ‘cairkan’ hati pihak Tahung Haji.
Ok, cukup bab rayuan. Ni nak bagitau pula cara-cara lain yang jarang kita dengar untuk cepatkan giliran haji:
1. Cari jodoh yang giliran hajinya dah dekat.
Lepas ni mungkin boleh masuk dalam kriteria untuk pilih bakal suami atau isteri, selain cantik, hensem dan pandai memasak.
Sebabnya, kalau isteri pergi haji, memang automatik mahramnya akan
dapat pergi haji, so suamilah orangnya yang akan teman. Kalau suami pula
yang dapat, walaupun tak automatik dan masih perlu buat rayuan,
biasanya lebih mudah untuk dapat berbanding kes lain. Ada pasangan
kembar muda yang pergi haji bersama saya ni, dua-dua dapat bawa isteri
setelah buat rayuan.
2. Pergi melalui pakej
Kalau pergi melalui pakej, taklah automatik dapat. Biasanya masih
kena tunggu giliran daripada Tabung Haji juga. Ramai je yang kaya raya
mampu guna pakej, tapi masih tak dapat-dapat pergi sebab giliran belum
dapat.
Cuma kadangkala ada sedikit kuota yang diperuntukkan pada beberapa
travel agency terpilih untuk bawa jemaah haji. Kadangkala kuota tu last
minute baru dapat. Jadi kalau anda memang banyak duit, boleh guna cara
ni. Cubalah tanya mana-mana travel agency yang famous, mungkin ada
rezeki anda.
3. Kerja di badan-badan tertentu yang ada kuota haji khas.
Ramai rasanya tak tahu yang ada beberapa badan di Malaysia yang
mendapat kuota khas haji untuk staf mereka. Setakat yang saya tahu
adalah Tentera, Polis dan UIA . Mungkin ada lagi selain ini. Jadi kalau
anda berkerja dengan badan-badan yang ada kuota khas haji ni, boleh cuba
mohon kuota daripada majikan anda.
4. Jadi tok imam atau ketua kampung
Hmm, cara ni mungkin kontroversi sikit. Saya just kongsi je ye, saya
taknak komen bab politik sebab bukan bidang saya. Kalau anda perasan,
setiap tahun kebelakangan ini, Yayasan 1MDB ada hantar orang pergi
menunaikan haji secara PERCUMA. Mereka yang terpilih ni terdiri daripada
imam, ketua kampung dan Pengerusi JKKK. Tahun ni sahaja, ada seramai
1,100 orang yang dapat.
Saya pernah jumpa salah seorang yang dapat. Dia kerja sebagai imam
dan ustaz tahfiz. Umur baru 25 tahun, tapi sebab surau kawasan tu
calonkan dia, maka dapatlah dia pergi. Rezeki kan dapat pergi haji muda,
free pulak tu.
So kalau ada yang mampu nak jadi imam, ketua kampung atau Pengerusi JKKK, bolehlah cuba cara ni.
5. Cari kerja di Arab Saudi.
Kalau kita mampu dan layak, bolehlah cari kerja di Arab Saudi. Bila
kita dah ada visa pekerja di Arab Saudi ni, memang mudahlah kita nak
pergi haji, tak payah tunggu kuota Malaysia. Sebab tu kawan-kawan kita
yang kerja di Arab Saudi biasanya semua dah buat haji.
Kat Arab Saudi ni, ramai rakyat Malaysia kerja bahagian minyak atau jadi nurse. So bolehlah try survey kerja di sini.
6. Berbaik dengan Kedutaan Arab Saudi.
Kalau kita ni power networking, bolehlah berbaik dengan pegawai
kedutaan Arab Saudi. Then cuba tanya-tanya pasal visa haji dengan
mereka. Silap haribulan, siap kedutaan mereka sponsor kita lagi pergi
haji.
Saya baru baca statement daripada Tabung Haji pasal Neelofa. Kata
mereka, Neelofa sebenarnya dapat kuota haji direct daripada Kedutaan
Arab Saudi, bukan melalui kuota biasa yang diuruskan oleh Tabung Haji.
So terbukti cara ni boleh pakai.
7. Jadi tokoh atau public figure
Rasanya ramai yang tak tahu setiap tahun, Raja Arab Saudi akan
menjemput khas tokoh-tokoh daripada setiap negara Islam untuk pergi haji
secara esklusif dan percuma. Program ini namanya “Program of The
Custodian of The Two Holy Mosques for Hajj”. Biasanya dalam 60 orang
dijemput untuk setiap negara.
Saya tak pasti siapa yang dapat tahun ini. Tapi tahun lepas antara
yang dijemput adalah Naib Canselor untuk semua universiti di Malaysia.
Alhamdulillah, untung mereka dapat pergi menjadi tetamu Allah dan pada
masa yang sama mendapat layanan khas daripada Raja Arab Saudi.
So, inilah serba sedikit yang saya boleh share tips-tips untuk cepatkan giliran haji.
Cuma saya nak pesan sikit kat sini:
Orang selalu kata pergi haji ni jemputan tuhan. Sama macam jodoh dan ajal maut.
Saya nak beritahu, ye, memang jemputan haji, jodoh dan maut di tangan
Tuhan. Tapi ingat bukan tu sahaja takdir Tuhan, tapi semua benda yang
berlaku kat dunia ni pun memang takdir Tuhan.
Kat dunia ni, Tuhan nak tengok apa usaha kita. Sebagai manusia, kita
buatlah kerja kita iaitu usaha untuk dapatkan pergj haji ni. Dapat atau
tidak nanti tu bukan urusan kita, tu kerja Tuhan. So tak payahlah kita
duk sibuk-sibuk buat kerja Tuhan ye. Kita buat kerja kita dan biar Tuhan
yang tentukan nanti dapat ke tidak.
At least kalau kita mati nanti, walaupun tak sempat pergi haji, kita
boleh jawab yang kita dah usaha seboleh mungkin untuk pergi, cuma tak
dapat je.
Ni kalau buka akaun Tabung Haji pun malas, jawapan apa kita nak bagi
kat Tuhan nanti. Takkan nak jawab sebab sibuk main Pokemon Go kot.
So tepuk dada tanyalah iman ye.
Apapun saya doakan untuk mereka yang memang ikhlas berusaha untuk
pergi menunaikan haji, moga Allah permudahkan usaha anda dan jemput anda
ke sini sebagai tetamu-Nya nanti.
Silakan share untuk manfaat bersama atau rujukan anda pada masa akan datang.
------------------------------------------------------------------------------
Kerja Tuhan, siapa tahu?
No comments:
Post a Comment