Hello 2024.

 6.49pm, 7/8/2024, Rabu,

Bandar Sunway


Hai, hello, salam guys. Syok sendiri eh. Tak sangka hampir 3 tahun dah aku tinggalkan dunia penulisan dalam blog ni ahhgitchew. Jadinya sebagai pembuka bicara, marilah kita imbas sedikit sebanyak kehidupan aku.


Kerjaya: Surirumah tak berapa berjaya.


Anak: Alhamdulillah dah tiga (3) orang; Huzayr, Haqeem dan Hulaif.


Tahap kestabilan emosi: PENAT.


Rasanya kepenatan maksima inilah yang membuatkan aku ingin kembali menulis. Sebabnya aku perlukan ruang untuk melepaskan keluhan dan bebanan walaupun tak ada siapa pun akan baca. But it’s okay. Ini pun dah okay. Haih nak menaip ini pun tiba-tiba menitis air mata. Sedih sangat ke? Kihkihkih.


Tak sangka menjadi seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak ni betul - betul menguji diri aku. Aku betul - betul letih. Letih dari segi emosi dan tenaga. Serius weh. Boleh kata tengahari je pun bateri aku dah -0%. Jom bebel kejap. Bangun pagi, solat subuh, siapkan Huzayr ke sekolah. Buat masa sekarang, Huzayr ke sekolah dengan van sekolah sebab Hulaif kecil lagi kan? InshAllah mula tahun depan 2025 aku akan jadi supir semula untuk hantar Huzayr ke sekolah fuhhhh. Mesti lagi tenat haha. Okay sambung semula. Lepas Huzayr dah ke sekolah, aku pun akan mula on mesin basuh, siapkan makanan untuk Haqeem (dia pun bangun awal haihh), kemas pinggan, on vakuum. In between Hulaif akan menangis atau Haqeem yang akan menangis minta itu ini. Kadang-kadang Hulaif nak sambung tidur sambil menyusu badan tapi nanti datanglah Haqeem buat bising. Bayangkan, ada masa tu dah menyusu hampir satu jam, mata Hulaif pun dah lip lap lip lap nak terlelap, tiba-tiba datang abangnya Haqeem menjerit atau buat bising. Arghhh segar terus mata adiknya tu. Buang masa 1 jam. Secara jujurnya nak taip apa yang aku buat sampai tenat sangat badan seharian pun rasa malas haha. Masa ku begitu berharga, nak menaip ni pun kena laju-laju sementara Hulaif tidur.


Yang jadi bertambah letih ialah apabila kita tak ada tempat mengadu. Suami? Entahlah. Tak semua orang mampu jadi manusia yang memahami walaupun terhadap isteri sendiri. Sedih pulak rasa. Hampir 7 tahun perkahwinan, tapi makin lama makin rasa jauh dan tawar hati. (Eh tetiba tukar segment suami isteri pula). Rasa tak dihargai, tak difahami, semua tak tak lah. Bukanlah apa, aku ni seharian menghadap anak-anak, tak ada kawan nak berborak, tak ada masa nak berehat, makan pun tak terasa nikmat - asal boleh je, hobi pun dah tak ada. Memang serius motherhood mengubah kehidupan aku 200%. Kadang-kadang terasa macam robot - bekerja sehabis mungkin tapi tak langsung dihargai.


Pembantu rumah mak aku pun ada masa rehat dia tau 3 jam tengahari. Sekurangnya malam pun dia boleh tidur lena. Lepas tu hujung bulan dapat gaji. Maknanya aku lagi mulia dari pembantu rumah lah sebab berkerja tanpa rehat, tanpa gaji, dan tanpa cuti. Ya Allah, semoga aku kuat dan ikhlas! Haa tanda seru terus.


Okaylah panjang dah rasanya ni. Hulaif pun dah menangis nak susu. Tata uolls. Harap boleh istiqamah menaip supaya otak aku tak pecah menanggung tekanan.



Jumpa lagi <3







Huzayr 2nd's Dental Checkup

 10:57pm, 13/11/2021, Sabtu,

Bandar Sunway,


Hari ini aku ada appointment di Klinik Gigi Zen, Dataran Mentari. Nak buat scalling. Setahun lebih dah tak jejak kaki dekat klinik gigi. Jadinya alang-alang aku nak buat scalling, aku pun set appointment untuk check gigi Huzayr sekali. Asyik makan benda manis je sejak menjak ni, gigi pun dah nak rongak. Hish.


Jadinya dalam seminggu ni aku memang hari-hari beritahu dia yang nanti aku nak pergi jumpa doktor gigi sebab nak minta doktor tolong cuci gigi. Aku beritahulah yang doktor akan tolong cucikan gigi dia juga. Sebenarnya selama ni memang susahhhhh sangat nak berus gigi dia. Macam nak kena dera tau. Aku dengan suami kena pegang dia kuat-kuat sambil dia meronta-ronta. Haha. Tapi mungkin juga sebab aku guna berus elektrik tu, bunyi agak kuat. Huzayr takut la tu. Kihkih. Tapi dalam dua minggu lepas, dia macam okay pulak nak berus gigi. Siap suruh aku gosokkan tanpa disuruh. Ada sekali tu dia sendiri berus gigi dia, aku pun macam eh pelik ni. Haha. Rupa-rupanya ada ayam tersekat dekat gigi...


So bila aku beritahu nanti doktor akan tolong cuci gigi sampai bersih, dia macam okay je. Siap excited lagi. Terharu pulak rasa macam anak aku ni dah besar betul.


Appoinment pukul 12 tengahari. Dalam 1150 pagi tu kitorang sampai. Memang tenang je Huzayr. Kalau dulu masa first time pergi check gigi dia,... aduhai meleleh-leleh air mata. Masuk je klinik tadi, dia yang laju pergi kaunter. Tanya aku mana doktor gigi? 


Lepas aku siap scalling, giliran Huzayr pula. Ya Allah, anak aku ke ni? Serius tenang. Rilek je jalan masuk dalam bilik. Sebak pula emosi seorang ibu ni bila tengok perubahan anak. Sebab dia tu memang takut betul kalau tengok orang pakai baju putih. Kalau pergi klinik ke apa ke, meraung-raung taknak masuk. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ni. Dia pun duduk atas kerusi tu, buka mulut sambil doktor check. Macam aku cakaplah, memang gigi atas ada lubang sikit dan gigi bawah hampir berlubang. Tapi doktor tak tampal terus, dia minta bawa lain kali sebab takut Huzayr belum bersedia. Yelah kaku aje tadi atas kerusi tu haha. Tapi tahniah Huzayr sebab kekal tenang. I know you can do this (tears).


Jadinya aku plan nak bawa dia lagi untuk masa terdekat. Doktor nak tampal gigi - atau rongak namanya dan sapu fluoride. 



Alhamdulillah untuk hari ini. Allah kurniakan nikmat kasih dan sayang terhadap seorang anak. I love you so muchhhhh Huzayr. Semoga menjadi anak yang soleh, penyayang dan baik hati. InshAllah.



Kerja Tuhan, Siapa Tahu?




Kemaafan

 3:37am, 13/11/2021, Jumaat,

Bandar Sunway


It's 3am+ and I cannot sleep at all. Sebab apa? Sebab fikir banyak sangat. Fikir macam-macam. Otak rasa serabut sangat. Penat tau sebenarnya macam ni. 

Hebat kan orang yang mudah memaafkan dan melupakan? Kadang-kadang ada orang cakap, 'you can forgive but you cannot forget'. Ada perkara yang memang mudah untuk kita maafkan. Tapi ada perkara yang akan tetap menghantui hidup kita. Adakah itu ertinya kita belum memaafkan? Atau ada dendam yang tak terbalas? Atau kita sebenarnya sesal... Sesal sebab kita tak mengambil langkah yang betul. Sesal sebab kita akhirnya terperangkap dalam situasi keadaan.

Dendam? Sesal?

Disebabkan dendam atau sesal inilah hilangnya sebuah kepercayaan. Akan sentiasa ada rasa ragu-ragu. Fikir macam-macam. Emosi pun jadi letih. Haih.

Semoga Allah bantu kita semua untuk mengharungi kehidupan dengan lebih tenang. Kadang-kadang aku berdoa sangat supaya aku jadi manusia yang tiada perasaan. Emotionless. Seronok kan? Kau buatlah apa pun, aku okay. Fuh.


Kerja Tuhan, Siapa Tahu?

I am back!

 4:12pm, 12/11/2021, Jumaat,
Bandar Sunway


Salam petang, Malaysia. Seperti tajuk, I AM BACK! 

Mula-mula terfikir macam nak buat blog baru dengan nama dan nafas baru. Tapi eh berapa banyak blog kau nak create ye? Jadinya tak apa, kita teruskan dengan apa yang ada. Akhirnya, tak ada orang pun baca haha. Sedih.

Baiklah, kita ringkaskan posting pertama kita untuk tahun ini walaupun dah nak hujung tahun dah sebenarnya. 

Sekarang aku dah menjadi surirumah sepenuh masa. Tapi jomlah doakan supaya aku dapat kerajinan untuk mencari kerja dan diberikan rezeki pekerjaan yang baik. Bukan apa, susah bila tak ada duit sendiri. Nak bazirkan duit pun tak boleh. Haha. Nak manja-manjakan diri berspa pun fikir 2 kali. Ya, 2 kali je fikir tak perlu fikir banyak-banyak sebab dua kali je dah tahu duit memang tak ada. Bukanlah kata suami tak bagi duit. Tapi yelah kita ada anak, ada perut nak isi. Kalau habis ke muka lah spa lah cadburry lah, habislah duit. Kecualilah suamiku Perdana Menteri hihi.

Sekarang aku dah ada dua orang kekasih hati iaitu Huzayr dan Haqeem. Alhamdulillah dengan nikmat ini. Haqeem dilahirkan pada jam 11.55pm, 16 Jun 2021. Sekarang umur dia dah 149 hari. Haa gittew tak main umur ikut bulan ya. 

Apa lagi? Itu jelah setakat ni. Tak ada benda menarik pun. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian dari Tuhan. We can do it! (Tiba eh).

Dan semoga aku istiqamah untuk membebel sorang-sorang didalam blog ini. Maafkan kesalahan ejaan atau tatabahasa.


Kerja Tuhan, Siapa Tahu?


Resepi Anak: Puding Roti

Salam Malaysia.

Pagi tadi macam ada masa lebih jadinya aku pun cepat-cepat siapkan bahan nak buat puding roti. Ini pertama kali aku cuba ni dan alhamdulillah menjadi. Sedap pulak walaupun tak ada kuah custard tu hihi.

Puding Roti⁣
⁣
Resepi ni jumpa dekat google. Resepi sebenar portion dia double jadinya ibu buat half dari resepi dia.⁣
⁣
Bahan-bahan: ⁣
⁣4 keping roti wholemeal
1/2 cawan susu full cream
1 sudu besar madu (1tahun ke atas)⁣
1/8 buku dari 250gm unsalted butter (dicairkan)⁣
1 sudu besar tepung jagung⁣
Sedikit blueberry (boleh ganti kismis)⁣
1 biji telur⁣
⁣
Cara-caranya:⁣
1. Siat-siatkan roti dan rendam dengan susu sehingga lembut.⁣
2. Di dalam bekas lain, masukkan madu, butter cair, tepung jagung, blueberry, dan telur. Gaul sebati.⁣
3. Masukkan adunan ini ke dalam adunan roti yang direndam, gaul dan kacau sebati.⁣
4. Lenserkan acuan dengan sedikit butter dan masukkan adunan tadi.⁣
5. Bakar hingga masak. Tak ingat berapa lama, tapi ibu buat agak lama sebab nak rangup-rangup luar dia hihi. ⁣
⁣







Siappp.⁣
⁣

Resepi Anak: Butter Cheese Cookies

Butter Cheese Cookies
⁣
Resepi asal oleh mami Eshan / Eyra Nissa dari FB
⁣
Tekstur: Tak rapuh di tangan dan lembut di gigit. Sesuai untuk anak kecil yang tiada gigi dan nak belajar untuk makan sendiri (dalam kawalan ibu bapa). Yang ini aku buat bentuk lovey dovey tapi kalau nak buat lagi aku akan buat bentuk panjang-panjang supaya mudah untuk Huzayr pegang. Okay jom tengok bahan dan cara-caranya. Sangat mudah dan sedap.



Bahan-bahan:⁣
🍪 2 sudu besar unsalted butter⁣
🍪 2 sudu besar minyak jagung @ minyak masak⁣
🍪 2 sudu besar madu (atas 1 tahun) @ puree kurma (bawah 1 tahun)⁣
🍪 1 sudu besar cream cheese tatura⁣
🍪 1 cawan tepung gandum unbleached⁣
🍪 1 sudu besar tepung jagung⁣
⁣
Cara-cara:⁣
1. Gaul sebati kesemua bahan kecuali tepung².
2. Apabila telah sebati, masukkan tepung jagung terlebih dahulu.⁣
3. Diikuti pula dgn tepung gandum unbleached sedikit demi sedikit.⁣
4. Setelah doh siap,bentukkan mengikut kreativiti masing².⁣
5. Bakar dengan menggunakan suhu 160 selama 30 minit atau mengikut kesesuaian suhu oven masing².⁣
⁣
Unsalted butter dan cream cheese kena suhu bilik ya. Kalau dari peti ais, kena defrost sepenuhnya. Jangan cairkan dengan cara masak atas api atau kaedah double boiled. ⁣
⁣
Siapp.⁣




Kerja Tuhan, siapa tahu?

Instagram makan Huzayr

3.06pm, 24/09/2019, Selasa,
Tempat kerja,

Salam Malaysia. Seperti biasa, aku memang lama betul tak update blog kan. Maybe sekarang blog-blog ni tak dah 'in' atau dah berlalu zamannya. Gittew. Kekanak sekarang nak aplikasi yang cepat dan pantas je contohnya macam instagram, twitter dan lelain. So aku pun nak lah jadi mak - mak yang tak lapuk dek zaman kahkah.

Disebabkan ramai mak-mak milenia #anaksatu semangat nak kongsi atau show off masakan harian anak-anak diorang (gurau je), aku pun tak terkecuali. TAPI malangnya aku ni tak pandai masak dan tak pandai ambil gambar berseni. Walaupun tak berapa cantik aku tetap gigih nak jugak buat satu akaun khas untuk upload menu-menu yang aku cuba untuk si kenit Huzayr tu. Nama instagramnya ialah: hulk_thebaby. *malu*



Aku banyak upload makanan ringan macam snek, kuih, dan dessert je. Sebab kalau masakan melayu/berat macam lauk-lauk tu aku jarang upload sebab aku kan tak pandai masak lagipun yang tu ramai dah mak-mak lain share (alasan haha).

Konsep makan aku untuk Huzayr setakat ni inshAllah aku cuba elak gula dan garam tambahan. Apatah lagi perisa tambahan macam MSG tu. Biarlah orang nak cakap aku ni gelabah ke poyo ke ataupun masa kecik aku pun makan je semua tu, lantak lah kau orang nak cakap apa. Anak aku, suka hati lah aku kan? Lagipun bukannya aku suruh korang masak pun hehe.

Cakap pasal makan ni, kadang-kadang stress jugak sebab normal lah orang kita ni suka nak suap menyuap mulut comel tu. Lepastu diorang suka la bila tengok budak tu kus kus semangat makan kan. Yang ni pening sikitlah. Jadinya untuk elakkan benda ni semua berlaku aku memang kena sediakan sebanyak mungkin makanan untuk bekal Huzayr kalau keluar. Sebab susah, susah nak explain bila orang taknak faham apa yang kita cuba buat. Memang dietitian kanak-kanak pun cakap, budak bawah 2 tahun tak perlukan garam dan gula tambahan. Buah pinggang mereka masih kecik dan tak kuat untuk tampung bahan tambahan yang banyak tu. Kesan dia kita tak nampak sekarang. Dah tua nanti barulah efek kencing manis lah apa lah.

Lagi satu aku paling menyampah bila orang cakap aku dulu masa kecik suka makan jajan lah makan maggi lah. Yelah dah benda tu sedap aku makan lah. Haha. Tapi takde pulak rasanya aku makan masa umur aku 1 tahun. Melampau gila. Rasanya umur dah masuk sekolah menengah baru aku melantak semua tu. Tapi apa salahnya kalau aku cuba buat yang terbaik untuk anak aku sementara dia belum mampu buat keputusan sendiri ni kan? Salah ke? Salahkah akuuuu haha. Okaylah seronok juga cakap sorang-sorang ni sebab dah lama sangat tak meluah perasaan dekat sesiapa. Selalunya apape aku pendam je sorang-sorang. Nak cakap dengan Huzayr dia bukan faham pun. Kihkih. Nanti aku kongsi sikit-sikit ya makanan yang aku masak untuk Huzayr dekat sini.

Btw Huzayr dah 1 tahun 1 bulan, alhamdulillah.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Ilmu Susu

Godek-godek handphone terjumpa nota ni. Nota ni aku pernah kongsi dekat group Happy Breastfeeding Malaysia di Facebook. Saja tepek dekat sini. Hehe.

--------------------------------------------------------------------

Salam ibu2. Saya cuma nak kongsi cerita saya (masa di kelas P2 semalam segan sikit hehe). Dulu masa mengandung memang saya langsung tak baca tentang penyusuan. Yang saya fikir; once baby lahir, sua je breast bagi dia minum 😅

Alkisahnya lepas bersalin, nurse minta saya susukan anak saya. Masa tu lah baru kelam kabut sebab tak reti nak susukan anak! Haha. Saya tak pandai, baby lagi lah tak reti kan. Time tu memang stressss yang teramat2 sangat. Dahlah tenaga memang out, lepastu susahhh bebeno nak menyusu. Yang buat saya tertekan ialah bila nurse asyik marah2, “jangan aniaya anak, jangan pentingkan diri”, dan yang paling buat saya sedih ialah bila dia cakap “nak anak masuk nicu ke sebab dehydrated?”. Terus lah saya pun tengok youtube how to breastfeed newborn, mesej kawan tanya macam mana nak menyusukan anak. Malam lepas bersalin tu memang menangis2 sebab tak pandai, baby pulak dah meraung2 tak tau sebab apa (laparlah kot masa tu hihi). Saya pun asyiklah panggil nurse beritahu tak pandai susukan (kena marah lagi), nurse pun ajar dan ajar - tapi saya masih tak pandai 😅

Lepas tu nurse ajar marmet. Masa ni susu keluar pun setitik dua je - tapi saya tak terfikir pun susu saya sikit ke banyak ke masa tu, yang saya tahu buat ialah picit dan suakan kat dalam mulut baby- sebab saya takut sangat baby masuk nicu. Lepas tu keep on cuba susukan baby jugak. Alhamdulillah, kami berdua berjaya jugak sikit-sikit walaupun tak master lagi masa tu.

Lepas balik rumah, kena pulak bengkak susu - so baby susah sangat nak menyusu / latch. Saya ingat struggle nak susukan anak dah berakhir, rupanya belum 😢 Tak pernah tahu pun apa benda bengkak susu tu selama ni😅 Mesej kawan2 semua lagi sekali dan tanya kenapa breast dah macam bola dan ada ketulan dekat ketiak 😭. Disebabkan bengkak susu tu lah ada kawan ajak masuk group HBM ni - dia kata banyak tips mungkin boleh membantu. Yesss sangatttt sangat membantu - saya pun baca dan baca alhamdulillah masalah bengkak susu masa tu dapat di atasi.

Nak kata saya berjaya atau tak tu saya pun tak pasti lagi sebab anak baru je tiga bulan setengah. Jauh lagi perjalanan. Alhamdulillah disebabkan saya memang tak berapa faham konsep penyusuan masa bersalin, takdelah saya terfikir langsung nak bagi fm (sebab tak tahu pun pasal susu fm 😅 - teruk kan?), cuma struggle habislah masa dekat hospital tu. Dan saya bersyukur sangat2 masuk dalam group HBM ni sebab banyak sangat2 ilmu yang saya dapat. Alhamdulillah sangat. Perjalanan masih jauh, semoga kita semua dapat tempuhi dengan kuat ☺

Maaf ye agak panjang hehe. Akhir kata, terima kasih semua 🌹

--------------------------------------------------------------------



Makan Huzayr - 8 bulan dah!

 4.12pm, 09/05/2019, Khamis,
Tempat kerja,

Salam warga Malaysia. Alhamdulillah, dah masuk hari ke - 4 bulan Ramadhan. Kali pertama berpuasa bersama anak. Sebelum ni bersama suami dan anak dalam kandungan. Tahun ni anak dah keluar dari perut (haha) dan dah nak masuk 8 bulan pun umur dia! Cepat je masa berlalu.

Alhamdulillah, Huzayr sekarang dah besar dah hehe. Dah banyak akal dan dah pandai buat macam-macam. Kalau nak cerita perihal makan dia (solid food/baby led weaning), memang macam-macam hal. Masa 6 bulan tu mungkin dia agak teruja, banyak dia makan. Masuk 7 bulan, dia asyik sembur-sembur je makanan. Kita ni sebagai ibu tetaplah berusaha masakkan untuk dia dan tak nak mengalah. Cuba dan cuba. Alhamdulillah, mulai minggu lepas dia dah mula suka makan semula. Suap lah apa pun dia makan. Beriya pulak tu. Ibu sangat gembira hihi. Jadinya ibu kena rajin mempelbagaikan resepi. Eh dah kenapa nak guna ibu ibu ni? Geli pulak haha.

Okaylah back to normal.

Setakat ni aku masih berusaha untuk membekalkan makanan Huzayr setiap hari dekat pengasuh. Belum lagi bagi makanan segera macam biskut baby kecuali biskut homemade hihi. Dan masih lagi mengekalkan prinsip no sugar no salt untuk Huzayr. Sebenarnya dah nak masuk 8 bulan ni dia dah boleh makan semua makanan macam orang dewasa. Cuma elakkan gula, garam dan perisa tambahan jelah. Aku jugak kena pastikan dia cukup karbo, serat dan protein. (Oh ye, kecuali telur dan seafood je aku belum introduce. Lambat sikit lah yang tu hihi).

Malu jugak sebenarnya. Dah umur 30 tahun barulah banyak benda tentang pemakanan sihat aku discover. Kiranya ini salah satu ilmu baru setelah menjadi ibu :) Masa Huzayr 6 bulan dan 7 bulan aku ada buat jadual makan. Sebab senang nak masak hari-hari tak payah jenuh nak fikir. Sekarang dah 8 bulan tak larat pulak nak rancang awal-awal sangat. Aku just masak je apa yang ada dalam peti ais. Lepas tu aku join group FB "Happy Baby Foods Malaysia". Sangat-sangat membantu. Memang banyak idea makanan anak-anak dalam tu. Yang paling penting semua resepi tu menggunakan bahan-bahan segar, tak ada garam gula msg (no nestum!) dan kurang penggunaan makanan yang di proses. Sebenarnya amalan no sugar no salt ni pun elok sangat kalau kita teruskan sampailah hari tua hehe. Sekarang pun dah banyak alternatif makanan sihat.

Terima kasih untuk dunia maya dan internet. Sangat-sangat membantu.

Awal-awal tu memang banyak membazir makanan sebab dia main-main je nak makan. Banyak lah yang masuk tong sampah. Part ni memang kena sabar sikit. Sekarang aku dah pandai sikit nak control beli barang nak masak dia. Hehe. Sayur pun beli satu dua jenis je sebab tak tahan lama kan. Kalau stok ayam pun beli ciput je. Cukup untuk makan seminggu dua. Lepas tu baru re-stock semula. Kalau buah pun sama lah. Dan kalau ada sayur atau buah yang aku nampak macam banyak sangat, aku terus buat puree. Sekurangnya tahan buah/sayur tu dari rosak dan boleh guna lagi lepas tu, inshAllah. Tapi tak semua buah/sayur sesuai buat puree. Kena tengok juga okay?

InshALLAH, semoga ALLAH berkati usaha aku.


  



Kerja Tuhan, siapa tahu?

Persediaan Makan Huzayr 6 bulan

2.39pm, 19/02/2019, Rabu,
Tempat kerja,


Hai dan assalamualaikum warga Malaysia,

Hari ini umur Huzayr dah masuk 181 hari bermakna dia dah mencapai usia untuk makan. Cuma aku nak tunggu 23hb ni (Sabtu) sebab Sabtu cuti dan saja nak bagi moment tu bermakna sikit. Gittew, biasalah emak-emak jenis excited lebih ni. Kiranya nak sediakan betul-betul makanan dia lepastu nak ambil gambar suap dia dan rekod reaksi dia terhadap makanan pertama yang masuk dalam mulut dia tu! Hehe. Janganlah kecam sebab macam over sangat walhal nak suap bubur cair kosong je pun kehkeh.

Setakat ni aku cadang nak bagi dia rasa bubur kosong cair dulu - selama lima hari. Sebab dari hasil bacaan aku, doktor dan ibu-ibu sarankan untuk bagi dia rasa makanan yang tawar dan kurang manis dulu supaya dia tak memilih makan nanti. Jadinya sebagai permulaan aku nak bagi bubur - yang halus dan sangat cair takut tercekik pula. Campur dengan susu badan sedikit supaya dia tak terkejut sangat. Lepas tu barulah aku bagi bubur pekat sikit - dan beras tetap aku kisar halus sampailah aku rasa dia okay untuk makan bubur yang sedikit pekat dan berketul. Jadinya, meh aku kongsi sedikit sebanyak peralatan yang aku dah beli untuk persiapan makan Huzayr.

Steamer + Blender 


Silicone Mould 
 Ada banyak jenis aku beli. Yang ni untuk aku frozenkan puree buah/sayur. Ada yang beli di Mr DIY, ada di Shopee.

Beras jenama LittleBabyGrains 
Selepas di cuci - sangai - dan kisar halus


Sudu jenama NUK
Sippy Cup jenama NUBY
Olive Oil for babies keluaran PONS


Dan lain-lain yang basic macam pisau, tempat pemotong makanan, periuk dan lelain semuanya khas untuk masak makanan si kenit tu huhu.

Okay, nanti aku share lagi ya :)


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Alatan Perang - Penyediaan Susu Huzayr

1:47pm, 22/01/2019, Selasa,
Tempat kerja,


Salam semua. Semoga sentiasa bahagia dan tenang hendaknya, inshAllah. Harini aku macam rajin sikit nak menaip jadinya aku nak kongsikan peralatan perang yang aku gunakan setiap hari demi menyediakan 'makanan dan minuman' untuk si kenit Huzayr.

Breastpump

Aku guna jenama Malish Ilaria. Sebenarnya lepas dah beli barulah aku baca yang orang kata seeloknya cuba dulu samada sesuai tak pam tu dengan aku. Huhu. Aku kemain semangat beli tak cuba langsung. Alhamdulillah okay. Tak sakit dan sesuai. Pam ni aku beli di kedai PumpOnTheGo, Kelana Jaya, RM359. Dapat free cooler bag, dua botol storage 2oz, dan satu ice brick. Aku beli jenama ni sebab dia tak adalah mahal macam Medela, Spectra, dan lelain tu dan katanya elok untuk heavy duty. Maksudnya kalau dalam sehari aku guna banyak kali pun okay sebab motor dia memang sesuai untuk penggunaan yang tinggi. Lagi satu dia double pump, bermaksud aku boleh pam dua-dua belah dalam satu masa. Jimat masa dan bagus untuk rangsangan seolah-olah kita ada anak kembar. Ewah gitu.

Kalau tengok dekat shopee ada je jenama yang murah-murah dari China tapi aku tak berani sangatlah sebab fikir nak pakai lama dan nak pakai kerap dalam masa satu hari. Semua pun bergantung kepada penggunaan masing-masing. Jadinya aku nak bagi berapa bintang? Tak tahu haha sebab aku tak pernah guna jenama lain jadinya aku tak boleh nak banding. Tapi setakat ni rasanya semua okay. Oh ya cuma satu je kelemahan dia iaitu tak rechargable. Maknanya wajib kena guna plug atau powerbank untuk on. Tapi masih tetap okay untuk aku sebab tempat aku pam di pejabat tu memang ada plug dan powerbank pun aku ada. Jadi tak ada masalah, inshAllah.

Storage

Sekarang ni aku sediakan susu chiller ke pengasuh. Jadinya aku guna botol yang sama untuk pam dan untuk beri kepada pengasuh. Sebab nak kurangkan penggunaan botol hihi. Aku guna botol POTG (pump on the go) wide neck dan tiny touch wide neck. So lepas pam aku terus simpan dalam petiais dekat pejabat dan bila balik rumah aku sukat ikut keperluan Huzayr dalam setiap botol - 3oz, 6 botol. Kadang-kadang aku pam tak dapat 18oz sehari, aku kurangkanlah sikit jumlah oz sebotol. Ada botol yang 3oz, ada botol yang 2.5oz. Haha ikut suka je kan? Pengasuh okay je tak cakap apa-apa lagi setakat ni. Hehe. Yang ni sila jangan tiru.

Tapi aku rancang lepas ni nak guna botol kaca standard neck. Senang sikit - sebab nak jimat space dalam bag. Lagipun haritu aku memang ada beli 6 biji botol kaca POTG. So aku kena tambah beberapa lagi jelah botol kaca. Tadi je aku baru order botol kaca BKA dekat shopee. Rancangnya lepas botol-botol plastik aku tu tamat tempoh atau ada calar, aku nak ganti guna botol kaca ni terus. Botol kaca ni kelebihan dia ialah tak ada expiry date dan tak akan calar. Jadinya aku boleh guna sampailah bebila (kecuali pecah haha). Ada orang dia minta pengasuh tukar je puting dekat storage bottle tu setiap kali anak nak menyusu. Tapi di sebabkan Huzayr hanya terima puting NUK, aku tak bolehlah buat macam tu walaupun rancangan asalnya nak buat macam tu supaya memudahkan pengasuh. Sebab puting NUK ni hanya sesuai untuk botol dia sahaja. Kalau guna botol POTG atau tiny touch susu akan menitis kat tepi. Haihh. Makanya aku dah bincang dengan pengasuh untuk guna storage bottle lain, dan feeding bottle lain. Pengasuh pun okay je untuk basuh botol NUK tu setiap kali selepas minum.

Cuma botol BKA tu tak boleh masuk dalam breastpump. Iyelah tak ada benda yang sempurna haha. Nak beli botol kaca POTG tapi sampai sudah tak restock. Botol kaca POTG aku beli RM6 dan botol BKA tu aku beli 8 botol RM42.



Cooler Bag

Untuk isi alatan breastpump dan susu yang dah siap pam, aku guna bag jenama GABAG. Kalau untuk ke pejabat, aku guna Gabag Rayana (RM129, percuma 2 icepack). Bag ni besar, senang aku sumbat semua benda. Cuma bahagian bawah (untuk susu) tu agak kecil sikit, tu yang aku nak tukar ke standard neck punya bottle storage. Dan kalau untuk hantar ke pengasuh pula aku guna Gabag People (RM82, percuma 2 icepack). Aku suka betul Gabag People ni. Cantik, besar dan nampak kemas. Aku letak ice pack jenama Gabag juga sebab orang kata sangat elok. Maksudnya tahan lama. Pengasuh pun biar je susu dalam bag tu dari pagi sampai ke petang. Jadinya tak perlu usik peti ais dia. Hihi. Sangat recommended :)


Gabag People: Sumber Google

Gabag Rayana. Sumber: Google.

Strilizer

Alhamdulillah, aku dapat hadiah strilizer jenama Little Bean. Boleh masuk 6 botol wide neck dan alatan pam aku. Senang sikit tak payah nak rebus-rebus botol atas api. Lepas cuci botol dan alatan pam, aku masukkan air dalam 80ml ke dalam strilizer tu dan tekan je butang on. Lepas beberapa minit dia akan siap dan aku pun 'sidai' la botol-botol aku tu. Aku memang tak pernah lap botol-botol tu sebab takut kain lap tu tak bersih atau tisu tu berhabuk. Jadinya aku akan biarkan dia kering secara natural bawah kipas. Tapi tak lama pun nak kering, lepas sterilize tu aku kibas-kibas dia bagi keluar air lepas tu jemur dalam 3-4jam bawah kipas. Kering. Mudah je sekarang ni. Kalau poket agak tebal boleh beli sterilizer yang keringkan terus. Senang kerja dan jimat masa.



Rasanya itu jelah alatan-alatan yang diperlukan selain air kosong, buah, dan makanan peneman di kala mengepam ihihi. Semoga bermanfaat.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Enaknya susu ibu

11:53am, 10/01/2019, Khamis,
Tempat kerja,

Salam 2019! Post pertama untuk tahun 2019, jangan post terakhir sudah. Hahah.

Nampaknya tak ada banyak  perkara pun aku nak ceritakan. Cukup sekadar update status kehidupan. Wahh gitu. Anak aku, Huzayr dah berumur 140 hari. Tak sangka kan, si kenit tu dah berubah menjadi si bambam sekarang. Alhamdulillah, I am happy :) Sekarang ni kami sekeluarga tinggal di rumah emak aku di Bandar Sunway. Senang sikit, pergi kerja boleh lewat sikit, balik rumah pun cepat sikit berbanding masa aku duduk di Shah Alam. Tapi bangun tetap awal, tidur tetap lewat. Haha.

-------------------------------------------------------

Aku nak kongsi sikit tentang jadual perahan susu aku di tempat kerja. Sekarang ni aku cuba disiplinkan diri untuk pam setiap 3 jam. Jadinya kalau aku susukan Huzayr jam 6pagi, sesi seterusnya ialah jam 9pagi. 9pagi aku akan pam di office. Alhamdulillah dekat tempat kerja aku memang ada sediakan bilik untuk pam susu. Jadi mudahlah sikit urusan. Lepastu aku akan pam pukul 11tghari, dan 2petang. Sepatutnya aku kena pam pukul 5petang kan? Tapi memandangkan 530petang dah nak balik, samada aku pam awal sikit pukul 430ptg atau aku cuma marmet je sekejap untuk hasilkan rangsangan. Nanti bos cakap dah nak balik pun tak reti-reti duduk dekat meja haha. Sekurangnya kalau marmet tak perlu nak pasang-pasang alatan perang tu (pam), jimat masa sikit cuma lenguh lah tangan.

Alhamdulillah, aku banyak dapat ilmu tentang penyusuan hasil group FB dan perkongsian dari kawan-kawan. Setiap ibu-ibu memang Allah dah anugerahkan kebolehan untuk menyusu. Terpulang pada kita samada nak cuba untuk berikan hak anak kita (susu tersebut) atau tak. Memang banyak cabaran dalam menyusukan anak ni. Memang kadang-kadang tu rasa nak give up je sebab leceh. Macam haritu aku demam panas menggigil-gigil, memang tak larat sangat. Rasa nak baring je sepanjang masa. Tapi masa demam tu lah Huzayr tetiba nak mengempeng lebih. Dia nak melekat je, mata taknak lelap. Demi anak, memang cuba gigihkan diri. Tapi ada je terdetik dalam hati, "kalau bagi susu formula kan mudah". Tapi kena counter balik nafsu tak baik tu. Demam ni bukan selamanya pun, anak nak menyusu dengan kita pun bukan lama. Dua tahun je. Confirm lepas fasa menyusu kita akan rindu saat-saat tu. Lagipun kita yang nak sangat anak - bila dia dah lahir, kena lah jaga elok-elok. Kan? Anak pun baru sorang, nak dibanding dengan ibu-ibu lain yang anak ramai - fuhh tak terbayang.

Sekarang ni dekat office kena jaga masa. Setiap 3 jam wajib kena pam - untuk elakkan susu drop dan untuk hasilkan lebih banyak hindmilk. 3 jam tu dah rasa macam 3 minit. Kelam kabut. Yelah setiap kali nak pam, kena turun bawah, lepas tu kena pasang alat-alat pam. Nak pam pula ambil masa paling kurang 10minit. Dekat situ saja dah habis dalam 15-20minit. Nak solat, nak makan, nak siapkan kerja - memang busywoman lah sekarang ni haha.

Apapepun kena banyak berdoa semoga Allah permudahkan. Niat untuk susukan anak supaya anak membesar dengan sihat dan semoga anak lebih rapat dengan kita, inshALLAH.

-------------------------------------------------------

Aku nak kongsi sikit yang penghasilan susu badan ni bergantung kepada konsep 'Demand vs Supply'. Maksudnya lebih banyak rangsangan, lebih banyak anak menyusu, dan lebih kerap kita pam (2-3jam sekali), maka lebih banyak susu akan terhasil. Kalau dekat pejabat kerja 8 jam tapi kita pam hanya sekali, lama-lama memang susu akan drop sebab kurang rangsangan. Badan akan anggap yang kita tak perlukan banyak susu pun. Masa ni lah ibu-ibu mula akan cakap, "Susu badan drop, kurang, takde". Kalau ibu yang tak bekerja pulak, jangan risau sebab susu akan sentiasa ada bila anak menyusu. Tapi tak payahlah sibuk-sibuk nak pam untuk tengok berapa banyak susu kita ada. Nanti bila tengok susu tak banyak mulalah kita stress padahal rangsangan dari hisapan bayi dengan sedutan pam memang tak sama. So, untuk ibu bekerja, jangan risau, just perlu kerap susukan anak inshAllah susu akan selalu ada. Positive :)

Eh panjang pulak. Over tau. Oklah bye.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Seminggu masuk kerja

2:52pm, 30/11/2018, Jumaat,
Tempat kerja,

Salam semua.

Hari ini hari ke 4 aku mula bekerja selepas 90 hari cuti bersalin. Cepat sungguh masa berlalu. Semakin hari semakin rindu dekat si kenit bernama Huzayr tu. Untuk satu bulan pertama ni emak dan abah yang tolong jaga Huzayr. Jadinya kami sekeluarga tinggal dengan emak di Shah Alam. Jauh sikitlah nak pergi kerja tapi takpelah. Huzayr pun taklah sunyi sangat sebab bila malam rumah ramai orang. Ada mak abah, kakngah dan Hafsah juga. Rancangnya inshAllah tahun depan aku, suami, dan Huzayr akan stay di rumah emak dekat Bandar Sunway sebab nak hantar Huzayr dekat pengasuh dan pengasuh tu tinggal di PJS 4, Bandar Sunway. Plus senang sikit kalau apa-apa hal dekat dengan office aku. Harap semuanya akan berjalan lancar.

Tiga bulan pertama memang banyak benda kena belajar. Belajar kenal anak (tahu ragam dia, tahu macam mana nak berkomunikasi dengan dia, masa ni memang banyak membaca tentang perkembangan bayi), belajar tentang kesabaran, belajar tentang diri sendiri dan macam-macam. Masa ini lah sibuk baca pasal susu ibu, pasal keselamatan bayi dalam kereta, pasal itu ini. Interesting journey. Terima kasih Allah untuk pengalaman yang sangat berharga ini. Baru tiga bulan je kan, jauh lagi perjalanan dan banyak sangat perkara yang perlu aku pelajari lagi.

Saya sedang belajar mengiring dan meniarap :)

Lepas bersalin hari tu, aku ingat dah selesai semua sengsara. Rupanya tidak. Bengkak susu. Ya Allah, mereka yang pernah rasa je tahu betapa sengsaranya bila kena bengkak susu tu. Iyelah, masa tu aku dan baby pun belum pandai nak menyusu dan hisap susu, so susu semakin terhasil tapi baby tak minum sangat - maka jadilah bengkak susu yang sangat menyeksakan.  Badan dah demam2, lepastu bengkak sampai ke ketiak, nak baring pun tak selesa sebab rasa macam bawak dua biji tembikai kat badan haha. Aku macam, eh apa benda bengkak susu ni tak pernah dengar pun. Itulah masa pregnant tak ada pulak kawan-kawan cerita apape, aku pun tak tau boleh kena benda ni. Tapi alhamdulillah, dengan nasihat kawan-kawan, lepas berurut, lepas tu paksa baby minum kerap, dah surut. Memang pengalaman yang buruk haha. Dan sejak dari tu aku join ada satu group dekat FB ni untuk ibu-ibu yang breastfeed - alhamdulillah banyaaaaaaak sangat ilmu yang aku belajar tentang susu ibu dekat sana. Sejak tu baru lah aku faham banyak benda tentang penyusuan. Syukur sangat.

Sebelum ni aku tak tahu langsung tentang susu ibu vs susu formula ni. Aku selalu nampak orang bagi susu tepung tu so aku ingat normal la bagi je susu tepung untuk bayi. Sekarang baru aku faham konsep2 penyusuan cewah. Jadinya aku dah berniat nak susukan si kenit tu sampailah umur dia dua tahun inshAllah. Semoga ALLAH permudahkan.

Okaylah nanti cerita lagi. Banyak kerja! Hihi.

Kerja Tuhan, siapa tahu?



Pengalaman Bersalin - Hospital Serdang (2)

10:46am, 25/09/2018, Rabu,
Kg Lombong

Salam Malaysia. Ewah tak sangka dah jadi ibu ni kemain sibuk sampai susah nak update blog. Ingatkan bila duduk rumah cuti lama pantang ni bolehlah buat macam-macam. But I am totally wrong. Nak adapt dengan kehidupan baru seorang ibu ni memang ambil masa yang sangat lama dan kadang-kadang boleh tertekan - emosi dan fizikal. Yes, I am exhausted. Setiap hari ada je benda baru nak kena belajar.

Sebelum ni aku ada post tentang pengalaman bersalin di Hosp Serdang kan. Tapi macam tak berapa detail sebab aku malas nak cerita detail sangat haha. Tahpape padahal malas nak menaip sebenarnya. Honestly proses masa nak keluarkan baby dari perut tu sangatlah mudah kalau kita betul-betul tekad nak selamatkan baby dan tak sabar nak jumpa dia. Bagi aku, proses sebelum baby keluar dan proses selepas baby dah keluar tu yang sangat amat memeritkan!

SEBELUM
Sebelum baby keluar, akan ada rasa contraction yang sangat menyakitkan. Lain orang lain tahap kesakitannya. Yang tu aku percaya, sebab ada orang mampu bertahan, ada orang yang bersumpah taknak mengandung dah - haha. Bagi aku, yes sangat sakit. Dari pinggang ke perut ke satu badan campur dengan emosi kau yang kepenatan lagi. Lepas tu doktor asyik nak seluk dan seluk. Masa ni dah tak heran sangat orang nak buat apa dekat badan kau. Eh jangan fikir tak elok. Maksud aku, masa ni kau berserah je dekat doktor sebab bagi kau diorang je yang tahu apa nak buat dekat kau. Dan masa ni jugak lah aku banyak-banyakkan berzikir dan berdoa - sebab DIA je yang mampu tolong aku untuk kuat. Waktu ni yang ada hanyalah aku, DIA, dan staff-staff hospital. Even suami pun duduk luar - duduk dalam pun dia boleh buat apa? Doakan je.

SEMASA
Semasa ni proses yang mendebarkan. Aku rasa nak meneran yang amat sangat. Suami ada disisi. Nurse dan doktor bersilih ganti masuk ke labor room dengan kata-kata semangat. Yang ni part paling seronok sebab aku rasa semua orang membantu dengan penuh kekuatan. "PUSH!", "Lagi sikit", "Baby dah nak keluar ni", "Bagus awak ni", "Push lagi bila sakit". Alhamdulillah, lebih kurang dua jam di labor room, Huzayr selamat dilahirkan. Alhamdulillah, terus doktor letak baby atas dada aku. Ibu - ibu je faham perasaan aku masa ni. Perasaan terharu dan terbeban. Terharu sebab Allah berikan aku kesempatan untuk menjadi seorang ibu dan pendidik seorang bayi. Terbeban sebab aku akan pikul tanggungjawab besar selepas ini. Allah. 

SELEPAS
Aku ingat proses melahirkan bayi tu dah selesai, maka selesailah segalanya. Tidak. Memandangkan tadi masa nak lahirkan Huzayr tu doktor gunting bahagian bawah aku, makanya kenalah jahit semula kan. Sedih, jahitan pertama doktor tu salah guna benang. So nurse buka balik jahitan dan jahit semula guna benang yang lain. Nice kan. Masa keluarkan uri pun doktor tak keluarkan habis, so nurse datang dan korek korek perut aku sebab nak cuci uri tu sampai habis. Dukacitanya ada lagi sikit membrane/uri yang tertinggal so diorang cucuk antibiotik dekat aku. Sedih. Jahit dah sakit. Korek-korek lagi dalam perut. Aku ingat dah takde apape proses yang menyakitkan - haha. 

Dahlah wad penuh, aku kena stay dulu labor room sampailah ada bilik untuk aku masuk. Lepas dah setel semua, nurse dan doktor keluar. Diorang ambil baby untuk cuci. Terbaringlah aku di labor room tu dengan penuh darah dekat baju dan katil. Serius rimas. Aku dahlah tak boleh benda-benda kotor macam tu. TAPI serius lemah sangat badan. Aku minta doktor tolong panggil suami masuk semula. Masa ni aku menangis puas-puas sebab aku letih SANGAT-SANGAT. Sejak malam tadi - sakit - sampailah bersalin - jahit - korek uri - terlantar atas katil - EXHAUSTED. 

Nurse datang bawa baby dan ajar aku menyusukan baby. Yes lagi satu part seorang ibu baru untuk belajar - MENYUSU. Nurse pula ugut aku kalau tak susukan baby, nanti baby masuk NICU - siapa susah? Aku punyalah stress nak susukan Huzayr sebab kami berdua tak tahu! Haha. Aku tak reti susukan, Huzayr tak reti nak menyusu. Sedih. Lepas tu nurse ajar cara marmet, alhamdulillah yang ni aku tahu. Punyalah susah nak bagi anak menyusu rupanya. Kahkah. Kesian. Tapi mengenangkan ugutan nurse tu, walaupun badan aku lembik gila, aku cuba juga. Aku baca dekat blog lepas bersalin nurse akan offer air milo panas untuk bagi tenaga. Hmm tak ada pulak. Takpelah, kita sama-sama survive ye Huzayr? 

Dekat labor room tu aku pun cuci badan, tukar cadar dan baju sebab rimas yang teramat. Kau tak rimas ke baju penuh darah - nak susukan baby dengan tangan kotor-kotor berdarah. Haihh. Aku pun gagahkan diri untuk kemas katil dan mandi. Suami ada, tapi seperti biasalah para-para sakura ni kadang-kadang mereka bukan tahu sangat nak buat apa. Aku tak boleh nak marah sangat. Masa ni bermulalah Journey to Motherhood untuk aku. 

Dari jam 9:24am aku duduk labor room sampailah lebih kurang jam 4petang baru dapat wad. Masa ni nak kunyah kuih pun tak larat. Lepastu orang dah mula datang nak ziarah. Mak abah, mama ayah, adik beradik, kawan-kawan. Haha, mampu menangis dalam hati je sebab semua orang gembira dan excited nak tengok baby. Walaupun takde siapa nak tengok aku, aku tetap kena gigihkan diri. Senyum jelah. Present yourself properly walaupun ikutkan hati aku nak baring sambil berdengkur sebab serius badan kau akan lemah sangat-sangat. Oh Huzayr, welcome to this world.

Jam 7petang masa melawat pun habis, semua pun balik. Suami pun kena balik. Tinggallah aku berdua dengan Huzayr. Meraung-raung macam kena pukul - nak susu - nak yayak - nak dukung. Which one? Ibu lemah. Okay aku cuba susukan dia - tak reti lagi haha. Aku tanya nurse, nurse marah - jangan aniaya anak - yes awak sakit tapi susukan juga dia 2jam sekali 20minit - jangan aniaya anak dia kata. Aku aniaya anak? Uwaaa sedihnya dengan tuduhan tu. Aku pun mesej kawan-kawan tanya tentang cara menyusu, haha tulah masa mengandung taknak belajar. Padan muka. Alhamdulillah, dengan bantuan dan sokongan kawan-kawan, aku berjaya susukan anak aku walaupun masa ni susu ciput je. Hihi. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan.

Jam 11malam doktor panggil untuk periksa jahitan. Oh ya tadi tengah hari dekat labor room pun dia ada periksa jahitan. Kira ni kali ke-dua dia periksa. Dahlah rimas, nak kena pergi bilik mana entah untuk diperiksa. Perh, doktor dan doktor-doktor pelatih kemain ramai semua nak tengok - haha. Aku kena baring dan doktor tu pun ajar anak buah dia sambil tarik-tarik benang jahitan aku. Okay, tak habis lagi rupanya siksaan. Huhu. Takpelah, redha demi masa akan datang.

Malam berlalu diiringi tangisan bayi-bayi di sekitar wad. Aku tak boleh tidur memikirkan pelbagai hal. Huzayr alhamdulillah dah tidur selepas dibantu nurse. 

Okaylah itu je kot setakat ni. Post ni agak ber-emosi. Maaf ya jika ada tersilap bahasa.

Kerja Tuhan, Siapa Tahu?

Pengalaman Bersalin - Hospital Serdang

10:46am, 05/09/2018, Rabu,
Kg Lombong


Salam semua. Alhamdulillah, hari ni aku sudah pun bergelar ibu selama 14 hari. Pejam celik pejam celik je kan? Sebelum bersalin punyalah risau kalau baby overdue. Dan akhirnya minggu ke-39 anak ibu dah bersedia nak keluar dari perut ibu melihat dunia. Ibu je entahkan bersedia atau tidak... Baiklah, aku nak imbau sikit-sikit apa yang berlaku ketika hari kejadian.

22hb Ogos 2018
10:35pm

Aku dah bersedia nak tidur, dah siap baring dan berselimut. Tiba-tiba rasa sakit perut macam nak membuang. Tapi mungkin naluri kan, aku macam, "eh nak membuang atau nak bersalin ni". To be honest, aku macam in denial masa tu sebab  walaupun aku  tak sabar nak jumpa baby, tapi aku tak rasa aku bersedia nak jadi seorang ibu. Yelah, first time kan. Banyak sangat benda nak kena belajar yang aku rasa aku tak belajar apape pun lagi haha. So, untuk memastikan samada bayi atau apakah yang nak keluar, aku pun duduk đje lama-lama dalam tandas. Nope. Bukan sakit perut nak membuang. Setelah hampir dua jam aku dan husband bermain teka-teki samada nak ke hospital atau tak, akhirnya kami decide untuk ke hospital. Bukan apa, sebab selalu baca blog orang kena halau balik kalau false alarm/bukaan baru sikit. Hihi.

23hb Ogos 2018
12:16am


Memandangkan barang aku dan barang baby memang dah ada dalam kereta, jadinya kami pun mandi (sempat mandi) bergerak ke Hospital Serdang. Masa ni tak beritahu keluarga pun. Keluar rumah senyap-senyap sebab tak nak bagi orang excited/gelabah memandangkan aku dan husband pun tak pasti betul ke ini tanda nak bersalin. Oh ya, salah satu sebab lagi aku ragu-ragu ialah sebab aku selalu baca orang cakap tand-tanda nak bersalin ialah air ketuban pecah atau ada keluar darah - yang mana aku tak ada. Masa ni aku rasa perut yang memulas dan pinggang yang sangat-sangat sakit. Sepanjang perjalanan ke Hospital Serdang tu memang sakit dia datang on off. Sakit, sangat. Tak reti nak explain hihi.

1:15am

Sampai hospital agak lambat sebab tadi husband isi minyak. Sempat eh? Iyelah nanti tiba-tiba minyak habis naya jugak. Okay, jadinya kami parking dan berjalan ke Wad Bersalin. Sampai, pergi ke kaunter dan staff di kaunter cakap katil penuh dan aku kena tunggu 3-4jam untuk diperiksa dan kemungkinan ambil masa 2-3hari untuk masuk wad. Aku masa tu macam sedih dan jadi sensitif sikit. Haha. Yelah, dah tengah sakit lepas tu dia cakap macam tu. Tapi redha jelah, nak pergi hospital mana lagi? Hospital kerajaan rasanya memang sentiasa penuh. Aku pun tandangan borang dan akurjanji yang mengatakan once aku dah sign, aku tak boleh keluar dah - tak kisahlah ada bukaan ke atau tak. Ehh ni tak macam yang aku selalu baca pun. Kadang-kadang aku baca blog ada yang cakap kalau bukaan hanya 1cm diorang akan halau balik. Hmm mungkin polisi dah berubah. Okaylah, lepas sign semua, aku pun duduk dengan husband untuk tunggu giliran dipanggil.

2:43am

"Hazirah", okay nama di panggil. Dup dup. Doktor suruh baring atas katil dan dia nak periksa bukaan. Masa ni aku dah buat mind set untuk terima apa saja kesakitan.  Aku ada baca dekat blog katanya kena tarik nafas panjang bila doktor seluk. Dupp dupp. "3 cm". Okay tak sakit sangat rasa kena seluk tu, masih boleh di terima hehe. Yeayy 3 cm. Road to 10cm haha. Jadinya doktor suruh aku tunggu di PAC (Patient Admission Center) atau boleh je nak duduk luar dengan husband, yang penting jangan keluar dari Wad Bersalin tu. Doktor kata lagi 4 jam dia akan panggil untuk check lagi. OMG, 4 jam?

Aku pun keluar duduk dengan husband. Sakit datang dan pergi, bila dia datang tu memanggg tak boleh tahan. Husband aku pun dah macam tak tahu nak buat apa so dia suruh aku duduk dalam. Cehh. Aku pun pergi lah masuk dalam duduk dekat  PAC tu. Ada sofa. Ada beberapa lagi orang lain tengah tidur. Ewahhh kenapa lena sangat? Mungkin belum tiba masa untuk diorang lagi. Huu, stress tengok orang lena sedangkan  aku ni kejap kejap contraction tu datang. :( Bertabah je masa ni.

6:10am

Doktor panggil. Okay aku memang tak sabar untuk dipanggil. 4 cm. 4 cm jeee setelah sakit yang datang  nonstop dari tadi? Haha. Masa  ni darah dah meleleh-leleh. Lega  aku bawak pad. So pergi tandas  pakai pad dan minta tukar kain pinkish tu. Aku  pun minta izin diorang untuk baring atas katil dekat situ sebab tak tahan sangat kalau duduk plus aku mengantuk gila haha. Aku pun baring, dan tak lama kemudian aku rasa macam nak meneran. Aku pun pergi  dekat sorang  staff  nurse tu. "Puan, puan jangan meneran nanti bukaan koyak dan bayi stress". Lepas tu  dia seluk  periksa bukaan. Sebenarnya aku dah  macam  bahan eksperimen dekat situ, staff nurse seluk, lepastu doktor praktikal pun nak seluk. Semua nak seluk.

Tak lama lepas tu aku panggil lagi staff tu beritahu yang aku tak tahan jugak, nak teran jugak. Hakikatnya memang aku cuba tahan teran walaupun tak boleh. Okay agaknya kesian tengok muka toye aku tu, diorang decide untuk pecahkan air ketuban aku untuk cepatkan bukaan. 6 cm. Yess, aku akan di masukkan ke labor room.

Alhamdulillah.

7:03am

Dekat Hospital Serdang suami dibenarkan masuk. Baguslah suami masuk, selain bagi sokongan dekat isteri, diorang akan nampak struggle seorang ibu untuk melahirkan anaknya. Hihi. Alhamdulillah, kebetulan LR (labor room) yang aku masuk ni satu katil je jadinya tak adalah tekanan dengar orang sebelah meneran nak bersalin. Apa lagi, bila dah masuk LR ni, bertambah-tambah rasa nak meneran tu. Serius lah kan dari tengah malam tadi sampailah sekarang kena tahan nak meneran haha. Seperti biasa aku maklumkan dekat doktor yang aku tak tahan nak meneran. Lepas tu aku rasa macam nak terkencing, aku beritahu doktor yang aku nak terkencing. Dia cakap kencing je. Banyak air keluar. Aku dah macam geli lah, apa ni air kencing penuh atas katil. Doktor tolong tukarkan kain lapik tu. Tapi lepas tu aku berfikir dengan waras, aku rasa ni air ketuban sebab dia keluar kemain banyak.

Diorang (actually aku dah keliru mana satu nurse mana satu doktor - semua nampak sama) pun guide aku - bila rasa sakit, tarik nafas dan teran sekuat hati - jangan angkat bontot - angkat kepala pandang perut.

Doktor yang handle aku tu macam doktor baru. Ke doktor pelatih? Entahlah. Memang takdir aku jadi bahan eksperimen. Hmm, setelah  mengadu beberapa kali aku tak tahan meneran, doktor dan nurse pun cuba periksa laluan aku. 9cm. Alhamdulillah. Husband pun dipanggil masuk.

Husband aku duduk bahagian kepala sebab aku dah pesan awal - awal untuk bantu aku angkat kepala dan bagi arahan sebab aku takut aku tak fokus dengan arahan doktor. Alhamdulillah dia membantu masa ni. Aku pun pushhh dan pushhh bila rasa meneran tu datang. Doktor pesan sambil aku push tu, "you boleh curi nafas sikit". Ohh okay aku pun pushhhh dan curi nafas sikit dan pushhh. Lepas tu diorang gunting sikit. Sakit dia tak berapa sakit sangat berbanding dengan sakit masa contraction datang. Actually sakit nak push ni pun tak teruk sangat, dia lebih rasa nak yayak je hehe. Contraction tu paling trauma grrr.

9:24am

Alhamdulillah. Anak ibu selamat dilahirkan. Alhamdulillah.


Kerja Tuhan, Siapa Tahu?

Tips bersalin dari Cik Murni Izar

10:46am, 17/08/2018, Jumaat,
Tempat kerja, MUM


Salam semua. Haritu aku mesej kawan aku, Murni Izar untuk dapatkan nasihat dan tips nak bersalin nanti. Nervousss sangat ni sebab dah 38 minggu tapi baby H belum menampakkan tanda-tanda nak lihat dunia lagi. Tak apa lah, mungkin belum bersedia kan. Sementara tu kita banyakkan membaca dan tambah ilmu hihi. Aku dah siap print dah mesej (whatsapp) dia, nanti nak baca dan baca dan cuba praktis haha. Selain tu ada juga aku tengok youtube: Newborn Russia. Wuuu suspen yang amat bila tengok orang bersalin, push push meneran jerit-jerit. Haha. Semoga proses aku nanti dipermudahkan, inshAllah. Okay meh kita baca pesanan cik Murni kita:

Selalu masuk labour room bila awak on active labour:

1) Sakit dah kuat dan regular.
2) Air ketuban dah pecah dan sakit kuat dan regular.
3) Bukaan dah 4cm ke atas sakit kuat dan regular.

Tapi ade banyak lagi lah syarat nya ikut condition mak dan baby.

Apa diorg akan buat dalam labour room tu?

1) Nak bagi lagi sakit, makin regular contraction: masukkan iv drip ubat lajukan sakit tu. Nama ubat tu oxytocin / syntocinon / pitocin. Semua benda yangg sama, nama je lain. Target sakit: 1 kali sakit selama 45saat setiap 2 minit sekali. (1 sakit : setiap 2 minit : selama 45 saat ).
2) Check bukaan setiap 4 jam aje. Kalau awak dah pecah air ketuban lagi jarang diorang check. So kalau dia check tu time la. Depa takkan check less than 4hours except mmg tgh sakit sgt.
3) Monitor jantung baby dan contraction. So diorg akan attach ctg tu sepanjang dalam labour room. Sebelum tu diorg akak bagi awak ubat berak (tgk la sama ada dekat wad atau dekat lroom) untuk clear kan saluran usus tu bagi baby senang turun. Pastu awak baring aje atas katil.
4) Menungguuuuuuuu...... sampai baby lahir hehehhe.

Ubat tahan sakit nak beranak ada TIGA:

1) Injection - cucuk dekat punggung. Cover sakit dalam 6 jam. Ada efek ngantuk2 dekat awak dan baby. Dia ikut badan seseorang tu cemana die react dengan injection tu dan dose dia. Tapi selalu tenang dalam sejam je pastu sakit semula.
2) Entonox - ni gas. Depa akan bagi waktu sakit kuat dan bukaan dah besar sikit lah. Sedut bila tengah sakit. Sedut nafas dalammmmmmm waktu sakit. Efek kurang sakit tu ramai kata tak kurang pun tapi membantu. Kalau terlebih dose boleh merepek tapi ikut badan org. Selalu rasa mengantuk je.
3) Epidural - bius separuh badan, block rasa sakit dari pinggang ke bawah. Ini kalau betul dose procedur dan timing, inshAllah tenang tak rasa sakit lansung. Bila baby nak keluar rasa nak berak aje. Time tu depa akan guide la macam mana nak teran. Kalau dah pasang epidural, akan pakai sampai bersalin.

Kesemuanya depends pain threshold individu. Ada org tahan je sakit sampai bersalin. Ada org even 1cm dia tak tahan lansung dah. Yang penting masa proses nak bersalin mak kene tenang, tak boleh stress sgt sbb kalau sakit sgt dan stress nanti bukaan tak bukak. Sbb badan menahan sakit.

Injection and entonox dedua cover sakit dalam 40% je. Sebab sakit bersalin kan maha sakit. Tapi dapat la rehat kan. Epidural aje yang tak sakit langsung.

Jangan malu jangan segan nak mintak ubat okay?

Apa awak boleh buat:
Sebelum:


1) Bersedia fizikal dan mental. Jangann stress jangan panik. Tak semestinya awak prepare semua akan okay. Kadang mmg sakit sangat sampai tak perasan terjerit terpukul etc.
2) Bersabar dan banyakkan berzikir hiihi. Selalu baca ‘La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin’.
3) Selalu kitorang advice minta maaf dengan suami dan parents suruh depa doakan mudah bersalin.
4) Suruh husband ready and support during delivery. Contoh bacakan doa, zikir, urut badan especially belakang, tolong guide waktu teran. Kene jadi pompom boi ahaha. Bagitau sesiap mende yang awak tak suka. Contoh jangan main game time saya sakit hahahha.
5) Kalau kepala baby dah turun, awak akan rasa nak teran even bukaan masih kecik. So time sakit tarik napasss dalam dalam. Kene belajar deep breathing exercise. Kalau masih awal awak boleh duduk, awak duduk bersila dan bila sakit awak tunduk kedepan. Encourage baby untuk turun. Kalau dah baring duduk mengiring kekiri yg bagus. Kalau macam bukaan awak tu dah 7-8cm awak rasa nak teran, boleh teran slow2 dengn syarat awak tengok mesin heartrate baby tu. Kalau masa awak teran tu heartrate baby tak turun below 110. Boleh teruskan. Kalau turun jangan buat okay. Apape pun kene dengar cakap nurse sbb dia yg tengok semua bacaan tu.
6) Jangan minum kembang fatimah lah apa lah produk nak bagi sakit sbb nanti dekat hospital depa akan bagi ubat so takut baby stress tak tahan. Air selusuh jangan minum atau bagi org sapu kat perut ke apa. Kalau dah terbuat jangan lupa gtau doctor or nurse.

Cemana nak teran bila dah fully dilate:

Kene FOKUS betul2 nak keluarkan baby even rasa sakit sgt nak sepak org semua. Kena fokus. Bila start sakit contraction tu datang, tangan pegang kat pemegang katil atau kaki, baca Bismillah lepas tu:

1) Tarik nafas dalam-dalam.
2) Tahan nafas tu. Jangan hembus.
3) Angkat kepala dagu cecah ke dada mcm awak nak intai baby tu kat bawah tapi awak nampak perut je sebenanya. Hihi.
4) Awak teran kebawah. Teran mcm awak ada sembelit nak keluarkan najis tu. Selalunya depa kata ada rasa berak dan macam najis tersekat kat bawah tu, teran sepenuh tenaga kebawah nak bagi kepala tu turun.

Teran one timeeeeeeeeee lama2 panjang2 sampai habis nafas awak tu. Baru lepas nafas perlahan2 ok. Masa tu mmg rasa macam berlari marathon, tapi jangan rehat lama, terus tarik nafas baru, tahan dan teran lagi. Kalau awak buat teran yang betul dan panjang, sekali contraction boleh teran 3 kali. Bila sakit dah takde. Baru rehat.

Masa teran:

1) Tak boleh keluar suara. Kalau suara terkeluar maknanya energy awak semua sampai dekat tekak aje. Tak gerak kepala baby tu.
2) Tak boleh teran pendek2 sbb kepala baby nanti jadi acah2 keluar masuk. Sian dia.
3) Tak boleh gerak banyak sgt sbb nanti termasuk kepala tu semula.
4) Tak boleh hembus nafas/ lepas nafas kuat2 kene slowwwww hembus and tarik nafas baru.
5) Kalau awak salah teran atau teran dekat muka, muka awak jadi merah, small vesels kat muka dan mata boleh pecah nanti muka jadi merah menyala hahah so kene teran mcm nak berak sembelit okay?
6) Time teran angkat kepala tu boleh suruh Haikal pegangkan belakang kepala tu tak lenguh sangat dan suruh dia bagi semangat cara yg baik la. Jangan marah pulak. Cakap mcm ‘bagus2 panjang lagi’, ‘kuat lagi’ mcm tu. kalau dia boleh tengok kepala baby tu turun (kalau berani la jgn pengsan plak), nescaya dia akan lagi sorak semangat sebab nampak baby tu turunnnn.

Selain tu, bila dah masuk labour room, selalu depa akan puasa kan patient. So makan banyak - banyak sikit bagi tenaga sebab anak pertama proses labour paling panjang 12-14 jam. Sepanjang tu mmg tak makan tak minum. Takut takde energy nak teran nanti. Dengn penat menahan sakit lagi.

Kalau rasa tak tahan, minta je epidural. Demi ketenangan nak meneran. Stress badan lagi tak bukak.

-------------------------------------------

Okay kalau typo ke bahasa apape ke tu biasalah sebab conversation dalam whatsapp ni hihi. Harap membantu kalau ada yang tersinggah dekat blog ni :) Semoga aku dan baby H selamat nanti. Amin...


Kerja Tuhan, Siapa Tahu?

Baby H

10:37am, 20/07/2018, Jumaat,
Tempat kerja, MUM


Salam warga Malaysia.

Tiba-tiba hari ni rasa nak menaip sikit. Macam tak sangka usia kandungan dalam rahim ni dah 34minggu. Cepat pulak masa berlalu. Dulu masa awal-awal kahwin tu asyiklah mengira hari datang haid. Haha, biasalah simdrom orang baru kahwin yang tak sabar nak ada anak kan. Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab dikurniakan rezeki oleh-Nya untuk merasa nikmat mengandung.

Masa baby H baru berusia dua tiga bulan tu asyiklah paranoid. Takut baby dalam perut ada masalah lah, takut tiba-tiba hilanglah, sampai rasa macam hari-hari nak pergi klinik untuk scan tengok samada baby okay atau tidak dalam perut. Hehe. Aku rasa semua bakal ibu ada perasaan yang sama kot. Asyik risaukan anak dalam perut sebab tak boleh nak tengok. Ni belum keluar lagi ni. Agaknya nanti dah keluar lagilah banyak perkara yang nak dirisaukan, kan? Hihi.

Pengalaman masa awal mengandung tu memang tak dinafikan adalah pengalaman yang memeritkan. Dengan loya, muntah, tak ada selera makan, badan lemah, dan macam-macam lagi. Siap unfollow dan block page-page yang ada gambar makanan/resepi dekat instagram haha. Masa tu sangatlah cemburu bila tengok orang lain aktif jalan-jalan berlari-lari sana sini. Rasa geraaam je. Kita ni pukul 9 malam dah lembik. Rasa nak tidur je sebab tak mampu nak buat apa-apa. Alhamdulillah suami rajin nak tolong buatkan air milo, rajin nak sidaikan baju, rajin membantu. Terima kasih encik suami :)

Sekarang baby dah besar dalam perut, 2.1kg. Kuat berzumba dan bersenam. Harap-harap anak ibu ni sihat bila keluar nanti. Dan berharap sangat agar proses bersalin nanti akan di permudahkan-Nya, inshAllah. Tak sabar nak jumpa. Semoga jadi anak yang baik dan menenangkan ya baby H :)

See you soon my son <3 Tata.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Post caca merba

12:21pm, 21/06/2018, Khamis,
Tempat kerja, MUM

Salam Malaysia baru, harapan baru. Ewah.

Seperti biasa, setelah berbulan baru lah ada post baru - itu pun setelah memaksa diri menekan keyboard ihihi. Banyak benda yang dah terjadi dalam masa aku tak update blog ni tapi malas pulak kan nak cerita satu-satu. Jadinya aku cerita sikit-sikit sajalah.

Alhamdulillah, adik aku Abbas sudah selamat bernikah dengan Nazura pada 17 April 2018. Kakak ipar aku, Kak Tim juga sudah selamat melahirkan seorang cahaya mata bernama Amna Fikriyyah. Comel bulat gebu debab senang aku nak angkut haha.

Dan aku juga sekarang sedang mengandungkan bayi lelaki berusia 30 minggu ehehe. Tak sangka lagi beberapa minggu aku akan jadi seorang ibu. Serius tak sangka. InshAllah, due date pada 29 Ogos 2018. Awal - awal pregnancy tu memang lemah lemau lembik semua ada. Masa tu lah datang perasaan tak nak dah mengandung. Sebab tak rasa macam diri sendiri langsung. Jalan dua tiga tapak pun dah tak larat. Makan pun tak selera. Muntah tu tak lah kerap tapi mual-mual loya tu sentiasa ada. Alhamdulillah, sekarang baby dah besar - aku dah kembali bertenaga seperti biasa hehe. Cuma sakit-sakit belakang tu adalah menyerang kadang-kadang. Masa dia menyerang tu memang aku kena bangun dan jalan-jalan bagi dia hilang. Susu, soya, buah, dan yang seangkatan dengannya tu aku kena paksa sumbat dalam mulut. Padahal sebelum ni sebulan sekali pun tak tentu makan buah haha. Teruk betul.

Okay seperti biasa, memandangkan aku malas nak menaip. Jadinya marilah kita menempek satu dua gambar buat kenangan di hari tua.


Saja gabung dua gambar ni. Macam comel. Macam jelah :P Atas gambar nikah, bawah gambar raya 2 Syawal baru-baru ni ehehe.
Amna Fikriyyah
Ini baby saya semasa 24 minggu hihi. Tengok hisap jari kot.

Okay itu sahaja untuk hari ini. Otak dah beku sejak meningkat usia ni. Kemain malas nak menaip apa-apa hehe. Jumpa lagi di lain hari. Tata.


Kerja Tuhan, siapa tahu?

Hello 2024.

  6.49pm, 7/8/2024, Rabu, Bandar Sunway Hai, hello, salam guys. Syok sendiri eh. Tak sangka hampir 3 tahun dah aku tinggalkan dunia penulisa...