4.12pm, 09/05/2019, Khamis,
Tempat kerja,
Tempat kerja,
Salam warga
Malaysia. Alhamdulillah, dah masuk hari ke - 4 bulan Ramadhan. Kali
pertama berpuasa bersama anak. Sebelum ni bersama suami dan anak dalam
kandungan. Tahun ni anak dah keluar dari perut (haha) dan dah nak masuk 8
bulan pun umur dia! Cepat je masa berlalu.
Alhamdulillah,
Huzayr sekarang dah besar dah hehe. Dah banyak akal dan dah pandai buat
macam-macam. Kalau nak cerita perihal makan dia (solid food/baby led
weaning), memang macam-macam hal. Masa 6 bulan tu mungkin dia agak
teruja, banyak dia makan. Masuk 7 bulan, dia asyik sembur-sembur je
makanan. Kita ni sebagai ibu tetaplah berusaha masakkan untuk dia dan
tak nak mengalah. Cuba dan cuba. Alhamdulillah, mulai minggu lepas dia
dah mula suka makan semula. Suap lah apa pun dia makan. Beriya pulak tu.
Ibu sangat gembira hihi. Jadinya ibu kena rajin mempelbagaikan resepi.
Eh dah kenapa nak guna ibu ibu ni? Geli pulak haha.
Okaylah back to normal.
Setakat
ni aku masih berusaha untuk membekalkan makanan Huzayr setiap hari
dekat pengasuh. Belum lagi bagi makanan segera macam biskut baby kecuali
biskut homemade hihi. Dan masih lagi mengekalkan prinsip no sugar no
salt untuk Huzayr. Sebenarnya dah nak masuk 8 bulan ni dia dah boleh
makan semua makanan macam orang dewasa. Cuma elakkan gula, garam dan
perisa tambahan jelah. Aku jugak kena pastikan dia cukup karbo, serat
dan protein. (Oh ye, kecuali telur dan seafood je aku belum introduce.
Lambat sikit lah yang tu hihi).
Malu jugak sebenarnya. Dah umur
30 tahun barulah banyak benda tentang pemakanan sihat aku discover.
Kiranya ini salah satu ilmu baru setelah menjadi ibu :) Masa Huzayr 6
bulan dan 7 bulan aku ada buat jadual makan. Sebab senang nak masak
hari-hari tak payah jenuh nak fikir. Sekarang dah 8 bulan tak larat
pulak nak rancang awal-awal sangat. Aku just masak je apa yang ada dalam
peti ais. Lepas tu aku join group FB "Happy Baby Foods Malaysia".
Sangat-sangat membantu. Memang banyak idea makanan anak-anak dalam tu.
Yang paling penting semua resepi tu menggunakan bahan-bahan segar, tak
ada garam gula msg (no nestum!) dan kurang penggunaan makanan yang di
proses. Sebenarnya amalan no sugar no salt ni pun elok sangat kalau kita
teruskan sampailah hari tua hehe. Sekarang pun dah banyak alternatif
makanan sihat.
Terima kasih untuk dunia maya dan internet. Sangat-sangat membantu.
Awal-awal
tu memang banyak membazir makanan sebab dia main-main je nak makan.
Banyak lah yang masuk tong sampah. Part ni memang kena sabar sikit.
Sekarang aku dah pandai sikit nak control beli barang nak masak dia.
Hehe. Sayur pun beli satu dua jenis je sebab tak tahan lama kan. Kalau
stok ayam pun beli ciput je. Cukup untuk makan seminggu dua. Lepas tu
baru re-stock semula. Kalau buah pun sama lah. Dan kalau ada sayur atau
buah yang aku nampak macam banyak sangat, aku terus buat puree.
Sekurangnya tahan buah/sayur tu dari rosak dan boleh guna lagi lepas tu,
inshAllah. Tapi tak semua buah/sayur sesuai buat puree. Kena tengok
juga okay?
InshALLAH, semoga ALLAH berkati usaha aku.
![]() | |
Kerja Tuhan, siapa tahu?
No comments:
Post a Comment