Kata Mula - Mula Kata

10:24am, 29/12/2016, Khamis,
Tempat kerja, MUM

Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya dulu pernah dan rajin menulis blog. Hampir setiap hari saya akan menulis dan meluahkan segala jenis isi hati ke dalam blog saya. Kerana bagi saya, tak semua perkara kita boleh kongsikan dengan manusia. Kerana apa? Kerana manusia itu ada sifat kehakiman mereka yang tersendiri. Bukanlah saya takut untuk di hakimi, tetapi biarlah apa yang saya fikir dan rasa itu tersimpan rapi di dalam kitaran diri saya sendiri. Maka dengan itu, semua blog saya sebelum ini telah saya tutup dari bacaan umum.

Saya mula berblog sejak 2005 sehinggalah beberapa tahun lepas saya mula jarang-jarang menulis. Sekejap, kenapa skema semacam ni? Kononnya untuk blog baru ni, nak ada semangat baru. Kononnya nak menulis secara tertib dan skema. Hahaha. Tetapi, tidak boleh. I just cannot! Baiklah, jadi diri sendiri jom. Okay jadinya bila dah ada sikit-sikit masa lapang di tempat kerja sekarang ni, aku saja lah bukak blog aku yang lama-lama. Eh tadi saya sekarang aku? Takpelah janji selesa. Nama pun monolog dalaman kan? Maka bila dah buka blog lama-lama, rasa rindu nak menulis tu datang semula. Dah cuba untuk menulis hari-hari tapi asyik tertunda. Dah cuba buat azam baru setiap bulan, setiap tahun tapi tetap tertunda juga. Jadinya harini aku tekad setekad yang mungkin untuk cuba juga berblog paling kurang seminggu sekali. InshAllah.

Dan bila melihat kembali apa yang aku tuliskan pada tahun-tahun lalu (hampir 10 tahun), ada yang aku banggakan dengan hidup aku, ada yang aku kesalkan juga. Tapi itu semua yang menjadikan aku hari ini. Aku harini tak adalah membanggakan sangat. Cuma apa yang aku banggakan ialah aku ada memori penulisan selama 10 tahun yang tak semua orang ada. Aku boleh lihat sedikit sebanyak diri aku pada tahun 2005, tahun 2007, dan pada tahun 2010 jika aku mahu. Untuk itu, aku bersyukur. Well, guess what? Itu pun kalau 'blogger' ni terus wujud. Haha. Kalau tiba-tiba dia shutdown tahun depan, habis lah punah memori aku. Bayangkan dari tahun 2005 aku menulis, aku sendiri pun tak sempat nak baca satu-satu semua tu. Bosan kot! Haha. Apa benda entah aku merapu dulu, aku nak baca pun malu sebenarnya. Tapi jika di beri kekuatan dan masa, aku rasa aku nak print out SEMUA bebelan aku dan kumpulkan sebagai hardcopy. Yeahhh.

Baiklah, kiranya ini kata permulaan dari aku untuk blog baru ini. Harapnya aku lebih matang dan lebih jujur dalam menulis. Baiklah manusia, kurangkan menghakimi dan cuba letak tapak kaki korang dalam kasut orang lain sebelum nak judge. Kalau tak muat, jangan cuba nak judge ya!


Kerja Tuhan, siapa tahu?


No comments:

Post a Comment

Huzayr 2nd's Dental Checkup

 10:57pm, 13/11/2021, Sabtu, Bandar Sunway, Hari ini aku ada appointment di Klinik Gigi Zen, Dataran Mentari. Nak buat scalling. Setahun leb...